Friday, December 11, 2009

Kenangan XPDC 2 - Gunung Tebu

As i promised, here I bring you my 2nd memories of hiking, Mount Tebu, Besut, Terengganu Darul Iman.

Enjoy the story..

Memories remains...cheers!!


Imbasan XPDC Membersih dan Menawan Puncak Gunung Tebu

27-30 Mac 2005


Assalamualaikum dan Salam Belantara!


Setiap orang mempunyai pandangan dan cara cerita dia yang tersendiri, seorang peserta macam ni cerita dia and me as a crew, this is my story.

Ekspedisi gunung tebu ni telah diadakan sebagai kemuncak praktikal bagi pelajar kursus perkhemahan dan mendaki hs1481 sesi 2004/2005. Aku just menyelit dan jadi krew untuk junior aku nih. Ok, aku dapat tau yang kali ni nak gunung tebu sebulan sebelum tarikhnya. So, aku mulakan training dgn rajinnya setiap minggu sampai la tiba masanya. Aku risau takut tak larat panjat je, tu pasal aku training betul2. aku tak nak jadi macam masa kat gunung senyum dulu. Tambahan pulak kali ni kena bawak barang naik puncak. Alhamdulillah, bila sampai masanya, aku sudah bersedia.


Hari pertama, 27 Mac 2005, peserta dan krew berkumpul di Pusanika pukul 8.00am dan sesi taklimat diadakan. Aku tengok semuanya dikonduk oleh abg sham. Aiikk??..


Untuk xpdc ni, aku, ima, nani jadi krew, asrol cucu abah dan pak mail pun sama. Lan pun nak join tapi dia ada program anak negeri. Azrol plak kena kerja. Kesian tak dpt ikut. Peserta sem ni ada 45 orang dan yang hadir cuma 40 orang. Program ni diketuai oleh penghulunya, Zailani. Seronok berkawan dengan diaorang ni. Group ni memang ceria. Siap ada pelawak antarabangsa lagi. Tak kering gusi dibuatnya. Ha! Ha...


Lebih kurang pukul 8.30am, 2 bas telah bertolak dari UKM menuju ke pantai timur. Perjalanan mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Hutan Lipur Lata Belatan di mana terletaknya Gunung Tebu. Perjalanan yang begitu lama tidak membosankan aku sebab orang tua-tua kata, ”jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi itulah yang aku dapat. Macam2 yang aku jumpa dengan suasana persekitaran yang pelbagai. Aku dapat tengok keindahan alam spt hutan, sungai, bukit batu kapur, dan macam2 lagi flora dan fauna yang menggamit kebesaran Ilahi dan hati aku. Tambahan pula, ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri kelantan. Terangganu pernah sampai tapi dah lama dulu. Kitorang sampai Lata Belatan hampir pukul 7pm. Lepas kemaskan diri dan solat maghrib, peserta bersiap-sedia untuk memasak bagi makan malam. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan aku dgn asrol ditugaskan untuk bantu kumpulan pertama.


Selepas makan malam, sesi taklimat bagi xpdc pendakian diadakan and then semua masuk tidor. Tapi malam ni memang sleck btul la. Aku, abg sham, pak mail tak boleh tido sebab kena serang dengan nyamuk. Bertubi-tubi aku digigit. Pukul 3am baru bleh lena.


Hari kedua, 28 Mac 2005, semua orang bangun awal and get ready utk buat sarapan. Selepas warm up, sesi taklimat dari bekas guide diadakan. Anak pak cik guide tu jadi guide kami. Pak cik tu dah tak larat nak panjat pasal skru longgar..KATANYALAH..


Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 9am dan dipandu oleh 4 orang guider. Guider ni bebudak kampung sana. Perjalanan bagi satu jam yg petama, kami melalui air terjun dan sungai. Air sungai dia memang jernih la wa cakap sama lu. Kita boleh nampak sampai ke dasar sungai tu. Dihiasai dengan batu2 sungai lagi, memang cantik. Insiden kecil berlaku, ada sorang awek tu kaki dia terpelecok, tp still bleh jalan, excited sangat agaknya.


Kami berehat sekejap sebelum melintas sungai yang bertitikan batang balak. Kat situ terdapat sebatang pokok balak yang memang cantik bagi aku. Susunan ranting dan daun2nya menarik. Maha Suci Tuhan yang menciptakannya. Selepas meniti sungai, perjalanan diteruskan dan masa yang agak lama diambil sebab banyak kali berhenti dan sekali berhenti ambil masa setengah jam. Perjalanan separuh masa pertama, kami target untuk sampai ke batu Mat Hassan. Aku sampai sana pukul 1.30pm. sebelum sampai sana, lagi satu insiden berlaku, aku punya geng, asrol mengalami kekejangan otot di bahagian peha. Mula2 sebelah kanan, dah ok skit, jalan punya jalan, kejang sebelah lagi. Last2 abah suruh turun dan balik ke Lata Belatan. Dgn abah sekali kena balik. Abah minta bantuan 2 orang peserta untuk turun sama dan diaorang ni takkan naik lagi dah. Zailani dan azmi, kalu aku tak silap la, dengan sukarela menawarkan diri untuk turun bantu abah dan balik ke Lata Belatan. Aku turut mengofferkan diri untuk turun tapi tak dilayan. Mungkin aku diperlukan untuk perjalanan seterusnya. Tak best pulak bila abah takde. Memang tak best pun. Kalau takde abah, xpdc ni bg aku memang tak seronok mana. Anyway terima kasih kepada kedua member kita yang turun bantu abah tu. Diorang sanggup korbankan matlamat ke puncak untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Walaubagaimanapun, perjuangan belum masih belum selesai dan mesti diteruskan.


Aku nak cerita sikit pasal batu Mat Hassan. Batu ni adalah batu besar, tinggi, pipih sikit dan sedikit condong kedudukan dia. Batu ni seolah2 jatuh dari atas gunung dan terselit dicelah gaung. Memang cantik dan unik kedudukan batu tu.


Ok, daki punya daki, break-punya break, kami tiba ke perhentian yang terdapat water source. Lepak kat sana lebih kurang setengah jam, amik air dan teruskan perjalanan. Pendakian kami ni adakala mendaki 45 darjah, ada 60 darjah, kejap2 naik bukit, kejap2 turun bukit, naik turun, naik turun tapi taaak sampai2.

Walaupun perjalanan tu lama, namun semuanya masih tetap bersemangat. Abg sham dengan beg beratnya, aku pun sama dengan beg yang tak kurang 30 kilo, dan semuanya terus melangkah perlahan-lahan. Alhamdulillah, aku dengan beg yang berat tu tetap dapat mendaki dengan baik, aku risau jugak takut tak larat. Masa kat bawah lagi aku dah rasa beg aku berat yang amat, peha aku plak lengoh dan sakit, boleh pi ke ni? Namun kesukaran tu dapat aku kawal. Berbekalkan semangat yang ada, aku terus meneguhkan langkah.


Dalam perjalanan ni ada jugak peserta yang hampir pewai. Tenaga dah kurang. Ni semua tak cukup training. Itulah pasal, orang dah suruh training tak nak. Skarang sendiri jawab la. Anyway, labih kurang pukul 6.30pm, semua peserta sampai ke puncak. Aku tak tau siapa peserta pertama yang sampai ke puncak dan pukul brapa diaorang sampai. Aku ingatkan ada beirut kat puncak tu, rupa2nya takde. Gunung tebu ni tak terdapat dalam peta, itu pasal takde beirut. Mana satu puncak dia aku pun tak tau. Sampai2 je aku terus cari pot nak solat. Masuk skit kat dalam hutan kecik kat puncak tu sampai la ke satu batu besar iaitu batu madrasah. Dah ade budak melepak dah pun kat atas tu. Dikatakan bahawa dulu orang buat solat jumaat kat atas batu tu. Memang logik dan sememangnya boleh muat 40 orang atas tu.


Gunung tebu memang banyak lagenda dia. Puncak dia kat dalam hutan kecik yang aku lalu sebelum sampai ke batu madrasah. Ada tiga batu besar yang rapat-rapat dan tinggi dia bawah paras pinggang. Situlah puncaknya, ramai yang tak tau. Berhampiran campsite kami terdapat satu kubur, tak tau la sape punya kubur. Dikatakan bahawa, puncak gunung ni dijaga oleh seorang pendekar. Untuk pengetahuan korang, terdapat satu lagi puncak gunung bersebelahan puncak yang aku sampai. Kalau tengok, rase macam puncak sana lebih tinggi dari puncak yang aku sampai ni. Orang kata, kalau pegi puncak sana, tengok macam puncak sini plak yg lebih tinggi dari puncak sana. Kat puncak blah sana pun ada sorang pendekar jaga.

Tak jauh dari puncak g.tebu, tu terdapat gelanggang silat. Kat kawasan puncak ni ada banyak pokok bonzai. Abg sham cakap jauh skit dari campsite kami ada taman bonzai dan ntah ape lagi. Kami tak sempat pegi sebab kesuntukan masa. Petang tu semua orang pasang khemah dan kemaskan diri. Dia punya watersource bapak la jauh nak turun. Lepas mandi, badan sejuk je. Naik balik ke campsite, sampai je kat atas badan berpeluh semula. Penat memanjat. Panass balik. Aisehh..

Malam tu plak lepas solat, memasak utk makan malam. Malam tu aku makan meggi je dgn oat. Tak sedap pun oat tu. Ingatkan sedap. Lepas makan, pak mail buat sesi ice breaking. Memasaing kenalkan diri dan bercerita. Ada yang bercerita ”kerbau dan buaya”, ada yang cerita ”zaman kecilku”, ima plak cerita ”buaya dan sang kancil”..har..har...takde la. Gurau je. Semua orang dah bercerita, terus masuk tido. Orang lain tido dalam khemah, aku dgn abg sham tido kat luar. Berbumbungkan langit. Memang sejuk malam tu sampai ke telinga. Nasib baik tak hujan.

Hari ketiga, 29 Mac 2005, pagi tu aku bangun pukul 6. matahari dah mula menampakkan cahayanya. Lepas sembahyang subuh, sesi mengintai matahari terbit bermula. Memang cantik. Dari kami punya campsite, kami boleh nampak laut dan pulau. Pulau perhentian besar, perhentian kecil, pulau redang dan pulau lang tengah. ada lagi beberapa pulau. Memang seronok la. Macam-macam kebesaran Tuhan yang dapat aku lihat. Kalau korang perasan, aku selalu keluarkan pen dgn note book, sebenarnya aku mencatitkan apa2 perkara yang menarik yang aku jumpa dan lihat.. Sebelum aku terlupa, sebenarnya ada satu lagi group lain yang bercamping dgn kami. Depa berempat. Malam tu aku tengok ada yg pakai jubah, pakai baju melayu macam orang alim. Diorang ni budak FPI u mana tak tau la.


Malam tu lebih kurang pukul 11pm, diorang baca talkin kat kubur yang aku bgtau td, and then berzikir dgn suara yang kuat. Zikir secara jihri orang kata. Baguih jugak ada diaorang mudah2an dapat hindar bala dari group kami yang lalai ni..haha. Lagi satu aku nak bgtau, ada satu group memasak tu yang ahlinya terdiri dari budok lelaki sahaja. Kitorang bagi nama group tu, group HURU-HARA. Memang sungguh huru-hara. Sorang pun tak pandai masak. Nasib baik ada chef sukarela. Payah diaorang ni, ration pun malas nak bawak. Tak cukup barang, terpaksa minta kat group lain. Tapi takpa la asalkan semua dapat makan.



Selepas sarapan, semua berkemas dan bersiap untuk turun balik ke Lata Belatan. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam. Kitorang bertolak dari puncak tu lebih kurang pukul 12.30pm. Semua bleh jalan laju bila turun. Sampai kat water source, kitorang berhenti untuk masak makanan tengahari. Group huru-hara makan meggi je. Tak sampai 5 minit dan selesai. Group lain, setengah jam pun blum boleh makan lagi. Dah tu, memasak macam kat rumah, memang la lambat. Lepas makan, aku turun basuh mestin dan ambil air. Naik je kat atas, tinggal group aku je. Yang lain dah jalan. Ape la main tinggal-tinggal.

Sampai je kat batu Mat Hassan, terjumpa plak dgn si asrol and the gang yg tak naik puncak. Rupa2nya diorang dah tunggu kami 2 jam sebelum kami sampai sana. Asrol dah ok masa tu. Dia cakap, 1 jam lpas dia turun balik kelata belatan, kaki dia dah ok. Siap boleh lari2 lagi. Ni mungkin ade benda yang tak kena ni.

Perjalanan diteruskan. Semua jalan slow2 plak pasal dah penat. Tapi aku malas nak follow orang jalan slow. Aku potong semua skali. Guide kitorang turun berlari. Bawak beg ringan boleh la. Tapi pun berlari jugak. Seronok pulak berlari. Sampai kat sungai yang ada titi kayu balak, aku lepak kjap dan solat jamak sementara tunggu yang lain sampai. Pastu perjalanan diteruskan balik ke Lata Belatan. Perjalanan yang ni ditemani bunyi deru jeram. Air yang jernih dan bersih, sungguh menyemankan. Sampai kat air terjun, aku lepak kjap kat atas batu sambil menikmati keindahan alam. Bukan selalu dapat suasana setenang tu beb. Then, balik ke Lata Belatan.


Sampai kat sana, semua peserta warming down sementara tunggu semua peserta sampai. Abg sham tak sampai2 lagi. Dia tengah sweep sorang member kita yang dah pewai. Anyway, pukul 7pm semuanya selamat kembali ke Lata Belatan. Lepas maghrib, macam biasa memasak untuk makan malam and after that sesi pos mortem. Semua orang luahkan perasaan dan pelbagai persoalan dilontarkan. Abg sham telah menjawab satu persatu soalan dengan cemerlangnya..ha..ha..dah habis pos mortem, semua masuk tido dan malam tu adalah malam yang paling tenang skali sepanjang xpdc. Abg sham pasang ubat nyamuk kat setiap tiang wakaf tempat kitorang tido. Seko nyamuk pun takde.

Hari keempat, hari terakhir program 30 Mac 2004, boleh kata semua bangun lambat, letih la katakan. Lepas sarapan, kitorang kemas2 dan bertolak ke Bukit Keluang untuk xtvt absailing. Bukit Keluang tu kat tepi laut. Lepas absail, pi jalan tepi pantai and then pi jamuan makan tengahari plak. Program ni berakhir di restoran tempat kami makan tengahari tu dgn sesi bersalam-salaman.

Perjalanan pulang ke ukm penuh kesunyian walaupun pak cik driver bukak cerita hindustan yang heronya shah rukh khan. Keseronokan xpdc g.tebu mula menghilang namun kenangannya masih kuat tak dapat aku lupakan. Dalam bas, macam2 yang aku fikirkan.

Finally, kitorang sampai ke ukm pukul 3.30 pagi. aku tak terus balik kolej, aku pi pekena roti canai dgn abg jiman dan abg sham, and then pi hantar abg sham balik pj. Aku balik bilik dah masuk waktu subuh. Berakhirlah parjalanan aku bagi xpdc g.tebu 2005.

Sekian. Segala terlanjur kata harap dimaafkan. Semoga hubungan persahabatan antara kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Buat member2 crew, fatimah, thank u very much for being my frenz. I’ve learn a lot of things from u to be a better person in this life. Nani also, thanks a lot of our membership, and all of u who know me.

See you all next time in another expedition.

26 april ’05;12.37pm

2 comments:

diYana said...

gunung tebu dekat umah saya..huhu..besut, ganu kiter..caiyok2 oghe besut!

Unknown said...

o iye ke..bole la g hiking skali..hehe