Sunday, November 14, 2010

Program Motivasi "Kami Anak Cemerlang"

Alhamdulillah..

Dengan berkat kesungguhan dan komitmen yang penuh, akhirnya Program Motivasi "Kami Anak Cemerlang" anjuran kelab bahagian aku berjaya dilaksanakan dengan jayanya.



Walaupun penyertaan hanya 24 orang sahaja, namun projek yg julung2 kali diadakan ni telah memberikan titik mula untuk penganjuran aktiviti seumpanya pada masa2 depan untuk kemaslahatan dan kecemerlangan anak2 yang bakal menjadi pewaris pemimpin negara..




Bagi diri aku sndiri, program ni berikan pengalaman untuk aku jadi organiser. Byk benda yg aku belajar dan boleh aku gunakan untuk masa2 akan datang selepas ni.



Memang sibuk bila nak setup program ni, kerja2 hakiki terpaksa didiamkan beberapa ketika untuk pastikan segala perancangan berjalan lancar.

By the way, congrat to all of urusetia, fasilitator dan penceramah. Korang semua memang best!! Thanks kerana sanggup mengorbankan hari sabtu korang untuk program ni. Thanks a lot and thanks again.

So, this is my final project before i'm living for my 7 months training. I'm very sure, what i learned in this project will be used in my training.

Kepada semua adik2 peserta, semoga korang semua berjaya dalam peperiksaan yang bakal diduduki dan seterusnya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. Dan juga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhiratnya. All the best and good luck!!! ;)

Sunday, November 7, 2010

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Budin..

“Testing..testing..siji..loro..Aku nikahkah dikau...”

Alhamdulillah pada 5 November 2010 (hari orang beragama Hindu menyambut Deepavali tuu..ahaha..jgn marah haa), kawan aku merangkap ex-housemate aku ni selamat diijab kabulkan dengan pasangan hati sejiwanya yang telah ditakdirkan dahulu bertemu kenal masa studi kat U.

Dilanda gelombang badai, ujian dan dugaan, namun jodoh tidak ke mana..akhirnya mereka tetap disatukan...


Aku terasa satu perpisahan yang agak sadis bila dia keluar dari rumah ni, kitorg berkenalan sejak masuk kje, lebih kurang 2 tahun, akhirnya dia keluar dari rumah ni secara wajib and no compromi sbb nnt bini dia akan mengamuk kalau dia masih nak dok umah bujang..ahaha..

So secara otomatik bil sewa umah bulan2 aku naik sbb xde org replace dia..hahaha...lari bajet aku.


Well, setiap pertemuan ada perpisahannya, setiap yg single ada couplenye..aku pun kne bersiap sedia untuk dihalau keluar dari rumah skarang ni sbb housemate aku lg sorang akan berkahwin jugak tahun dpan n dia nak duk kat umah ni, sbb dia yg carik rumah ni dlu n rumah ni pun dkat ngan tmpat kje dia..xpe..aku ni baik hati org nye.. biarlah aku membawa diri ke mana yang patut..huhuhu..yg penting bak meh duit deposit aku balik!! Wakkakaa..

Budin..budin..

Teringat plak aku kisah cinta yg ko criter kt aku dulu..kesetiaan, kecurangan yg korang berdua buat antara satu sama lain, suka duka, akhirnya...hmm tu dia..MB Selangor dok sblah tue!!! Apsal pak mentua ko tak jemput Sultan Selangor sekali a? Ahaha..

Dan lagi satu, bila aku nk tengok tv je, kesedihan melanda sbb TV ko yg 42 inci tu dah brtukar dgn TV PUSAKA ko yg 16 inci (ye ke 16”..ah tp kecik ah)..dan hanya brwarna kelabu asap sahaja color nye disebabkan kne panah petir tue...nak tengok DVD pun naik menyampah..ahahahaha..adoi laa..sedih btul..Tapi takpe, Fazli dah redy nak beli TV baru, cuma kecik sket dari ko punye sbb bajet dia kecik, ok la dr tv 1 kaler ko tu..ahaha..kalu bini ko outstation n ko xde geng nk tgk movie, sudi2 la merempat kat umah kitorg nih..hahaha..rumah ni sntiasa trbuka utk ko selagi aku n fazli ada kt sini..mungkin smpi bulan 4/2011 kot..sbb hazwan nak kawin bulan tue....tp mn la tau dia nak april fool kan aku n fazli..sje wat gempak padahal lmbt lg nak nikah...wakakakaa..

Wokeh...Selamat berbulan madu..tp jgn ko gatal2 nak cari “MADU” plak pastu..ahaha..moga berbahagia sampai ke syurga dan dimurahkan rezki..CONGRAT BRO!!!


Monday, November 1, 2010

sampai masa ku pergi jua..

"...maafkan wahai teman
ku menumpang di sudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa ku pergi jua..."



Kadang kala aku berfikir kenapa aku dilahirkan ke dunia ini, kenapa aku dijadikan sebagai manusia, kenapa tidak sebagai sehelai daun yang akhirnya layu gugur dan habis di situ, sehelai rumput yang dimakan haiwan ternakan..dan habis di situ..kenapa tidak sebagai seekor burung..yang akhirnya mati dan tidak perlu menunggu penghisaban..dan habis di situ..

26 tahun...usia yang masih muda dan banyak perkara yang masih tidak aku ketahui, 26 tahun..umur yang masih mentah, 26 tahun..tapi banyak juga ujian yang telah aku lalui sejak aku kenal dunia ini...

kadang-kadang ku rasakan aku lebih ingin mati dari hidup... tak perlu aku sakit hati, bersedih, menderita... tak perlu ada orang perlu berasa sakit hati dengan aku, tiada sesiapa yang aku perlu susahkan, tidak ada orang rasa yang aku ni menyibuk... aku rasakan kehadiran aku ke dunia ini hanya akan menyusahkan orang di sekelilingku..ah mengapa perlu berlaku sedemikian ini, mengapa perlu aku membuatkan orang lain berasa tidak senang denganku...

...tidak ku minta lahir ke dunia..tidak ku duga diriku yang begini..
maafkanlah wahai teman.. aku menumpang di kehidupan dunia ini...
mencari ketenangan dan melaksanakan arahan.. maafkanlah andai aku memberi kesengsaraan kepadamu..bila tiba masanya, kan ku pergi jua dan hiduplah kau dengan bahagia...

sampai masa akan ku pergi jua..