Sunday, November 14, 2010

Program Motivasi "Kami Anak Cemerlang"

Alhamdulillah..

Dengan berkat kesungguhan dan komitmen yang penuh, akhirnya Program Motivasi "Kami Anak Cemerlang" anjuran kelab bahagian aku berjaya dilaksanakan dengan jayanya.



Walaupun penyertaan hanya 24 orang sahaja, namun projek yg julung2 kali diadakan ni telah memberikan titik mula untuk penganjuran aktiviti seumpanya pada masa2 depan untuk kemaslahatan dan kecemerlangan anak2 yang bakal menjadi pewaris pemimpin negara..




Bagi diri aku sndiri, program ni berikan pengalaman untuk aku jadi organiser. Byk benda yg aku belajar dan boleh aku gunakan untuk masa2 akan datang selepas ni.



Memang sibuk bila nak setup program ni, kerja2 hakiki terpaksa didiamkan beberapa ketika untuk pastikan segala perancangan berjalan lancar.

By the way, congrat to all of urusetia, fasilitator dan penceramah. Korang semua memang best!! Thanks kerana sanggup mengorbankan hari sabtu korang untuk program ni. Thanks a lot and thanks again.

So, this is my final project before i'm living for my 7 months training. I'm very sure, what i learned in this project will be used in my training.

Kepada semua adik2 peserta, semoga korang semua berjaya dalam peperiksaan yang bakal diduduki dan seterusnya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. Dan juga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhiratnya. All the best and good luck!!! ;)

Sunday, November 7, 2010

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Budin..

“Testing..testing..siji..loro..Aku nikahkah dikau...”

Alhamdulillah pada 5 November 2010 (hari orang beragama Hindu menyambut Deepavali tuu..ahaha..jgn marah haa), kawan aku merangkap ex-housemate aku ni selamat diijab kabulkan dengan pasangan hati sejiwanya yang telah ditakdirkan dahulu bertemu kenal masa studi kat U.

Dilanda gelombang badai, ujian dan dugaan, namun jodoh tidak ke mana..akhirnya mereka tetap disatukan...


Aku terasa satu perpisahan yang agak sadis bila dia keluar dari rumah ni, kitorg berkenalan sejak masuk kje, lebih kurang 2 tahun, akhirnya dia keluar dari rumah ni secara wajib and no compromi sbb nnt bini dia akan mengamuk kalau dia masih nak dok umah bujang..ahaha..

So secara otomatik bil sewa umah bulan2 aku naik sbb xde org replace dia..hahaha...lari bajet aku.


Well, setiap pertemuan ada perpisahannya, setiap yg single ada couplenye..aku pun kne bersiap sedia untuk dihalau keluar dari rumah skarang ni sbb housemate aku lg sorang akan berkahwin jugak tahun dpan n dia nak duk kat umah ni, sbb dia yg carik rumah ni dlu n rumah ni pun dkat ngan tmpat kje dia..xpe..aku ni baik hati org nye.. biarlah aku membawa diri ke mana yang patut..huhuhu..yg penting bak meh duit deposit aku balik!! Wakkakaa..

Budin..budin..

Teringat plak aku kisah cinta yg ko criter kt aku dulu..kesetiaan, kecurangan yg korang berdua buat antara satu sama lain, suka duka, akhirnya...hmm tu dia..MB Selangor dok sblah tue!!! Apsal pak mentua ko tak jemput Sultan Selangor sekali a? Ahaha..

Dan lagi satu, bila aku nk tengok tv je, kesedihan melanda sbb TV ko yg 42 inci tu dah brtukar dgn TV PUSAKA ko yg 16 inci (ye ke 16”..ah tp kecik ah)..dan hanya brwarna kelabu asap sahaja color nye disebabkan kne panah petir tue...nak tengok DVD pun naik menyampah..ahahahaha..adoi laa..sedih btul..Tapi takpe, Fazli dah redy nak beli TV baru, cuma kecik sket dari ko punye sbb bajet dia kecik, ok la dr tv 1 kaler ko tu..ahaha..kalu bini ko outstation n ko xde geng nk tgk movie, sudi2 la merempat kat umah kitorg nih..hahaha..rumah ni sntiasa trbuka utk ko selagi aku n fazli ada kt sini..mungkin smpi bulan 4/2011 kot..sbb hazwan nak kawin bulan tue....tp mn la tau dia nak april fool kan aku n fazli..sje wat gempak padahal lmbt lg nak nikah...wakakakaa..

Wokeh...Selamat berbulan madu..tp jgn ko gatal2 nak cari “MADU” plak pastu..ahaha..moga berbahagia sampai ke syurga dan dimurahkan rezki..CONGRAT BRO!!!


Monday, November 1, 2010

sampai masa ku pergi jua..

"...maafkan wahai teman
ku menumpang di sudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa ku pergi jua..."



Kadang kala aku berfikir kenapa aku dilahirkan ke dunia ini, kenapa aku dijadikan sebagai manusia, kenapa tidak sebagai sehelai daun yang akhirnya layu gugur dan habis di situ, sehelai rumput yang dimakan haiwan ternakan..dan habis di situ..kenapa tidak sebagai seekor burung..yang akhirnya mati dan tidak perlu menunggu penghisaban..dan habis di situ..

26 tahun...usia yang masih muda dan banyak perkara yang masih tidak aku ketahui, 26 tahun..umur yang masih mentah, 26 tahun..tapi banyak juga ujian yang telah aku lalui sejak aku kenal dunia ini...

kadang-kadang ku rasakan aku lebih ingin mati dari hidup... tak perlu aku sakit hati, bersedih, menderita... tak perlu ada orang perlu berasa sakit hati dengan aku, tiada sesiapa yang aku perlu susahkan, tidak ada orang rasa yang aku ni menyibuk... aku rasakan kehadiran aku ke dunia ini hanya akan menyusahkan orang di sekelilingku..ah mengapa perlu berlaku sedemikian ini, mengapa perlu aku membuatkan orang lain berasa tidak senang denganku...

...tidak ku minta lahir ke dunia..tidak ku duga diriku yang begini..
maafkanlah wahai teman.. aku menumpang di kehidupan dunia ini...
mencari ketenangan dan melaksanakan arahan.. maafkanlah andai aku memberi kesengsaraan kepadamu..bila tiba masanya, kan ku pergi jua dan hiduplah kau dengan bahagia...

sampai masa akan ku pergi jua..

Saturday, October 23, 2010

Dari tanah kita diciptakan, kepada tanah kita dikembalikan

Daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu". (riwayat Muslim)



Setiap manusia ini diciptakan ada kelebihan dan ada kekurangannya. Ada orang kita lihat, begitu banyak kemahiran, kebolehan, kebijaksanaan yang ada pada dirinya. Kita pun jadi tertarik, tertawan dengan kelebihan dirinya itu, sehingga kita rasakan seperti ingin memiliki dirinya, atau kita ingin kebolehan itu ada pada diri kita. Ada orang kita lihat, ada begitu banyak kekurangan, sehingga kita mahu dia dijauhkan pada diri kita, dan juga tidak sekali-kali mahu dia mendekati diri kita, dan kita tidak mahu memiliki kekurangan itu.

Namun sedarkah kita Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana?. Sedarkah kita bahawa tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia?. Sedarkah kita bahawa setiap manusia itu diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan ada sebabnya. Sebab yang paling utama yang aku rasakan ialah sebagai ujian dan dugaan kepada diri sendiri.

Kelebihan yang ada pada diri kita..ya kita suka dan gembira, seronok kerana ada kelebihan itu. Kita seorang yang pandai bersukan, boleh bermain dalam pelbagai jenis permainan.. mahir bermain futsal, badminton, ping pong, bola tampar dan kita juga bijak berbicara, pandai mengambil hati orang lain sehinggakan semua orang suka berkawan dengan kita.. tetapi sedarkah kita sebenarnya ia adalah suatu ujian yang kita tidak nampak.

Kekurangan yang ada pada diri kita..kita tidak pandai bersukan, orang ketawakan kita kerana kita kelihatan bodoh di atas gelanggang, kita dipandang rendah kerana kita tidak ada kemahiran, kita dihina kerana dikatakan kaki bangku, tangan tak bedong dan sebagainya..kita tak pandai berkata-kata seperti orang lain, kita tidak pandai memenangi hati orang lain dan sering berasa kecil hati kerana tidak punyai kebolehan dan kelebihan seperti yang orang lain ada... tetapi sedarkah kita bahawa itu semua adalah ujian dan dugaan yang sengaja Allah berikan kepada kita?.

Sedarkah kita bahawa kita hidup di atas dunia ini untuk diuji?. Untuk diuji sejauh manakah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.. Bagaimana yang dikatakan ia sebagai ujian?. Orang suka dengan kita..kita rasa seronok, tetapi adakah Allah suka dengan kita?. Adakah Allah suka dengan apa yang kita lakukan?. Kita membuatkan orang ketawa berdekah-dekah sehingga lupa saat kematian yang boleh tiba pada bila-bila masa sahaja, adakah kita fikir kita hebat?. bagi kekurangan pula, orang pandang rendah dengan kita, kita rasa tidak berkeyakinan, adakah kita disayangi Allah kalau kita sabar?. Adakah kita disukai Allah kalau kita redha dengan kekurangan itu?. Kita sabar dengan kekurangan, kita semakin dekat dengan Allah. Kita bersyukur dengan kelebihan, Allah juga akan sukai kita. Kekurangan yang mendatangkan kesedihan dan kekecilan hati, itu adalah ujian. Kelebihan yang mendatangkan pujian dan keseronokan, itu juga ujian.

Firman ALLAH S.W.T:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." -Surah az-Zariyat: 56

Mari kita sama-sama bayangkan, kita semua seperti orang lidi. Kemudian kita dipakaikan dengan wajah-wajah yang berlainan dari setiap orang. Ada yang cantik, manis, berkulit cerah, hitam manis, tinggi lampai, rendah, gempal berisi, kurus dan sebagainya. Kemudian setiap orang dari kita diberikan perwatakan yang berbeza-beza dari setiap orang. Ada yang pandai berkata-kata, pandai berjenaka, ada yang pendiam, tidak pandai menarik perhatian orang dan sebagainya. Kemudiannya kita diberikan kemahiran-kemahiran dan kebolehan-kebolehan yang berbez-beza antara sesama kita. Ada yang punyai bakat bersukan, menyanyi, menulis, berpuisi dan sebagainya. Ada yang bijak, ada yang kurang bijak, ada yang hebat dan ada yang biasa saje.

Nah, sekarang kita lihat.. orang lidi itu umpama kita semua yang datang dari alam roh. Kita semua suatu masa dahulu pernah bersama-sama mengaku di hadapan Allah bahawa tiada Tuhan selainNya. Kita semua sama sahaja tiada beza sedikitpun antara satu sama lain. Kemudiaan kita dihantar dan dilahirkan ke dunia. Kita dilahirkan dari perut ibu yang berbeza. Akan tetapi siapakah yang menciptakan kita pada asalnya?. Dari manakah datangnya kita?. Sekarang tanya pada diri masing-masing, dari manakah datangnya sifat-sifat, perwatakan, kebolehan, kekurangan dan segala perkara yang ada pada diri kita?.

Adakah Allah saja-saja berikan kita sifat-sifat yang kita ada pada hari ini?. Adakah Allah saja-saja berikan sifat-sifat pada orang lain yang kita rasa kagum dan tertarik dengannya?. Adakah Allah saja-saja berikan sifat-sifat pada orang lain yang kita berharap tidak datang pada diri kita?.

Satu hari ada seorang pemuda meluahkan perasaannya kepada seorang wanita yang disukainya. Wanita ini punyai wajah yang cantik, lembut perwatakannya, manis senyumnya, baik hatinya, penyayang pula orangnya. Lelaki ini berhasrat untuk melamar wanita ini sebagai teman hidupnya. Wanita ini mendapati lelaki ini tidaklah setampan mahupun kacak seperti Shah Rukh Khan. Lelaki ini tidaklah sekaya Bill Gates. Lelaki ini tiada kenderaan yang mahal-mahal seperti Honda Civic TypeR setidaknya. Lelaki ini juga langsung tiada bakat kemahiran dalam bersukan, tak pandai berkata-kata menarik hati. Dan banyak lagi kekurangan yang ada pada diri lelaki tersebut. Akhirnya wanita itu memutuskan bahawa dia tidak dapat menerima lamaran lelaki itu. Dan lelaki itu pasrah kerana dia sedar mungkin atas kekurangan dirinya itu dia gagal memikat wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, dalam kekurangan itu, Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengurniakan sesuatu yang lebih berharga dari dunia dan seisinya. Lebih berharga dari wang, emas dan berlian. Lebih berharga dari bakat-bakat dan kebolehan-kebolehan dunia. Itulah iman dan taqwa.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu".

Maha Suci Allah yang menyayangi lelaki ini, dicampakkan sifat kesabaran dan redha ke atas kekurangan dirinya. Berbekalkan iman yang ada pada dirinya itu, dia berusaha mendekatkan dirinya kepada penciptanya, dia berusaha mematuhi titah perintah penciptanya, dia berusaha menjauhi perilaku buruk yang tidak disukai penciptanya, dia berusaha mengelakkan permusuhan sesama saudaranya atau sesiapa sahaja, dia cuba memberikan yang terbaik dalam khidmatnya kepada masyarakat di sekitarnya, dia melaksanakan tugasnya di pejabat dengan sebaiknya, dan Allah lebih menyayanginya daripada sayangnya wanita tadi kepada kelebihan-kelebihan dunia yang diingininya.

Marilah kita bersama sedar, bahawa hanya iman dan amal yang kita usahakan di waktu kehidupan di dunia ini sahajalah yang dipandang Allah. Wajah kita yang cantik, tampan, kelebihan yang ada pada diri kita sedikit pun tidak pandang. Langsung Allah tak tengok. Yang dilihat Allah hanya hati dan amalan-amalan kita.

Iman, amal, taqwa, itulah yang akan dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. Itulah yang dapat memberikan kita kebahagiaan hidup di akhirat kelak. Kelebihan dunia yang dapat kita miliki hanyalah setakat dunia sahaja. Ia langsung tidak memberikan kita "advantage" untuk kita menarik perhatian Allah. Allah langsung tak terpikat dengan kehenseman dan kecantikan rupa paras kita. Allah tidak langsung melihat kekayaan kita dengan rumah yang berbuah-buah, kereta yang dibeli cash, wang yang tertumpah-tumpah. Allah langsung tak kagum dengan kelebihan kita dalam berkata-kata. Allah langsung tak bangga dengan kebolehan kemahiran kita dalam pelbagai jenis sukan. Sedikit pun Allah tak terkesan.

Justeru, dari tanah kita semua datang dan akhirnya kepada tanah lah kita dikembalikan. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan. Janganlah kita begitu bangga dengan kelebihan yang kita miliki hari ini. Tak perlulah kita bersedih dengan kekurangan kita hari ini. Berusahalah untuk meningkat iman dan taqwa kepada Allah, moga kita beroleh kelebihan-kelebihan yang lebih baik dari dunia ini, itulah sebagai ahli syurgaNya...

Wallahua'lam..

Monday, October 18, 2010

Happy Birthday To ME!!!!


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ku mulakan kembali langkahku ke alam blog setelah aku menyepi sejak Musim World Cup di Afrika yg lalu..

Kini aku kembali dikala aku menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke..berape? 26..yaa..that's it. Still young..haha

What i'm doing right now is just the same like before, berjalan, berlari, melihat, merenung, mengkaji, menelaah, melangkah dan terus melangkah di atas bumi Tuhan yang penuh dengan ujian dan dugaan ini.

17.10.84...dikala itu lahirlah begitu ramai insan dan salah satu daripadanya di namakan MOHD IQBAL.. pastinya ketika itu keluargaku begitu gembira menerima kehadiran aku sebagai ahli baru di dalam keluarga peneroka felda itu...

Hari ini, 17.10.10... setara dengan kemampuan dan kelayakan ku, kini sudah berkerjaya... boleh la nak hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa kecuali bantuan Allah yg senantiasa diharapkan..terima kasih Ya Allah di atas nikmat2mu yang telah Kau berikan sehingga ke hari ini, jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu...

Tarikh keramat 17.10 ini juga ku kongsikan bersama dengan rakan2 ku.. antaranya Coursemate ku di UKM, Zaid, kawan ku di MRSM Muar, Rifhan, Khairul Anam, kawan ku semasa di IEP, Ella Fazlina, kawan seopis ku, Cik CT Haslina...Happy Birthday to all of you!!!

Terima kasih di atas ucapan2 dan doa2 yg diberikan wahai rakan taulan ku sekalian..hanya Allah jua yg dapat membalas doa2 mu itu...

Baiklah, cukup di sini sebagai permulaan baru di usia 26 tahun... aku ku bawakan kisah2 untuk sama dikongsi dalam langkahan di dunia ini...






Tuesday, June 1, 2010

Tak Selamanya...


Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Indahnya alam semesta
Hingga terasa di hati
Yang hidup akan punah
Yang mula ada akhirnya

Oh indah ciptaanNya
Yang ada sementara
Semuanya akan sirna
Yang kekal hanyalah Allah

Telah Dia tentukan
Usia makhluk semua
Yang hidup akan mati
Tiada yang abadi

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Kawan tak selamanya
Kasih demikian jua
Bahagia ada batasnya
Suka duka silih berganti

Esok entahkan ada
Terbitkah mentari pagi
Yang pasti kita semua
Menunggu saat binasa
Menunggu ajalkan tiba
Menanti ketentuanNya

Sunday, May 23, 2010

Mencari maksud hidup..


Dari perut ibu ku dilahirkan ke dunia.. dibesarkan dan dididik.. dihantar ke sekolah untuk mendapatkan cara melangkah di atas bumi yang nyata.. bekerja mencari sekais rezeki.. berkahwin dan beranak pinak.. menjadi tua dan mati... hmm... ke mana sebenarnya kita hendak pergi? mana sebenarnya hala tuju hidup ini?...

Kita hidup atas bumi..mati.. dihantar ke kubur...7 langkah keluarga sedara jiran tetangga meninggalkan kita sendirian.. kita dihidupkan kembali... hidup kembali dan kali ini tiada lagi MATI...

Ke mana sebenarnya langkah kaki ini? Ke mana hendak dilangkahkan kaki di atas dunia yang fana ini? Dunia yg penuh dengan pelbagai karenah, rencah, ragam, masalah, malapetaka, tipu daya, fitnah, kehancuran, peperangan, pergaduhan, permusuhan dan bermacam lagi...

ahh.. hidup..ada duit, ada harta, ada kereta, ada rumah, ada suami/isteri, ada anak..alhamdulillah.. tua..mati..selamat tinggal dunia... itu saje?

hmm.."Tidak dijadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya"..bagaimana pula dengan ini?...

Apakah yg kita buat hari ini betul2 suatu ibadah? kita bekerja betul2 sbg satu ibadah? kalau dalam kerja ada buat maksiat.. atau ada unsur maksiat pun dikira ibadah? kalau dalam training yg diberikan utk buat suatu kerja ada berkait dgn maksiat..boleh dikatakan ibadah?.. kalau hidup ni nak dapatkan duit yg banyak, harta yg menimbun, isteri yg cantik atau suami yg hensem.. adakah itu ibadah?...

hiburan sana sini.. nak isi masa terluang gamaknya.. nak cari ketenangan katanya...kalu campo laki pompuan plak..cane gaye tue?.. allamak... cane nie?

persoalan demi persoalan menujah fikiran.. dimana sebenarnya hala tuju hidup ini? apakah MAKSUD sebenar HIDUP ini? Hidup ni untuk apa? berapa lama kita hidup kat dunia ni? apa yg kita buat kat dunia ni ada kena mengena dgn hidup kat akhirat ke? nanti kita ditanya ke tentang apa yg kita buat kat dunia ni? ada DOSA, ada PAHALA.. apa guna dosa pahala nie? nak buat hape dosa pahala nie? buat baik dapat pahala, buat tak baik dapat dosa.. kat akhirat, DOSA dan PAHALA akan dikira...nak buat ape kira dosa pahala tue?... kenapa ada syurga..ada neraka?..

Kenapa buat tak baik kne masuk neraka? kenapa yg baik je masuk syurga?... kenapa ada mahsyar, mizan, sirat? kenapa ada soal jawab di dalam kubur? kenapa ada amalan wajib, sunat, makhruh, harus, haram, halal? untuk apa semua ini?...

Ke mana langkah kaki ini yang sebenarnya patut dituju? ke mana sebenarnya langkah kaki ini yang perlu dipandu? ke mana sebenarnya tempat yang sepatutnya disasarkan? apakah sebenarnya MAKSUD HIDUP ini?????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.............................

Car Audio Show - fotoshoot @karnival Belia 2010

Sebahagian dari foto shoot masa Karnival Belia 2010 kat Putrajaya aritu.. sampai2 trus dengar dentam dentum.. ingatkan gapo rupe2nye car audio system show.. bergogar jantung den pi dokek keto2 tuh.. haa ekau tengok la sndri gompak tak gompak keto2 diorg nih..hehe


s





























Wednesday, May 19, 2010

Rama-rama yang dikejar..



Cinta layaknya seperti seekor rama-rama
semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kita
biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka
siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu
ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu
menumpang teduh dari hujan panas badai duniawi
dalam keadaan yang kau tidak sangka
mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu
bukan rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu..
..




Saturday, May 15, 2010

Santai Bukit Broga



Mengisi ruang waktu dgn aktiviti yang bermanfaat..daripada mengusutkan fikiran dengan perkara yang belum pasti.. aku teruskan santai hujung minggu di Bukit Broga, Semenyih dgn bbrapa teman yg lain. Pukul 4 pagi dah bangun, aduh mengantuk sungguh sbb hanya tidur 2 jam saje sblum tue.. apakan daya aku pun follow org, kne la ikut setting yg disetkan..huhu

Nice and cool place for hiking and feel up the nature..

















aktiviti yg mmg menyeronokkan..balik rumah terus tido sampai zohor..tapi ngantuk aku tak hilang2 lagi...mata aku pun naik bengkak pasal x cukup tido..btw, Broga mmg bes..bole pgi bg ssape yg interested. Nak tenangkan fikiran, nak berekreasi ngan kawan...hehe