Wednesday, September 2, 2009

Separuh Ramadhan berlalu..

Assalamualaikum semua!

Apa kabar kalian? bagaimana puasa yang sedang dijalani skarang? seronok tak puasa?
Separuh bulan ramadhan telah berlalu..hmmm..bagaimana dengan amalan zikir, quran, solat sunat kita? dapat tak kita usahakan lebih dari bulan yang lain? Ada cuba untuk bangun malam berqiamullail? at least niat pun dah ok, dapat pahala jugak.

Aku sekadar nak ajak diri aku dan korang sama2 bermuhasabah, sejauhmana kita berusaha untuk dapatkan peluang2 dan ganjaran yang Allah sediakan di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Aku pun insan yang lemah dan tidak mampu berbuat apa2 tanpa izinNya, tapi sama2 lah kita ajak mengajak kepada kebaikan..

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni" - petikan dari hadith di atas secara kasarnya kita dapat memahami bahawa kita adalah orang yang sangat rugi bilamana kita tidak mengambil peluang sebaiknya untuk mendapatkan keampunan Allah s.w.t. lebih2 lagi semasa di bulan mulia ini. Tak semestinya orang yang mendapat lailatulqadar sahaja yang diampuni Allah, bahkan bila2 masa jua Allah memberikan kita peluang untuk mencari pengampunanNya. Yang utama ialah jauhilah mensyirikkan Allah dan jagalah iman kita. Berpuasalah atas sebab iman, bukannya berpuasa kerana ianya budaya sebelum berhari raya. Disebut dalam hadith shahih yang maksudnya:

“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)

Bulan ini juga untuk kita melatih diri kita dengan amal2 soleh dengan kesungguhan dan azam yang lebih kuat dari bulan yang lain, kerana bila Ramadan berlalu, aku pasti mungkin aku sendiri dan kalian (minta dijauhkan), amal2nya kembali seperti bulan2 lain, biasa seperti tahun2 yang sudah. Akan tetapi bila mana kita melakukan suatu usaha dengan niat dan tekad yang ikhlas untuk mendapatkan rahmat, inayah, keampunan, hidayahNya dan diistiqamahkan dalam setiap amalan, insyaAllah, Allah akan memberikan kita kasih sayangNya itu..

Jadi, marilah kita semua berusaha untuk memanfaatkan separuh bulan yang terakhir ramadan ini sebaik2nya. Lebih2 lagi bahang lailatulqadar semakin menghampiri kita, hanya tinggal usaha kita untuk mencarinya. Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya terlepas dari seksaan neraka. Semoga kita digolongkan di kalangan orang2 yang beruntung..

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

QS. Al-An'am.

Teruskan mempelajari ilmu Islam untuk memperkuatkan lagi iman kita dan perbanyakkan doa memohon keredhaan Allah SWT ke atas kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Salam maaf dan sekian, wassalam. Ramadhan karim!

Tuesday, August 25, 2009

1st Anniversary of Service

Alhamdulillah, hari ni 25 Ogos genap setahun aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Pejam celik pejam celik daahh setahun rupanye iye! hehe!

Macam2 hal aku belajar kat JPA nih, dari segi kerja sampailah kpd connection dgn kakitangan dan pelanggan kat ofis nih. huhu..

semoga pengalaman setahun yang aku peroleh ni dapat aku gunakan untuk menjadi pemangkin kepada anjakan paradigma yg lebih baik di tahun2 yang seterusnya. huh ayat! hahha.. actually the 1st year is not very good at all, a lot of things I need to polish and improve.

Masa aku report kat JPA dulu, masa tu bulan ramadan, sekarang aku sambut ulangtahun pun dalam bulan ramadan. Memang barakah btol lah. heh heh heh..

InsyaAllah kami akan buat sambutan ulangtahun hari ni dengan majlis berbuka puasa di Taman Ekuestrian Putrajaya. Nanti aku upload la gambar kalu ada ye.

Walau apa pun, aku berazam agar untuk tahun yang kedua ini, aku dapat baiki kelemahan yang ada, kalau x dpt buang pun, at least dapat nyorokkn kelemahan tu dan sentiasa buat yang terbaik! Malaysia Boleh, aku pun boleh! haha!

Oh ya! Tak lama lagi nak sambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. So selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Jgn lupa kibarkan jalur gemilang anda! Ya!

Marilah kita bersama berdoa agar bumi Malaysia ini sentiasa dalam aman dan damai, tenteram dari sengketa manusia mahupun malapetaka. Moga Allah merahmati negara kita dan rakyat hidup bersatu padu, bekerjasama, memiliki jatidiri rohani dan jasmani yang cemerlang.

Ok lah, dah banyak ni, kang bos aku marah plak aku x buat kje.. hehe.. jupe lagi ye!

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Assalamualaikum w.b.t.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh mulia kepada kalian semua sahabat sahabiah sekalian. Setiap ganjaran amalan sunat digandakan seperti fardhu dan amalan fardhu digandakan 70 kali ganda.

Maha Suci Allah yang menciptakan bulan yang mulia, di dalamnya terkandung malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Syaitan dirantai dan setiap masjid dan surau bakal dihidupkan dengan berbagai amal ibadah terutamanya solat sunat tarawikh.

Namun di dalam usaha kita untuk menjalankan tugas dengan berpuasa, janganlah puasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga, bahkan marilah kita bersama berusaha untuk menjaga seluruh panca indera kita daripada sebarang perbuatan yang mengurangkan pahala kita dan sebaliknya bersamalah kita berlumba-lumba dalam membuat amal-amal soleh semampu yang kita boleh buat. Membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berdakwah dan sebagainya.

Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi bulan yang terbaik dari bulan-bulan Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini. Dan semoga amalan-amalan yang kita usahakan di dalam bulan Ramadhan ini dapat kita teruskan di dalam bulan-bulan yang lain jua.



Semoga Allah s.w.t. menerima seluruh amalan kita dan memberikan keampunan kepada kita di atas segala dosa kesilapan kita dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan kita kepada-Nya. Aaamiin.

Wednesday, June 24, 2009

Kursus dan jalan2 kat Langkawi

Mungkin ini adalah kursus yang terakhir aku boleh pegi untuk tahun ni. Sebab bilangan hari berkursus aku dah lebih 7 hari. Disebabkan kemungkinan itu, maka aku telah menghasut bos aku utk izinkan aku join kursus ni, kat Pulau Langkawi tu.

Korang jangan tak caya la kalau aku cakap this is my first time jejak kan kaki kat Langkawi. Seumo hidup la ni baru nak mai.

Kitorg kursus kat Langkawi lebih untuk menyumbang kepada ekonomi negara berbanding mai nak berkursus. Al maklumlah banyak barang murah. Lebih2 lagi coklat. Aku pun takde la shopping sgt, untuk coklat tu habis la 400, tolak 360. Sikit je aku beli tu. Itupun beli utk org lain.

Seronok la dapat release tensyen kat opis ni. Aku punya kelas tak banyak. Tp alhamdulillah aku dpt ilmu baru dari kelas yang takde nak serius sgt itu. 2nd day petang, kitorg diberi pelepasan aktiviti bebas. Aku pakat2 gi jenjalan kat Mangrove. Gi rumah sangkar ikan, tengok ikan2 hiasan, ikan sumpit (memang unik la ikan ni boleh pancut air), ikan pari, ikan buntal pon ada..






pastu pi bagi burung helang makan and jelajah gua kelawar..

pastu pi pusing2 pulau, haha best la.. mesti korg pon pernah mai kan?

dah sudah tu, pi naik cable car pulok.. haha ni lagu satu yg seronok.. pi kat sky walk tu.. mak aih cantik nyer pemandangaaan..

awek2 pun cantik jugak.. hihihi..


ni ke rupa mahsuri? ntah la labu..

lain kali kalau mai lagi, aku nak ronda satu langkawi nih..

Thursday, June 11, 2009

Anak kecil yang takutkan neraka..

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?".