Persediaan menuju ke alam barzakh
UMAT Islam perlu memperbanyak ibadah dan bertaubat sebagai persediaan menuju ke alam barzakh.
BARU sekejap berjumpa dan bergurau senda, namun secara tiba-tiba mendapat berita individu itu telah meninggal dunia. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut.
Ini kerana, tiada siapa mengetahui dan yakin mampu hidup di dunia ini walau hanya sesaat lagi. Sebagai umat Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadis serta beriman dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah wajib mempercayai bahawa kematian pasti berlaku tanpa mengira usia.
Ia sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (an-Nisa: 78)
Apabila nyawa berpisah daripada tubuh, maka bermulalah perpindahan dari alam dunia ke barzakh atau alam kubur iaitu alam yang terletak antara dunia dan akhirat sebelum dibangkitkan serta dihimpunkan di Padang Mahsyar.
Alam barzakh merupakan persinggahan pertama antara tempat-tempat persinggahan alam akhirat. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama alam akhirat, jika seorang terselamat daripada huru hara azabnya, maka huru hara di tempat lain lebih ringan kepadanya; dan jika dia tidak terselamat daripada itu, maka huru haralah di tempat-tempat lain dengan lebih berat lagi.” - Riwayat Tirmizi
Ketahuilah apabila mayat seseorang diletakkan dalam kubur, maka dua malaikat Mungkar dan Nakir akan datang dan menyoal beberapa soalan.
Ini adalah ujian pertama yang disebut fitnatul kubur atau ujian kubur. Sesiapa yang berjaya dalam ujian ini akan menerima nikmat, manakala sesiapa gagal akan menerima azab Allah. Inilah yang dinamakan nikmat dan azab kubur.
Nikmat kubur disediakan bagi umat Islam yang taat melaksanakan perintah Allah manakala azab kubur disediakan bagi mereka menderhaka secara berterusan sehingga ke hari kiamat.
Ini dijelaskan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya apabila seseorang itu telah mati, didedahkan padanya pagi dan petang tempat tinggalnya akan datang. Sekiranya si mati itu daripada ahli syurga maka syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk merasai nikmatnya, dan jika ia daripada ahli neraka maka nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk merasai azab sengsaranya. Kemudian dikatakan kepada masing-masing: Inilah tempat tinggalmu yang akan engkau bawa kepadanya pada hari akhirat.” - Riwayat Bukhari
Nikmat dan azab di alam barzakh pasti berlaku dan setiap manusia akan menemuinya. Sebagai orang yang beriman, hendaklah menyakini kebenarannya dan bersedia dengan persediaan-persediaan yang dapat membantu menikmati nikmat kubur serta menghindarkan daripada azab Allah.
Justeru, umat Islam hendaklah memperbanyak amalan soleh ia merupakan perkara yang kekal bersama setiap individu di alam kubur nanti.
Antara amal soleh yang dapat membantu seseorang bagi mendapatkan nikmat kubur ialah seperti sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.
Sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seseorang manusia meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” - Riwayat Muslim
Justeru, bersegeralah melakukan amal soleh sebagai bekalan ke alam barzakh. Ini kerana kematian akan datang pada bila-bila masa sahaja, tanpa mengira usia, masa sihat atau sakit, masa senang atau susah, walau di mana jua kita berada.
Antara nikmat kubur:
1. Dibentangkan hamparan dari syurga
2. Dipakaikan pakaian dari syurga
3. Dibukakan pintu menuju syurga
4. Didatangkan wangi-wangian dari syurga
5. Dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta
6. Diberikan cahaya menerangi kuburnya
7. Tidur dengan lena sehingga hari kebangkitan
Antara azab kubur ialah:
1. Dibentangkan hamparan dari neraka
2. Dipakaikan pakaian dari neraka
3. Dibukakan pintu menuju ke neraka
4. Didatangkan bahang api neraka
5. Dipukul antara kedua-dua telinganya
6. Dihimpit bumi sehingga remuk tulang-temulangnya
* Riwayat Bukhari dan Muslim
Thursday, August 3, 2017
BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI
_*BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI*_
قال أحد الطلاب لشيخه: “كم نعصي الله ولا يعاقبنا”.
_Seorang pelajar bertanya kepada gurunya ” mengapakah apabila kita banyak melakukan *MAKSIAT* terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan *BALA* ke atas kita dengan *SEGERA?”*_
فرد عليه الشيخ: “كم يعاقبك الله وأنت لا تدري”.!
_Gurunya menjawab “Allah telah menimpakan *BALA*, tetapi engkau yang tidak *MENYEDARINYA.!”.*_
ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].
_“Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu…!!_
_Tiada *BALA* yang lebih *BERAT* ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit *“HATI YANG KERAS”.*_
إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .
_Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan._
ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟!
_Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari?_
بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} .. وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!
_Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi “kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah” (Al-Hasyr : 21), engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa…!!!_
ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!
_Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail]?_
ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي ..
_Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya….._
أي عقاب أكثر من هذا
_Adakah *BALA* yang lebih *BERAT* dan *SEGERA* dari semua ini?_
ألا تحس بثقل الطاعات ؟
_Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?_
ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟
_Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya?_
ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟
_Bukankah engkau merasa lemah apabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?_
ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟
_Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?_
أي عقاب أكثر من ذلك ..
_Adakah bala yang lebih *BERAT* dan *SEGERA* daripada ini semua?_
ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟!
_Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!_
ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟!
_Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!_
ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟!
_Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?_
هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله .
_Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu._
إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : ” ما كان محسوساً” في المال أو الولد أو الصحة .
_Berhati-hatilah wahai anakku, kerana *BALA* yang paling *RINGAN* yang Allah timpakan: *“BALA* yang boleh *DISEDARI* seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan._
وأن أعظم عقاب “ما كان غير محسوس”في القلب” .
_Dan sesungguhnya *SEBERAT-BERAT* bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah *“BALA* yang tidak *DISEDARI* iaitu *“BALA* di dalam *HATI”*_
فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك.
_Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu._

Thursday, July 2, 2015
Ramadhan Kareem...Kita di pertengahan Ramadan sekarang
Assalamualaikum wbt dan salam Ramadan Al-Mubarak semua.
Lama sungguh kita tidak ketemukan... al-maklumlah bizi yang teramat sangat hingga bersawang-sawang laman ku ini.
Alhamdulillah kita telah berjaya menempuh separuh dari bulan Ramadan dan ada separuh lagi masa yang ada untuk kita manfaati sebaiknya keberkatan yang ada di dalam bulan yang mulia ini terutamanya dari segi memperbanyakkan ibadah dan amalan sedekah.
Pastinya bulan puasa ini juga kita banyak nak share dengan kawan-kawan pasal juadah berbuka kita yang dibeli di bazar atau yang kita masak sendiri di rumah. Tak lupa juga dengan kuih-kuih raya yang kita buat sendiri untuk santapan di hari raya nanti, juga baju-baju raya sakan yang kita shopping kat Jalan TAR.
Ahah tak kira lah walau apau pun yang kita buat, yang penting kita tak lupa tanggungjawab kita sebagai manusia dan sebagai hamba Allah. Zakat fitrah jangan lupa bayar ye. Sambil-sambil tu hulur-hulur la banyak sikit kat tabung masjid tu moga rezeki kita ditambah dan diberkati lagi..kan.
Well aku pun ada benda nak share jugak kat korang ni. Ni aku ada buat jualan biskut Caramel Almond Crunchies. Kot-kot korang berminat, boleh la order kat aku hihi. Rasanya memang sedap dan berkhasiat, tangup dan enak dimakan, berhantu orang kata. sekali makan mesti nak lagi. Dah habis sebalang mesti cari balang lain pulak..itu la orang kata.
So kalau korang berminat nak beli untuk buat kuih raya atau makan-makan sambil lepak tengok tv, aku buat promosi ni, sebalang RM25.00, berat 200 gram..tapi kalau ambil 2 balang dan ke atas, aku bagi diskaun 10%..tak termasuk kos pos laju bagi yang jauh-jauh. Yang dekat-dekat aku hantar by hand je..huhu.
So kalau berminat bole la roger ye.. PM or whatsapp 013-7846981.
Oklah, nak g prepare juadah buka pose ni. Selamat berbuka semua. Jumpa lagi ya :)

Caramelo ni banyak juga khasiat dia, macam kat bawah ni..
So kalau korang berminat nak beli untuk buat kuih raya atau makan-makan sambil lepak tengok tv, aku buat promosi ni, sebalang RM25.00, berat 200 gram..tapi kalau ambil 2 balang dan ke atas, aku bagi diskaun 10%..tak termasuk kos pos laju bagi yang jauh-jauh. Yang dekat-dekat aku hantar by hand je..huhu.
So kalau berminat bole la roger ye.. PM or whatsapp 013-7846981.
Oklah, nak g prepare juadah buka pose ni. Selamat berbuka semua. Jumpa lagi ya :)
Sunday, January 18, 2015
Mencari Kehidupan Yang Sempurna
Masih sempat rasanya untuk aku ucapkan selamat datang ke Tahun Baru 2015 buat semua di luar sana. Selamat tinggal 2014 yang penuh dengan dugaan dan cabaran tidak kira untuk negara mahupun diri aku sendiri..pastinya ia meninggalkan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Mencari kehidupan yang sempurna.. pastinya semua orang inginkan kehidupan yang sempurna. Sempurna yang bagaimana? Mungkin sempurna itu boleh diterjemah dengan kesenangan dalam kehidupan. Serba serbi yang diinginkan dalam kehidupan dapat diperolehi dan dinikmati dengan sukacitanya tanpa perlu menunggu masa yang lama untuk memilikinya.
Sempurna pada segenap sudut dalam kehidupan untuk dunia dan akhirat. Dari segi dunianya mungkin memiliki rumah idaman yang lengkap dengan perkakasan dan hiasannya, memiliki kenderaan pilihan yang boleh dipandu mengikut kesesuaian tujuan perjalanan pada bila-bila masa, boleh beli itu dan ini tanpa risaukan duit akan tinggal RM10 bila ceq dekat ATM, memiliki keluarga yang bahagia, isteri atau suami yang penyayang dan memahami, pandai mengambil dan menjaga hati. Dari segi akhirat pula mungkin terpilih untuk solat fardhu di awal waktu secara berjemaah, dapat sedekah pada bila2 masa tanpa ada perasaan berat hati bila nak keluarkan note RM10 dari dompet, dapat baca Al-Quran satu juzuk setiap hari dan khatam setiap bulan, dapat pergi dengar ceramah dan kuliah tanpa runsing kos perjalanan dengan minyak dan tolnya.
Tetapi kita ini memang dijadikan serba serbi tidak sempurna..kan?. Kerana memang telah ditakdirkan begitu sejak azali lagi. Diciptakan ketidaksempurnaan itu sebagai sebahagian dari kehidupan setiap makhluk. Makanya tidak sempurna itu perlu dinikmati dengan redha dan pasrah tanpa ada sebarang perasaan dengki pada insan lain, tanpa ada rasa kecil hati kepada Sang Pencipta kerana menjadikan kita serba tidak mampu untuk memiliki segala keinginan duniawi kita.
Segala yang berlaku di dalam kehidupan kita adalah berlaku dengan izinNya sama ada perkara yang baik mahupun perkara yang salah, salah dari segi undang-undang dunia mahupun undang-undang akhirat. Tetapi pilihan itu datangnya dari diri kita, juga dengan izinNya. Tanpa izinNya kita tidak akan membuat pilihan itu. Faham ke? hihi..
Walau apa sekalipun kehidupan tetap perlu diteruskan. Buatlah segala sesuatu selagi mampu. Aturlah segala perjalanan mengikut percaturan yang diinginkan. Sabar dan tabahlah menempuh dugaan dan cabaran, liku-liku kehidupan. Apa yang pentingnya ialah kita laksanakan sesuatu yang betul, tidak menyalahi peraturan dunia mahupun akhirat, dan berusahalah untuk menambah amal sebagai bekalan untuk kehidupan kita di sana nanti, kerana kesenangan dan kesusahan dunia ini hanyalah sementara. Usia kita yang sekadar 100 tahun adalah sangat sekejap kerana kehidupan kita yang sebenar nanti adalah kekal selama-lamanya tanpa kematian. Akan tetapi suasana kehidupan di sana perlu ditentukan pilihannya sejak dunia ini lagi.
Lebihkanlah persediaan dan bekalan untuk akhirat berbanding usaha untuk mengisi perutmu di dunia ini, pabila kita mati tidak ada gunanya lagi harta, takhta, pusaka, keluarga melainkan amalan kita soleh. Selainnya itu akan dihisab..
Mari fikir-fikir dan renungkan untuk muhasabah bersama.. kita yang tidak SEMPURNA..
Monday, September 15, 2014
Run for unity 2014
InsyaAllah pada malam ni akan diadakan Larian Run For Unity 2014. Dah lama aku tak berlari. So memandangkan esok cuti, bole la aku mengambil kesempatan ni untuk membuang peluh dan lemak yang dah terkumpul ni..kah kah.
Kalau korang free Jom la join..5 km je.. Skang ni urusetia tengah edarkan baju..sape cepat dia dapat..kalu nk g amek kat depan Istana Kehakiman tu..
Let's run for unity..pukul 8.00 malam di depan Istana Kehakiman..jumpa anda di sana..
Subscribe to:
Posts (Atom)