Wednesday, May 12, 2010

pasang surut..

sesungguhnya, setiap yg pergi, biarkan berlalu...
dan apa yg ada hari ini, adalah permulaan utk kita bina sesuatu yg baru...
untuk esok dan selamanya...
setiap yg hidup di muka bumi ini,
harus terima,
bahawa kehidupan kita ada pasang dan surutnya...
ada jatuh dan bangunnya....

ingatlah..setiap yg berlaku adalah sebaik-baik perancangan Allah...
walaupun perit utk kita laluinya,
yakinlah bahawa,
disebalik keperitan itu,
pasti terselit kemanisan nikmat Allah
yg tak pernah terjangkau oleh kita semua...

akhirnya...
terimalah setiap yg berlaku sebagai satu ujian.
tanda kasih sayang Allah yg tak pernah ada pasang dan surutnya... :)

12 comments:

Anonymous said...

untuk kamu, dicopy dari blog orang lain..;)

Cintaku Antara Dia dan Allah

Saat mula mengenali dirinya,
Diriku seakan bahagia,
Tiada setitis mutiara jatuh ke riba,
Kehadirannya mampu membawa cahaya,

Hadirnya dalam hidupku,
Mampu mengubat hatiku yang pilu,
Mampu menghapus kenangan kejam suatu ketika dahulu,
Yang membiarkan aku terus hanyut dibuai cinta palsu,

Cinta bertepuk sebelah tangan,
Aliran cinta hanya menyusuri di Badan,
Tetapi tidak memenuhi di hati dakapan,
Ayat yang sesuai dijadikan ungkapan,
Kerana berperangnya hati dan perasaan,
Menyuruhku melupakan dia dan menghapus segala kenangan,

Walaupun kekadang diri terasa bahagia,
Namun derita juga kian menghimpit dada,
Saat aku melihatnya,
Terasa hatiku seakan-akan dihiris-hiris olehnya,

Seringkali aku merasakan diri seperti ditertawakan,
Apabila melihatnya bersama teman-teman,
Mutiara jernihku bertaburan seperti bak air hujan,
Hatiku terfikir, mengingatkan aku ini adalah satu ujian,

Aku sakit dan patah hati,
Aku tak mahu berangan lagi,
Aku nak lari dari semua ini,
Hingga aku temui jalan yang dinanti,

Niat tidak boleh menghalalkan cara,
Kerana apa yang haram tetap haram di sisiNya,
Aku ingin mencintai dan dicintai dengan redhaNya,
Kerana disitulah akan hadir segunung rahmatNya,

Aku tahu aku bukanlah hamba yang sempurna,
Aku berasa tidak sempurna tanpa cintanya,
Namun, tanpa cintaMu Ya Allah hidupku lebih tidak sempurna,
Haruskah aku melupakan perasaanku terhadapnya?

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku ingin sekali menariknya untuk mencintaiMu dan agamaMu,
Menyuruhnya untuk menjadi insan yang baru,
Mengharap dia mendapat rahmat dan syurgaMu,


Ya Muhaimin,
Aku mengharap doaku diperkenankan,
Supaya dia tidak terus menyusuri jalan kesesatan,
Agar bahagia dia meneruskan kehidupan,

Ya Rabbana,
Sampaikan pesananku kepadanya,
Kau berikanlah cahaya hidayahMu kepadanya,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya,
Kau hapuskanlah ingatanku terhadapnya,
Sehingga aku tahu dialah jodohku selamanya……….

Unknown said...

moga Allah perkenankan...aamiinn

Anonymous said...

takde update terbaru ke?

Unknown said...

sedang dalam usaha menguatkan diri dengan doa di atas..hehe

Unknown said...

Kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya,
Kau hapuskanlah ingatanku terhadapnya.. buat selama2nya...

Anonymous said...

siapa yang awak nak lupakan??
begitu kuat ke pengaruh dia dlm ingatan dan hati awak??

Unknown said...

ntah racun ape la dah masuk dlm badan sy nih.. smpi skrang hati ni tak trbuka utk org laen...:(

Anonymous said...

waa..... dasyat betul... kagum betul ngan kesetiaan awak tu.. tp saya rase kesetiaan awak tu sia-sia je sbb wanita pujaan awak tu mesti takkan kembali pada awak kan??

Unknown said...

hmm.. i think so.. just let the time bring me out from the this circumstance.. the feeling will leave my heart one day...

Unknown said...

Who r u "Anonymous" actually?. Show urself and talk to me as the really exist human.

Anonymous said...

tak penting untuk tahu siape saya.. tp kalau komen2 saya ni mengganggu atau menyusahkan awak, saya takkan komen lg pasni..

Unknown said...

ok..sy gelar awk "The invisible".. terima kasih di atas komentar yg awk berikan dan sy menghargainya. sedikit sebanyak ia membantu mengurangkan keresahan sy. awk mengajak sy utk brfikir.. trima kasih skali lg..

Walau apapun, sudah masanya utk sy brtindak.. melangkah dgn langkah yg baru.. hidup dgn hari yang baru.. mendapatkn cinta yg sejati lagi hakiki pemilik hati ini.. melepaskan cinta dunia yg tidak pasti..