Tuesday, April 27, 2010
aku cuba lari jauh..tp makin dekat jadinye..aduii laa
Mencari ketenangan di dalam keresahan... kenapa la susah benor aku nak lupakan dia.. bila cuba nak lari... semakin dekat pulak jadiknya... adoi laa... yg aku pi layan sangat dia tu nape?.. esok2 aku jugak yg merana...
hai la jiwa yg meronta2... hai la jiwa yang terumbang-ambing.. hai la jiwa yg kesepian.. begitu malang nasib dirimu bila kau tidak dapat menggapai apa yg kau inginkan...
namun janganlah kau berdukacita.. sesungguhnya takdir dan ketentuan Tuhan itu adalah mendahului segala2nya... Dia mengetahui apa yg terbaik utk dirimu... ingatlah di sebalik kesulitan itu pasti akan ada kemudahannya... di sebalik keresahan itu akan ada ketenangannya... kembalilah kepada Tuhan...
kalaulah tidak kerana syurga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
apesal bal?putus cnta ke
melupakan cinta yang tak kesampaian...huhu
siapakah awek bertuah tu?
ada la seseorang tue..
semoga awak akan bertemu dengan gadis terbaik.
mudah2an..moga hati ini tabah dan tenang menghadapi hari2 mendatang...
untuk kamu..
Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Krn ia akan SAKIT oleh sbb bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..
Begitulah juga,
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mula MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..
Jika kamu menadah air,biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu,
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula,
Akhirnya ia dibuang,
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya,
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya,
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya,
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA b'kemungkinan hubungan kamu
akan BERTERUSAN hingga ke akhirnya..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu,mengenyangkan,berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain?
Jgnlah terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya,
Dan kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu,MENYAYANGIMU,MENGASIHIMU..
Mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Kerana terlalu mengejar kesempurnaan,
Kelak,kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain,
Dan kamu juga yang akan MENYESAL..
~Jgn menyesal setelah ia pergi,dan jangan memohon supaya dia kembali~
by : Dr.Fadhilah Kamsah
thanks for that..
Post a Comment