Thursday, May 14, 2009

Biasiswa JPA 2009

Post ni aku sampaikan kepada semua mereka2 yang ada kaitan dgn biasiswa yang JPA tgh hot skang nih.

Sekarang ni Dept aku tgh bz menguruskan penajaan pelajar2 lepasan SPM 2008 yang minta biasiswa JPA. Mesti korang semua pon tau pasal isu biasiswa JPA yang hangat digembar-gemburkan dalam surat khabar sekarang nih.

Ada yang dapat pi luar negara, ada yang dapat dalam negara dan dihantar ke IPTA, ada yang dpt IPTS dan memang ada yang tak dapat.

Ada yang dah dapat, nak pilih negara pulak. Ada yang dapat IPTA, nak g luar negara jugak. Ada yang tak dpt langsung, merayu nak dapat.

Ok lah..1st off all. Aku sebenarnya baaanyak geram ngan orang2 Malaysia yang memohon biasiswa JPA ni. Kita kena ingat, adalah menjadi adat akan ada orang yg dpt penajaan dan ada org yang tak dapat. Tak kira lah dia 10A1 ke, 12A1 ke, mesti ada punya yg tak dapat. Pemilihan mereka yang berjaya bukan sahaja mengambil kira keputusan peperiksaan SPM tu, malah akan mengambil kira penglibatan ko-kurikulum dan temuduga yang dijalankan.

Kalau kita nak ikut result exam saje, kira la berapa ramai student SPM yang dapat 10A1 ke atas sekarang nih?. Sekarang bukan macam dulu adik kakak oii.. yang excellent bijak2 otak2 pandai ni ramai sangat. Yang terlebih pandai pun ada.

Competetion sentiasa wujud di mana2 agensi penajaan sekali pon. Itu kena ingat. JPA ada peruntukan bilangan yang telah ditetapkan. 2,000 orang kita offer g luar negara. Tp 100 orang kita amik bagi kat 4 RU's dalam negara untuk bagi student ni excel kan Universiti tempatan. Lagi, yang tak dapat gi oversea tu, kita still offer biasiswa, kita taja dalam negara. Tak dapat IPTA, kita hantar branch campus universiti luar negara kat dalam negara. At least tak dapat g oversea, dpt blaja kat branch campus U oversea pon ok la ape.

Perkara yang penting sekarang ni ialah..BERSYUKUR. Ramai orang yang tak bersyukur bila diberikan satu-satu nikmat itu. Orang yang tak bersyukur ni memang tak pernah rasa cukup dengan apa yg dia dapat. Lu pikir la sendiri. Brapa ramai yg mohon biasiswa dan brape orang yg dapat. Dah dapat biasiswa tu kira ok la orang nak bagi. Kalau orang tak bagi kang.. haa nak ke buat loan PTPTN macam aku ni.

Haa..aku dulu PTPTN loaner tau, tp skang kje bagi biasiswa kat bbudak. Tak tensen ke aku korang pikir? JPA sediakan 12,000 biasiswa. Tak dapat g oversea, blaja dlm negara je lah. Universiti tempatan kita tak ok ke? Korang yang blaja kat UKM, USM, UiTM.. U korang tak bagus ke?

Lagi, JPA bukan satu2nya agensi yg bagi biasiswa, ada banyak lagi agensi macam PETRONAS, Shell, Bank Negara, Khazanah.. mintak la kat diorang bg biasiswa. Kalu tak dpt ngan JPA, takde rezki la namanya. Takde rezki ngan JPA, carik la rezki kat tempat lain. Hai susah la bbudak skang nih.

Bagi yg dah dapat offer tu, bersyukur la dgn apa yg JPA tawarkan. Kang kitorg tarik balik tawaran tu baru tau. Pastu gi la buat loan PTPTN tu, bayar bulan2 kena interest 3% mcm aku skarg. haha!

Yang tak dpt tu, korg tunggu bulan Jun nanti, apply biasiswa dalam negara punya. Kalau result ok, insyaAllah dapat. Ada 8,000 tempat JPA sediakan.

Ok dah panjang dah aku membebel ni. Letih tau handle biasiswa nih. Bagi susah tak bagi susah. Kat luar negara banyak negara yg takdak biasiswa tau untuk student dia. Study pakai duit sendiri je. Bersyukur la dgn apa yg korang dapat. Ok. Selamat maju jaya dan selamat study.

5 comments:

Anonymous said...

salam
sy nak tnye sket r
sy amek diploma bru nk msok thn 2
cgpa 3.8...alhamdulillah
leh kn klo nk apply jpa?
pe g ek t&c die?
ade intrview x?
leh x send any in4mation kt emel sy?plzzz..
buntu sgt ni
xtaw nk mintak tlg spe..
ni emel sy
spongy_bell@y.c
tlg ye
klo x nyusahkn r
tq
wassalam

.: Cik Dah :. said...

salam.
i pun nk amek scholar nih gak.
so what should i do?
slalunya bila dia akn open for us nk mohon?
anytin can u please email me: dablueishlady_mizzchaos@yahoo.com.my
thnx.

clandestine said...

sy pelajar degree sem 6 dan baru nak apply biasiswa jpa..
boleh dapat ke?
atau pn jpa tawarkan untuk pelajar baru shj.
any info email me at heartilly_me@yahoo.com.
tq.

iQbal said...

sila layari laman web JPA di www.jpa.gov.my

atau terus ke

http://esilav2.jpa.gov.my

Lihat syart-syart tawaran biasiswa. Cari link kat sebelah kanan, skroll bawah sket.

sem 6 pun boleh apply. Tapi kontrak tetap sama ngan yg apply sem 1.

eLLyDa0chEsT said...

salam...
sye nk amek spm 18 aribln ni..
nk tnye..bile bleh nk apply biasiswa??
gune rsult spm or trial spm??
or bleh gne kedua-duanye??