Wednesday, May 12, 2010

pasang surut..

sesungguhnya, setiap yg pergi, biarkan berlalu...
dan apa yg ada hari ini, adalah permulaan utk kita bina sesuatu yg baru...
untuk esok dan selamanya...
setiap yg hidup di muka bumi ini,
harus terima,
bahawa kehidupan kita ada pasang dan surutnya...
ada jatuh dan bangunnya....

ingatlah..setiap yg berlaku adalah sebaik-baik perancangan Allah...
walaupun perit utk kita laluinya,
yakinlah bahawa,
disebalik keperitan itu,
pasti terselit kemanisan nikmat Allah
yg tak pernah terjangkau oleh kita semua...

akhirnya...
terimalah setiap yg berlaku sebagai satu ujian.
tanda kasih sayang Allah yg tak pernah ada pasang dan surutnya... :)

Tuesday, May 11, 2010

engko ni pehal???


Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, mula bertukar cerita. Timbul perasaan suka sama suka. Datanglah pasukan perisik disusuli rombongan meminang. Diikat supaya tak dikebas orang..agaknye lah.. Tapi apakan daya..kuasa Tuhan menentukan segalanya... bertunang pun blom tentu akan kahwin dengan orang tue juge.. dengan ikatan yang sudah hampir pasti mengikat janji taat setia... batu bata, tiang, besi, simen, pasir semua dah siap, tinggal nak mulakan proses pembinaan je lagi..tp hasrat tidak kesampaian.. takde ribut, takde taufan, takde hujan, tiba-tiba je pokok tumbang.. guano tuh?

ini kan pulak kalau cuba nak ngorat sorang awek/mamat tue tp tak berjaya..pastu frust macam dah takde pmpuan/laki lain kat dunia ni.. ni pon bengong jugak..

"kalau dia dah tak nak kat ko, buat hape ko terhegeh2 nak tackle dia??"
"ko usaha sampai ke titisan peluh terakhir pun dia tak nak kat ko, orang camtu ko nak buat bini? lu pikir lah sndiri!!"

"Mencari pasangan hidup ni memang satu perkara yang perlu, tapi kena ingat, itu hanyalah perkara yang kecik je. Kecik sangat. Ada lagi benda yang lebih besar dari tu. Esok kalau dah kawin, ada anak, ada tanggungan, tanggungjawab tu lagi besar. Lagi susah dari nak mencari pasangan hidup"

"jika dia ditakdirkan untuk kamu, maka dia tetap untuk kamu"

..apa yang nak disusah hati sangat? apa yang yang nak dicemburukan? apa yang nak kesahkan bila orang tak layan? Hey come on lah!! Perjalanan hidup ni masih jauuhh lagi. Banyak benda lagi yang patut difikirin dan dibuat... takkan disebabkan benda KECIK camni ko kecundang?! Jangan sampai orang pandang rendah dengan kita!!! Hahaha!!! It just a peace of cake!!

Monday, May 10, 2010

suluh laluanku..

Tunjukkanlah aku
Jiwa yang mulia
Dia yang bergelar
Namanya si pari purna

Akan ku tunjukkan
Wajah yang bersinar
Cermin yang menyuluh
Di rimba nestapa

Bagi yang dambakan cinta
Akan hilanglah resah-resah
Bagi yang dambakan makna
Akan terlerai rahsia

Seorang pun tak akan hampa
Yang suci ataupun yang durja
Yang datang berbau tanah
Yang sampai dalam cahaya

Tuesday, April 27, 2010

aku cuba lari jauh..tp makin dekat jadinye..aduii laa


Mencari ketenangan di dalam keresahan... kenapa la susah benor aku nak lupakan dia.. bila cuba nak lari... semakin dekat pulak jadiknya... adoi laa... yg aku pi layan sangat dia tu nape?.. esok2 aku jugak yg merana...

hai la jiwa yg meronta2... hai la jiwa yang terumbang-ambing.. hai la jiwa yg kesepian.. begitu malang nasib dirimu bila kau tidak dapat menggapai apa yg kau inginkan...

namun janganlah kau berdukacita.. sesungguhnya takdir dan ketentuan Tuhan itu adalah mendahului segala2nya... Dia mengetahui apa yg terbaik utk dirimu... ingatlah di sebalik kesulitan itu pasti akan ada kemudahannya... di sebalik keresahan itu akan ada ketenangannya... kembalilah kepada Tuhan...

kalaulah tidak kerana syurga...

Sunday, February 28, 2010

Bersyukur..Penetapan Hala Tuju Hidup Yang Lebih Jelas Bermula

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Maha Suci Allah yang mengurniakan nikmat kehidupan yang pelbagai kepada para hambaNya..

... dan syukur pada Allah, mulai bulan Mac ni, aku akan memulakan kerjaya dengan status TETAP setelah setahun setengah berkhidmat di dalam sektor awam.

Dalam tempoh setahun setengah tu, bermacam perkara yang telah aku lalui dan pelajari. Dari soal kerja hinggalah soal peribadi.. jauh perjalanan luas pengalaman..betul tak?

Jatuh, bangkit, kecewa, bersemangat, sedih, gembira, suka, duka.. itulah ragam yang dilalui dalam hidup ini...

Dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih bermakna, maka perjalanan hidup ini perlu disertai dengan matlamat dan perancangan yang akan dapat menetapkan hala tuju kehidupan kita. Dan itulah yang perlu aku lakukan sekarang untuk memanfaatkan waktu singkat yang diberikan untuk kehidupan di dunia yang sementara ini...

InsyaAllah, semoga niat baik ini disertai dengan keredhaan Tuhan dan diberkatiNya...