Wednesday, June 24, 2009

Kursus dan jalan2 kat Langkawi

Mungkin ini adalah kursus yang terakhir aku boleh pegi untuk tahun ni. Sebab bilangan hari berkursus aku dah lebih 7 hari. Disebabkan kemungkinan itu, maka aku telah menghasut bos aku utk izinkan aku join kursus ni, kat Pulau Langkawi tu.

Korang jangan tak caya la kalau aku cakap this is my first time jejak kan kaki kat Langkawi. Seumo hidup la ni baru nak mai.

Kitorg kursus kat Langkawi lebih untuk menyumbang kepada ekonomi negara berbanding mai nak berkursus. Al maklumlah banyak barang murah. Lebih2 lagi coklat. Aku pun takde la shopping sgt, untuk coklat tu habis la 400, tolak 360. Sikit je aku beli tu. Itupun beli utk org lain.

Seronok la dapat release tensyen kat opis ni. Aku punya kelas tak banyak. Tp alhamdulillah aku dpt ilmu baru dari kelas yang takde nak serius sgt itu. 2nd day petang, kitorg diberi pelepasan aktiviti bebas. Aku pakat2 gi jenjalan kat Mangrove. Gi rumah sangkar ikan, tengok ikan2 hiasan, ikan sumpit (memang unik la ikan ni boleh pancut air), ikan pari, ikan buntal pon ada..






pastu pi bagi burung helang makan and jelajah gua kelawar..

pastu pi pusing2 pulau, haha best la.. mesti korg pon pernah mai kan?

dah sudah tu, pi naik cable car pulok.. haha ni lagu satu yg seronok.. pi kat sky walk tu.. mak aih cantik nyer pemandangaaan..

awek2 pun cantik jugak.. hihihi..


ni ke rupa mahsuri? ntah la labu..

lain kali kalau mai lagi, aku nak ronda satu langkawi nih..

Thursday, June 11, 2009

Anak kecil yang takutkan neraka..

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?".

Bidadari yang Bermata Jeli

muslimah
Mereka sangat cangat cantik, memiliki suara-suara yang indah dan berakhlaq yang mulia. Mereka mengenakan pakaian yang paling bagus dan sesiapapun yang membicarakan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu. Siapapun ingin bertemu dengan mereka, ingin bersama mereka dan ingin hidup bersama mereka.

Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memberikan sifat-sifat terindah kepada mereka, iaitu bidadari-bidadari syurga. Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifati wanita-wanita penghuni syurga sebagai kawa’ib, jama’ dari ka’ib yang artinya gadis-gadis remaja. Yang memiliki bentuk tubuh yang merupakan bentuk wanita yang paling indah dan pas untuk gadis-gadis remaja. Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari, karena kulit mereka yang indah dan putih bersih. Aisyah r.a pernah berkata: “warna putih adalah separuh keindahan”.

Bangsa Arab biasa menyanjung wanita dengan warna putih. Seorang penyair berkata:

Kulitnya putih bersih ghairahnya tiada diragukan
laksana kijang Makkah yang tidak boleh dijadikan buruan
dia menjadi perhatian kerana perkataannya lembut
Islam menghalanginya untuk mengucapkan perkataan jahat

Al-’In jama’ dari aina’, artinya wanita yang matanya lebar, yang berwarna hitam sangat hitam, dan yang berwarna puith sangat putih, bulu matanya panjang dan hitam. Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik, yaitu wanita yang menghimpun semua pesona lahir dan batin. Ciptaan dan akhlaknya sempurna, akhlaknya baik dan wajahnya cantik menawan. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang suci. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: ”Dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci.” (QS: Al-Baqarah: 25)

Makna dari Firman di atas adalah mereka suci, tidak pernah haid, tidak buang air kecil dan besar serta tidak kentut. Mereka tidak diusik dengan urusan-urusan wanita yang mengganggu seperti yang terjadi di dunia. Batin mereka juga suci, tidak cemburu, tidak menyakiti dan tidak jahat. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang dipingit di dalam rumah. Ertinya mereka hanya berhias dan bersolek untuk suaminya. Bahkan mereka tidak pernah keluar dari rumah suaminya, tidak melayani kecuali suaminya. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang tidak liar pandangannya. Sifat ini lebih sempurna lagi. Oleh kerana itu bidadari yang seperti ini diperuntukkan bagi para penghuni dua syurga yang tertinggi. Di antara wanita memang ada yang tidak mahu memandang suaminya dengan pandangan yang liar, karena cinta dan keredhaannya, dan dia juga tidak mau memandang kepada lelaki selain suaminya, sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair: Ku tak mahu pandanganmu liar ke sekitar jika kau ingin cinta kita selalu mekar.

Di samping keadaan mereka yang dipingit di dalam rumah dan tidak liar pandangannnya, mereka juga merupakan wanita-wanita gadis, berghairah penuh cinta dan sebaya umurnya. Aisyah r.a., pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, yang artinya: “Wahai Rasulullah s.a.w, andaikata engkau melewati rerumputan yang pernah dijadikan tempat menggembala dan rerumputan yang belum pernah dijadikan tempat menggembala, maka dimanakah engkau menempatkan unta gembalamu?” Beliau menjawab,”Di tempat yang belum dijadikan tempat gembalaan.” (Ditakhrij Muslim) Dengan kata lain, beliau tidak pernah menikahi perawan selain dari Aisyah.

Rasululloh s.a.w bertanya kepada Jabir yang menikahi seorang janda, yang artinya: ”Mengapa tidak engkau nikahi wanita gadis agar engkau bisa mencandainya dan ia pun mencandaimu?” (Diriwayatkan Asy-Syaikhany)

Sifat bidadari penghuni syurga yang lain adalah Al-’Urub, jama’ dari al-arub, artinya mencerminkan rupa yang lemah lembut, sikap yang luwes, perlakuan yang baik terhadap suami dan penuh cinta. Ucapan, tingkah laku dan gerak-geriknya serba halus.

Al-Bukhary berkata di dalam Shahihnya, “Al-’Urub, jama’ dari tirbin. Jika dikatakan, Fulan tirbiyyun”, artinya Fulan berumur sebaya dengan orang yang dimaksudkan. Jadi mereka itu sebaya umurnya, sama-sama masih muda, tidak terlalu muda dan tidak pula tua. Usia mereka adalah usia remaja. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyerupakan mereka dengan mutiara yang terpendam, dengan telur yang terjaga, seperti Yaqut dan Marjan. Mutiara diambil kebeningan, kecemerlangan dan kehalusan sentuhannya. Putih telur yang tersembunyi adalah sesuatu yang tidak pernah dipegang oleh tangan manusia, berwarna putih kekuning-kuningan. Berbeda dengan putih murni yang tidak ada warna kuning atau merehnya. Yaqut dan Marjan diambil keindahan warnanya dan kebeningannya.

Semoga wanita-wanita di dunia ini mampu memperoleh kedudukan untuk menjadi Bidadari-Bidadari yang lebih mulia dari Bidadari-Bidadari yang tidak pernah hidup di dunia ini. Wallahu A’lam.

(Sumber Rujukan: Raudhah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin [Taman Orang-orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu], karya Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah)

Monday, June 8, 2009

Reformasi Motosikal Tentera Itali

Ape aku nak tulis dlm blog ni? haa..Aku nk share ngan korang satu pertunjukan reformasi motosikal tentera itali. Ni aku donload kat intenet jugak. haha! May you enjoy it!!