Apa kabar kalian? bagaimana puasa yang sedang dijalani skarang? seronok tak puasa?
Separuh bulan ramadhan telah berlalu..hmmm..bagaimana dengan amalan zikir, quran, solat sunat kita? dapat tak kita usahakan lebih dari bulan yang lain? Ada cuba untuk bangun malam berqiamullail? at least niat pun dah ok, dapat pahala jugak.
Aku sekadar nak ajak diri aku dan korang sama2 bermuhasabah, sejauhmana kita berusaha untuk dapatkan peluang2 dan ganjaran yang Allah sediakan di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Aku pun insan yang lemah dan tidak mampu berbuat apa2 tanpa izinNya, tapi sama2 lah kita ajak mengajak kepada kebaikan..
"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni" - petikan dari hadith di atas secara kasarnya kita dapat memahami bahawa kita adalah orang yang sangat rugi bilamana kita tidak mengambil peluang sebaiknya untuk mendapatkan keampunan Allah s.w.t. lebih2 lagi semasa di bulan mulia ini. Tak semestinya orang yang mendapat lailatulqadar sahaja yang diampuni Allah, bahkan bila2 masa jua Allah memberikan kita peluang untuk mencari pengampunanNya. Yang utama ialah jauhilah mensyirikkan Allah dan jagalah iman kita. Berpuasalah atas sebab iman, bukannya berpuasa kerana ianya budaya sebelum berhari raya. Disebut dalam hadith shahih yang maksudnya:Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)
Bulan ini juga untuk kita melatih diri kita dengan amal2 soleh dengan kesungguhan dan azam yang lebih kuat dari bulan yang lain, kerana bila Ramadan berlalu, aku pasti mungkin aku sendiri dan kalian (minta dijauhkan), amal2nya kembali seperti bulan2 lain, biasa seperti tahun2 yang sudah. Akan tetapi bila mana kita melakukan suatu usaha dengan niat dan tekad yang ikhlas untuk mendapatkan rahmat, inayah, keampunan, hidayahNya dan diistiqamahkan dalam setiap amalan, insyaAllah, Allah akan memberikan kita kasih sayangNya itu..“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)
Jadi, marilah kita semua berusaha untuk memanfaatkan separuh bulan yang terakhir ramadan ini sebaik2nya. Lebih2 lagi bahang lailatulqadar semakin menghampiri kita, hanya tinggal usaha kita untuk mencarinya. Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya terlepas dari seksaan neraka. Semoga kita digolongkan di kalangan orang2 yang beruntung..
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
QS. Al-An'am.
Teruskan mempelajari ilmu Islam untuk memperkuatkan lagi iman kita dan perbanyakkan doa memohon keredhaan Allah SWT ke atas kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Salam maaf dan sekian, wassalam. Ramadhan karim!
No comments:
Post a Comment