Tuesday, December 8, 2009

Kenangan XPDC 1 - Gunung Senyum

Hi guys. 18 Disember ni aku ngan beberapa org kawan akan ke Taman Negara Hutan Belum, Perak, saje nk ber'camping' ujung2 tahun nih.

Sebenarnya aku pun dah lama bebenor x g camping/hiking. Las pegi 2 tahun lepas. Untuk memanaskan suasana, aku nk share sket beberapa cerita aku punya xtvt dulu2. Citer yg sama pnah aku up kat dlm blog aku yg lama, tp kali ni aku up skali lagi utk tatapan kengkawan yg suka ber'outdoor' mcm aku nih..

kita mulakan dengan xpdc mendaki yang pertama dalam hidup aku iaitu Gunung Senyum, Jengka Pahang dulu..

Al kisah...
























Imbasan Program Interaksi Muhibah Dan Mendaki Gunung Senyum 2004

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak imbas balik kenangan aku masa buat program kat gunung senyum.

Program ni berlangsung selama tiga hari iaitu pada 15 mac hingga 17 mac 2004. peserta dia terdiri daripada 37 orang pelajar U aku yang mengambil kursus kokurikulum HS1481 iaitu kursus perkhemahan dan mendaki. Sebelum aku ceritakan peristiwa2 yang berlaku dalam program tu, aku nak ceritakan sikit macammana program ni boleh diadakan dan proses perlaksanaannya.

Ok, dalam silibus ko-k aku, minggu last sesi pembelajaran ada hari praktikal. Kebetulan tarikh praktikal tu dah nak dekat dgn tarikh final exam. So, tarikhnya telah dipostpone selepas exam. Aku punya coach (abah and abg. sham) telah mencadangkan tiga buah tempat utk buat program. Satunya air terjun mana ntah, keduanya gunung kat cameron highland dan last sekali gunung senyum. Discuss punya discuss, kitorang sepakat nak pi gunung senyum. Aku punya coach pun setuju dan dia memang begitu excited nak gi sana. Maklumlah, orang dah banyak pengalaman, tentulah dah rasa keseronokannya walaupun belum pegi lagi.

Utk laksanakan semua ni ajk2 telah dikerah utk membuat mesyuarat bagi membincangkan bagaimana nak adakan program ni. Kerja telah dibahagikan mengikut jawatan masing2. aku pegang 2 jawatan, satunya sebagai penolong pengarah dan satu lagi ajk pengangkutan. Mula2 tu tak rasa lagi tugas dia macammana, bila dah mula hah tu dia, penat lah jugak. Kalau tak silap aku, kitorang mula buat perlaksanaan perancangan itu ini 2 minggu sebelum first exam start. Masa tu memang banyak jugak masa yg aku korbankan utk jumpa orang tu, orang ni nak minta kelulusan program, masa belajar pun memang aku siap kasi selit sikit utk uruskan benda2 berkaitan camping ni. Memang leceh semua ni kalau korang nak tahu. Sistem pemprosesan permohonan dalam U ni sebenarnya tak sistematik. Dia kena ikut turutan, lepas orang ni semak, kena pas kat orang lain pastu orang lain. So, result dia kita akan dapat lambat.

Benda yg kita nak dia tak buang masa telah mengganggu kelancaran proses perlaksanaan. Memang benda ni memenatkan tapi disebabkan banyak benda yg aku bleh belajar, so aku tak kisah. Cuba korang fikir, subjek ni cuma 1 jam kredit je, tapi ko nak buat program dia macam nak separuh mati. Akulah, bukan orang lain. Aku ni lemah skit, tak pandai nak bagi tugas, pendek kata, kalau ada apa2 benda yg kena uruskan, mesti aku akan offer diri aku sendiri utk bereskan benda tu. Bodohkan? Ajk punya banyak aku pi buat kerja sorang2. aku bukannya ape, masa tu nak dekat exam, member2 semua nak study, mungkin waktu tu aku fikir tak nak menyusahkan diaorang tapi aku tak pikir diri aku sendiri, macam aku tak ambil exam plak. But that’s not the matter, aku tak pandang pun kredit subjek ni, yg aku pikir macammana program ni dapat dijayakan dengan sejaya-jayanya. Ha, kalau aku pi fikir pasal 1 jam kredit tu, memang aku takde semangat walaupun nak menaip surat. Tapi disebabkan aku punya coach ni bersemangat nak program ni diadakan, aku sanggup meredah lautan api, memanjat gunung salji utk memastikan program ni berjaya. Caya tak? Tak caya, aku pun tak caya, wa! wa! wa!. tapi benda ni aku minat, so no hal bagi aku kalau aku kena korban lebih, asalkan pelajaran aku atas subjek lain ok, tak terbengkalai.

Program ni bukan sekadar camping and panjat gunung je, tapi aku punya ketua pusat ko-k bagi cadangan supaya kitorang buat program khidmat masyarakat sekali dgn budak2 sekolah kat gunung senyum sana. Aku pun pikir, memang best program ni siap ada aktiviti dengan masyarakat luar. Itulah sebenarnya yg perlu dilakukan oleh mahasiswa, banyakkan berinteraksi dgn masyarakat luar, jgn jadi katak kat bawah tempurung.

Bila masa perlaksanaan program hampir tiba, beberapa kontroversi telah berlaku. Masa tu nak dekat pilihan raya umum. NC telah block semua program pelajar di luar U sebelum pilihan raya. Masa tu aku baru je dapat bas, dah kena block. Pulak tu barang2 makanan aku dah beli, banyak tu, aku cakap kalau program ni tak jadi, aku nak buat kenduri secara besar-besaran. Aku jemput satu ukm dtg makan. Heheh, bukannya ape, perancangan yg dah ajk2 semua buat dah banyak, masa yg dikorbankan pun memang tak boleh kira, tiap2 malam tidur lewat, aku la. Hari2 pikir pasal program ni, mana tak frust kalau program ni batal. Aku pi jumpa pendaftar pusat ko-k, dia cakap dia tau pasal ni tp dia kata program akan tetap terus dijalankan. Aku pun lega skit. Tapi masa hari sabtu, satu hari lagi nak pegi, orang pusat ko-k call aku, dia cakap program batal, NC tak bagi pegi. Ni semua pasal pilihan raya. Aku rasa tension yg amat sgt masa tu. Then, aku pi jumpa dr. Zainal dgn abg sham dan pengarah aku (Razlan), bincang punya bincang, pakat punya pakat, memang susah nak bagi program ni on. Aku punya coach tu memang dah betul2 punya semangat nak pi gunung senyum dah jadi tak tentu hala. Dia pakat dgn aku & my director utk rush program spy terus diadakan.

Akhirnya, dr. Zainal call NC, bgtau dia program yg ada melibatkan interaksi dgn masyarakat luar dibatakan dan kita buat program dgn kita je. NC pun setuju dan program tu pun on semula. Alhamdulillah, Allah masih memberikan keizinan utk program tu diadakan. Pastu orang unit kenderaan pulak menggelabah nak on kan balik bas dgn pajero. Anyway semuanya berjalan lancar. Dan, akhirnya sampailah masa utk program ni dilaksanakan setelah berjuta perancangan dan persediaan dilakukan. Malam 14 mac 2004, semua peserta telah berkumpul di PUSANIKA dan sesi taklimat telah diadakan pd pukul 9.30 malam. Masing2 aku tengok memang dah ready dan bersemangat. Bagus, itulah yg aku inginkan. Masa tu coach aku yg 2 orang tu dah pi gunung senyum dulu. Diaorg pi 1 malam lebih awal.

Lebih kurang pukul 11 malam perjalanan dimulakan dari stesen minyak petronas yg menghala ke tol bangi. Kitorang telah sampai di gunung senyum pada 15 Mac 04 pukul 3.30 pagi. Sampai2 takde orang sambut. Memanglah takde orang, pukul 3 pagi sape nak dok menunggu tercongok kat tepi hutan tu, semuanya tidoq la. Abah dah setengah hari sebelum kitorang. Lepas jumpa abah kat campsite, semua peserta bergerak ke tapak perkhemahan dan terus tidur. Yg lelaki punggah barang dlm pajero dgn bas. Aku ingat nak tido lepas tu tapi tak bleh tido, pasal aku punya semangat menghalang aku untuk tido. Cewah!. Aku tolong abg sham buat sarapan pagi. Sekarang aku nak bagitau yg group aku ada extra coach. Mereka ialah En. Kamarzaman atau lebih mesra dipanggil sbg ayah, abg kidir, abg omar dan kak lina. Abg omar ni selalu panjat gunung kinabalu. Aku dengar setiap tahun dia pi panjat bawak orang.

Ok, pukul 7.30 pagi, aku, lan, kak izza, abah, abg sham, abg man and abg usop bergerak pegi ke sekolah menengah kebangsaan jengka 18 utk mengadakan sesi interaksi selama 1 jam, sekadar menghargai semangat mereka yg berkobar2 utk beraktiviti dgn kitorang. Semuanya aku tengok dah bengang pasal program diaorang kat gunung senyum terpaksa dibatalkan. Memang malu lah juga aku dgn cikgu diaorg. Diaorg ni semua memang dah ready dan memang bersemangat waja nak join kitorang tapi akhirnya semangat itu tenggelam di dalam kekecewaan. Anyway semuanya berjalan lancar, habis je sesi tu kitorg terus balik ke gunung utk program yg seterusnya.

Lepas je sarapan, kalau tak silap, kitorang dibawa melawat gua2 yg terdapat di gunung senyum iaitu Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu, Gua Taman Dua, Gua Gajah, Gua Danau Impian, Gua Tali Air, Gua Hidang, Gua Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Piala dan Gua Nisan, ntah ape lagi aku tak berapa ingat. Yg aku taip tadi pun sebenarnya ada yg tak pergi pun. Memang seronok wo! Gua-gua ni semuanya unik2, bukan selalu bleh jumpa gua batu kapur ni. Kalu pi gua Terang Bulan, memang ko rasa seolah2 masa tu bulan tengah mengambang. Cantik dan Allah memang hebat.

Tak silap aku, jalan atas skit kita akan jumpa kawasan yg terdapatnya ketam-ketam gua. Ada yg warna putih dan ada yg hitam. Kat Gua Taman Satu kita akan jumpa pokok2 yg tersusun dan sememangnya ia tersusun seperti di dalam taman. Pokok2 ni kebanyakannya berpasangan. Memang unik. Di Gua Taman Dua plak, kita akan jumpa batu2 yg unik. Ada stalagmit, ye ke? Bukan kot, mungkin spesis batu karang yg hidup. Bentuk dia macam busut. Tinggi dan besar, ada gambar dia, nanti aku tunjukkan. Gua Kolam Tujuh plak kita akan jumpa kolam lah. Cantik2 semua. Dari saiz kolam yg kecil hinggalah yg besar. Air dia keluar dari dasar gua. unikkan? Hebat Allah. Untuk pagi tu itu ajelah yg aku ingat & bleh cerita kat korang. Lepas kitorang melawat gua, kitorang balik semula ke tapak perkhemahan.

Petang tu ade majlis perasmian pukul 3. ikut perancangan, majlis perasmian tu diadakan pd pukul 4 ptg, tp org yg nak rasmikan tu nak buat awal pasal dia ada hal takleh dtg pukul 4. sepatutnya lepas makan tengahari kitorang pi absailing kat Gua Silat, disbbkan majlis perasmian diawalkan, kitorang pi absailing lepas tu. Program ni telah dirasmikan oleh penolong pegawai perhutanan daerah temerloh, En. Zulkifli bin Abd. Hamid. Orgnya ni peramah, tengok gaya memang cool. Sebelum majlis bersurai, kitorang ambik gambar ramai2 dgn pegawai hutan tu. Nak tengok gambar dia? Ada, nanti aku tunjukkan. Lepas jamuan ringan, kitorang terus bersiap2 utk pi absailing kat Gua Silat. Dalam aktiviti yg perlu berjln jauh, cuma 36 orang je yg ikut sebab sorang member aku budak pompuan baru accident, sakit kaki, kesian dia.

Sampai je sana, coach aku pasang tali dan bermulalah praktikal yg pertama. Menuruni tempat yg tinggi menggunakan tali. Memang seronok, aku tak sabar2 nak turun. Ramai sangat bebudak, 36 orang. Tanpa membuang masa, aku mencelah, meminta keizinan daripada kawan2 utk turun dulu dan keizinan diberi. Masa nak turun tu terasalah jugak gayatnya smpi minta kawan2 doakn aku selamat tiba kat bawah. Tp bila dah melangkah, keseronokan mengganti debaran. Agak mencabar jugak absailing ni. Permukaan dinding dia berlubang2, aku turun punyalah laju sampai ayah kata aku turun laju and dia tak sempat tengok ape, pasal dia jd belayer budak lain. Lebih kurang 6 meter tinggi sebelum aku menjejakkan kaki ke tanah, ayah suruh aku tendang dinding dan free fall. Aku pun bertindak mengikut arahan. Tendang je...shuuuu...aku melonggar dan melepaskan tali di genggaman tangan kananku dan terus sampai ke permukaan tanah. Ha ha!... Huh! Memang best, bukan semua orang boleh buat macam tu. Maksud aku orang yg baru belajar. Aku ingatkan lepas tu bleh balik terus, rupa2nya kena tunggu dulu sampai semua sekali turun. Alaamak! Masa tu waktu maghrib dah nak habis, sampai je tapak khemah dah isyak, bersih2 diri, makan malam, then ada taklimat utk program esoknya plak iaitu panjat gunung.

Sekarang dah hari kedua, 16 Mac 04, pagi tu lebih kurang pukul 7.30 pagi kitorang berkumpul dan lakukan sedikit senaman yg diberi nama senaman dragon ball besar. Seronok jugak senaman tu. Then kitorang berjalan kaki sejauh 3 kilometer melalui ladang kelapa sawit utk ke kaki gunung, tempat bermulanya pendakian. Sampai kat sana, ingatkan bleh terus panjat rupa2nya ada kerja lain pulak. Utk naik ke atas gunung tu, kitorang kena rock climbing dulu setinggi lebih kurang 13 meter, caranya ialah dengan tarik dan puli. Budak2 lelaki ditugaskan menarik orang yg nak naik atas tu. Fuh, memang penat. Kat situ je dah banyak tenaga digunakan. Tarik punya tarik akhirnya tinggallah aku, puh, ayah, abg kidir dan abg jiman kat bawah. Abg jiman mula2 nak naik tapi dah takde tenaga penarik utk dia naik atas. Terpaksalah dia balik semula ke kem dgn ayah. Ayahpun mula2 nak naik, tp atas sebab yg sama dgn abg man, so dia tak dpt ikut. Kesiannya. Sepatutnya di kalangan student akulah orang yg naik last sekali. Tp aku nengok puh tak larat nak naik lagi pasal keletihan, so aku pun bertindak memakai harnest dan memulakan pendakian. Masa nak panjat tu memang penat. Tenaga dah banyak dihabiskan utk tarik tali. Dengan izin Allah aku masih bleh panjat dgn kudrat yg masih ada.

Dah lepas rock climbing, aku panjat skit ke atas. Agak sukar jugak nak panjat tu, curam2 belaka. Gayat jugak rasanya. Tapi disebabkan ketabahan yg ada dlm diri aku teruskan jugak melangkah ke hadapan. letih tu memang letih, habih tu, dah naik kena lah teruskan, takkan nak turun plak. Baru je lepas curam tu aku terjumpa member aku yg belum naik atas lagi. Aku ingatkan diorang dah jauh tinggalkan aku. Bai, Kamal, usop , akmal ntah sapa lagi aku pun tak ingat dan sorang lagi kak lina. Kitorang berehat sambil makan bekalan yg kitorang bawak, bihun goreng dgn nasi empet kosong.

Pastu kami teruih naik atas meneruskan pendakian yg ntah bila akan sampai ke puncak. Masa aku start mendaki dari tempat aku berehat tadi kalau tak silap aku waktu tu pukul 12.30 tengahari. Perjalanan nak ke atas nampak macam tak berape mancabar tapi sebenarnya memang mencabar. Masa tu aku memang dah kekurangan tenaga sebab banyak dihabiskan untuk tarik bebudak naik atas. kalau tak silap maybe waktu tu pukul 1 ptg, matahari dah keluar. Lupa plak aku nak bagitau, hari kitorang nak panjat ni sebenarnya cuaca dia tak berapa panas, mendung. Tapi nasib aku kurang baik, baru separuh perjalanan matahari dah muncul, apalagi masaklah aku. Memang panas time tu. Atas matahari bawah batu. Dah lah bawak beban, tenaga dah kurang, memang dah tak larat nak panjat, tapi aku tetap tabahkan hati dan cuba untuk tingkatkan semangat. Tak silap aku masa lepas base camp 2 baru aku mula terasa penat yg amat sangat. Abah dgn abd. Hadi potong aku. Diorang jalan laju, tak tau pakai kuasa apa. Kuasa kambing gurun kot.

Aku jalan slow2 sorang2. orang yg naik sama2 dgn aku tadi aku dah tinggalkan di belakang. Tapi aku tau diaorg tetap dpt panjat sebab kalau aku bleh panjat tentu diaorg bleh panjat punye. Ok, sambung balik perjalanan aku tadi, aku punya tak larat sampai terpaksa merangkak lagi. Dalam exam final dulu ada soalan tentang, apakah cara atau kaedah yg perlu dilakukan sekiranya kita berasa penat semasa mendaki. Antara jawapannya melangkah kecil2, merangkak dan ntah ape lagi. Jawapannya salah satu, tapi masa praktikal aku buat dua2 sbb terpaksa, tenaga kat kaki dah lemah terpaksa meminta bantuan tangan utk melangkah ke atas. Waktu matahari tengah terik tu memang aku rasa betul2 punya tak larat. Rasa nak stop kat situ jugak tak nak naik lagi. Tapi rugilah aku, aku terdengar suara jeritan budak yg dah sampai kat atas. Ini bermakna perjalanan dah tak jauh. Aku teruskan jugak panjat dgn melangkah kecil2 sambil merangkak. Tapi ni merangkak ke atas, bukan mendatar. Cuba korang bayangkan skit. Dalam perjalanan ada jugak aku berselisih dgn budak pompuan yg tgh berehat. Aku ingatkan semua dah sampai rupanya ada jugak yg tertinggal. Utk naikkan semangat aku, aku nyanyi lagu ella, standing in the eyes of the world, sebab lagu ni memang membangkitkan sedikit semangat aku, sikit je, bolehlah.

Bleh kata setiap 15 langkah aku kena berhenti sebab keletihan. Ni semua pasal stamina kurang agaknya. Panjat punya panjat akhirnya aku berjaya juga mengejar abah dgn abd. Hadi yg tadi telah meninggalkan aku jauh. Masa aku nak panjat sampai tempat diaorang berehat tu, aku memang kerah tenaga aku habis-habisan. Aku siap berzikir lagi. Inilah yg sebaik-baiknya. Allah Maha Besar, gunung senyum ni kecik je. Panjat dan panjat akhirnya sampai tempat diaorg berehat. Tak sampai 2 minit aku berehat, diaorg nak bergerak dah, tinggalkan aku lagi. Aku nak follow tapi tak larat. Boleh kata, penat nak mampus. Tapi 1 minit lepas diaorang jalan aku pun meneruskan pendakian. Langkah sikit2 dan akhirnya sampai ke base camp 3.

kat papan tanda base camp 3 tu dia tulis, puncak gunung 3 km lagi. Uuiii...aku dah lah penat gile nak jalan lagi 3 km, larat ke aku ni? Aku teruskan jugak, 3 pun 3 lah, janji aku sampai puncak. Aku jalan slow2, tiba2 ternampak abg omar, mungkin dia dah ada kat puncak. Maknanya dah dekat ler ni. Aku pun apa lagi, terus mengatur langkah sedaya mampu. Dan akhirnya, kelihatanlah kawan2 aku yg dah lama melepak kat puncak tu. Aku sampai2 je terus cari port melepak dan terus berehat serehat-rehatnya. Memang letih giler. Tercungap2 menyedut oksigen. Aku sampai kat puncak lebih kurang pukul 1.45 ptg. Abah cakap sapa2 yg tak sampai puncak sebelum pukul 3 ptg kena stop dan turun balik, tp aku rasa memang semua akan sampai sebelum pukul 3. orang yg kat belakang aku tak ramai sgt. Inilah suatu kepuasan yg telah aku berjaya kecapi.

Memang pendakian ni mencabar. Bila dah ok skit barulah aku bleh gerak2, ambik gambar, makan, minum. Satu jam pastu aku pun mula bergerak meninggalkan puncak. Sebelum tu lebih kurang setengah jam, satu group bebudak yg sampai dulu tadi, diaorg turun dulu. Masa nak turun tu terserempak dgn si amira. Dia tengah berehat kat bawah pokok. Aku suruh dia teruskan sampai kat beirut tapi dia tak nak. Tapi tak kisahlah, itu pun dah kira sampai puncak jugak. Rupa2nya, cabaran semasa turun lagi mencabar daripada memanjat. Aku rasa macam ikut jalan lain. Nak turun lagi susah daripada nak naik. Jalan punya jalan akhirnya terserempak dengan group first tadi. Aku ingatkan diaorang dah sampai bawah dah. Nampaknya terpaksalah aku memotong diaorang dan menjadi orang pertama yg sampai ke bawah. Semua budak turun slow2, aku terpaksa memintas untuk sampai di barisan hadapan. Masing2 mengatur langkah nak turun. Kaki kanan pijak ni, kaki kiri pijak ni, aku tengok abd.hadi mengajar budak pompuan cara utk turun batu dgn selamat. Hahaha! Akibat terlalu perlahan dan bleh kata traffic jem, aku terus melangkah laju turun ke bawah. Aku ni payah sikit. Tak suka tunggu-tunggu. Maklumlah, jiwa muda.

Tak lama lepas tu aku sampai ke area absail 1. lepas aku turun situ aku terus absail sampai ke kawasan absail terakhir sebelum terus sampai ke kaki gunung. Masa tu ade sorang budak pompuan chinese yg terseliuh kaki. Dalam masa yg sama jugak ada masalah lain berlaku. Wan norlaili, budak kelate, dia tak tarat nak turun. Abg kidir sweep dia slow2! aku dengar waktu abg kidir jumpa Si wan ni, dia menggigil2. Org suruh makan nasi, dia tak nak makan nasi. Sebab mana ada nasi waktu tu. Aku rase la, kalau bagi ayam kfc ke, pizza ke, mesti dia nak makan jugak. Last2 aku jugak yg makan. Hi hi!. Orang suruh makan buah kurma pun tak nak. Kalau korang nak tau, kurma ni merupakan sumber tenaga kepada badan kita. Tp abg kidir berjaya jugak bawak si wan ni turun slow2. abg sham pun masa tu tgh sweep 2 org masa nak turun. Tak silap aku si shima dgn sharifah.

Abg sham cerita kat aku, dia siap pegang kaki bebudak ni nak suruh diaorg pijak sini, pijak situ. Namun akhirnya sebelum hujan turun diaorang terserempak dengan bebudak yg tengah beratur nak turun kat atas nun. Aku tengok kat bawah, aku nampak abah dgn siti musliha. Diorang menunggu kitorang turun dengan penuh penantian. Suatu penantian yg menyeksakan. Kih!kih!kih! lepas aku absail je hujan terus turun. Bebudak yg kat atas terkandas dan terpaksa menunggu sehingga masa mengizinkan utk turun. Waktu tu hampir pukul 5 ptg. Memang waktu tu masalah utk turun berlaku. Beberapa orang student turun ikut tebing, diaorg tak absail. Tak silap aku lan yg bawak diaorang. Satu group lagi abg omar bawak. Yg lain semuanya turun dgn cara absail.

Pelbagai masalah berlaku masa nak turun. Dengan izin Allah, asbab kurma, aku dapat turun gunung tanpa sebarang kepenatan dan waktu hujan tu aku tak menggigil, aku tengok member aku (Azrul), menggigil kesejukan masa hujan. Masa nak absail ni lah yg ambik masa banyak. Sorang je nak turun ambik masa lebih kurang 7 minit. Ada berpuluh orang kat atas tu. Masa makin lama makin lewat senja. Masa tu baru berapa orang je yg turun. Anyway, semuanya berjalan lancar. Si wan tu pun turun dgn selamatnya ke bawah dgn di back up oleh kak izza, agaknye la, tak pun kak dania, mana satu aku tak ingat. Sampai je kat bawah tak leh jalan. Tak larat. Lepas sorang, sorang turun. Bila dah gelap bertambah sukar lagi nak turun. Si wan masa kat bawah dah jadi macam org fobia. Tak leh cakap ape2, aku tengok si lan, asyik suruh si wan bukak mata tak sudah2. last2 nak bawak dia dgn budak yg terseliuh tadi, 2 strecher telah dibina. Ada student yg terpaksa korbankan baju. Kesiannya, masa tu aku tak tau yg diaorg nak buat strecher dan perlukan sumbangan baju, aku tengok ayah pun korbankan baju dia. Baguih betui diaorg ni. Aku pun nak bagi jugak baju aku tp serba salah pasal sayang kat baju. Bukan mudah nak dapat baju ni. Ntahlah kenapa waktu tu aku terpaksa mementingkan diri sendiri plak. Astagfirullahala’zim! Anyway diaorg berjaya di bawa keluar dari hutan dgn selamat. Bebudak ni balik naik pick up renjer hutan.

Kita kembali semula cerita masa absail tadi, ada budak pompuan yg absail, lupa nak jaga tudung dia. Apa yg terjadi ialah tudung dia sangkut masuk dalam figure of 8. nasib baik takde ape2, bleh turun sampai bawah, kalau tak terpaksa kerat tudung dia. Ramai yg jadi macam tu pasal lupa nak masukkan tudung dlm baju, kaget bebenor. Hampir pukul 11.30 malam, bebudak semua dah turun kecuali lim dgn aku punya coach2. lebih kurang setengah jam aku menunggu diaorg nak turun. Aku tak leh blah pasal aku jd belayer utk diaorg. Kang sapa nak jaga tali kalau aku takde. Nak harapkan usop sorang tak cukup. Walau macam mana pun aku tunggu jugak dgn penuh kesabaran dan akhirnya diaorng mula turun. Sorang demi sorang, mula2 lim, pastu abg kidir, pastu kak lina, lama sikit barulah abah dgn abg sham turun. Diaorg turun lambat pasal diaorg ni org last yg akan absail dan kena bawak turun tali sekali, so adelah skill yg diaorg perlu buat, kena bukak balik ikatan tali pada puli, ikat situ ikat sini dan turut serentak dua orang. Dan akhirnya semua selamat turun.

Dah beres semua kitorang pun teruskan perjalanan keluar. Masa tu dah pukul 12 malam. Balik kem jalan kaki, org lain semua balik naik pick up, padan muka aku. Yg aku ingat, yg jalan sama2 dlm group tu ialah aku, abah, abg sham, abg omar, ayah, abg kidir, kak lina, lim, lan, puh ngan usop. Inilah orang2 terakhir yg meninggalkan tempat yg penuh kenangan tu. Sampai je kat kem aku tengok member2 semua dah mandi, dah makan, dan ada yg dah tidoq. Aku pun mula bersiap2 utk membersihkan diri. Dah siap mandi, solat, aku terus pi dapur basuh pinggan mangkuk yg belum dibasuh. Esok mudah org nak buat kerja. terus guna barang, tak payah membasuh lagi. Masa tu dah pukul 2 pagi. Memang letih masa tu, tapi itulah, aku punya semangat ni membolehkan aku tahan mengantuk. Dah selesai aku pun terus masuk tido.

Sekarang masuk hari ketiga iaitu hari terakhir program, 17 Mac 04, pagi tu aku bangun pukul 7 lebih, subuh kantoi, letih benor dan tido lewat plak tu. Pagi tu aku bertugas buat sarapan, aku bangun terus pi dapur tolong apa yg patut. Masa tu adelah beberapa orang yg dah mula buat persiapan utk memasak. Pagi tu makan nasi lemak. Utk pengetahuan korang, duit yg digunakan utk perbelanjaan program ni masa tu ade baki lagi 500 lebih. Coach aku suruh buat BBQ, so ape lagi, 300 aku bagi kat ayah. Dia pi beli ayam dan benda2 yg patut utk BBQ dan kitorang pi masuk gua. Dah selesai sarapan kitorg bersiap2 utk melawat gua di gunung Jebak Puyuh. Ok, perjalanan utk smpai ke destinasi mengambil masa 45 minit berjalan kaki dari kem. Best jugak jalan2 dalam hutan ni, dah lama tak jungle tracking. Dalam perjalanan ke gua2 tu ada banyak pacat. Pacat ni asyik attack budak pompuan je, kejap2 budak pompuan ni menjerit, kejap2 budak pompuan tu menjerit. Pasal ape aku tak tau. Mungkin darah anak dara ni sedap kot. Hah! Hah!.

Gunung jebak puyuh sebenarnya terdapat kambing gurun, tapi masa tu aku tak jumpa pun. Ntah ade lagi ke tidak kambing2 tu. Gua yg pertama yg kitorang jumpa ialah gua rangkak. Kalau korang nak masuk gua tu kena merangkak. Masa tu aku nak masuk, tapi tak jadik pasal bebudak ramai sgt, so kitorang tak masuk gua tu dan kitorang pi gua yg seterusnya. Aku tak ingat sangat nama gua2 yg kitorang pi. Tp yg masih di ingatan aku ialah gua rangkak yg aku cakap tadi, gua mayat, gua jebak puyuh, gua sisik dan gua ntah apa lagi ntah. Masa kat gua mayat, kita akan jumpa suatu batu yg besar dan panjang melintang di dalam gua yg bentuknya seperti mayat yang sudah siap dikafankan. Takut jugak rasanye. Tp depan awek kena cool, control macho, kita jalan depan, awek ramai kat belakang.

Kat gua sisik plak kita akan jumpa stalagtit dan stalagmit yg masih hidup. Cantik2 belaka. Ada jugak stalagmit yg terbentuk secara berkumpulan seperti suatu binaan yg di bentuk oleh tangan manusia, memang cantik. Aku dengar org kata gua sisik ni merupakan gua yg tercantik di asia. Memang cantik dan mengagumkan. Ada jugak stalagtit yg bila disuluh dgn lampu suluh, ia berkelipan seperti permata yg menyinar. Memang cantik ciptaan Allah. Subhanallah! Lepas tu jalan punya jalan jumpa plak gua yg ada telaga macam kat gua telaga tujuh. Yg ni lagi banyak telaga dan dalam. Ok, kat gua jebak puyuh plak kita akan jumpa batu2 seperti bentuk kapal. Sebab tu kadang2 korang akan dengar org panggil gua ni gua kapal. Tp sebenarnya nama gua ni ialah gua jebak puyuh.

Oklah, aku rase itu je yg aku ingat, kalau ade ape2 lagi nanti aku cerita. Tepat pukul 1.15 ptg, kitorang berhenti berehat dan terpaksa balik ke kem pasal pukul 2 ada majlis penutupan program. Sepatutnya kitorang pi lawat gua yg lain, tp disebabkan kitorang kesuntukan masa, dan takleh nak buat apa2 lagi, maybe next time kitorang akan pergi. Pukul 2.30 ptg kitorang sampai ke kem. Terus buat persiapan utk majlis penutupan. Pastu aku pi call dr. Zainal yg akan menjadi perasmi penutupan program. Call2 dia tak dak. Dia pi mesyuarat senat dan tak mai gunung senyum. Pastu aku call en. Zamri, penyelaras sukan U aku, dia pun tak mai pasai sibuk ngan pilihan raya. Last2 semua tak mai, aku suruh ayah je yg jadi perasmi penutup, habih ceghita. Aku suruh bebudak ni pakai kemas skit, pakai seluar panjang, tp masing2 degil, keras kepala, nak jugak pakai seluar pendek, hah pakailah kau, lantak koranglah. Program tu pun berjalan tak berapa lancar dgn mc yg tak bersedianya, mc pakai seluar pendek plak tu, baju ntah ape2 dan banyak lagilah slacknye majlis ni. Satu lagi, kitorang pun turut menjemput renjer2 hutan sama2 dlm majlis penutup tu.

Habih je majlis, siap2 makan, terus buat post mortem. Masing2 bagi pendapat dan pandangan tentang kursus dan program yg telah diadakan tu. Orang mula2 skali bagi pandangan ialah aku sendiri. Sepatutnya kita ikut giliran kanan ke kiri, tapi tak terpikir, asal disuruh je terus bertindak..... masing2 bagi pendapat dan meluahkan apa yg terbuku di hati. Ada yg kata program ni bagus. Ada yg kata, “ayah saya suruh saya belajar bukan mau mati wo”. Hahaha! Macam2 telatah yg dpt korang dengar masa tu. Sampai kat giliran musliha, dia tak dpt cakap ape2 pasal tengah sedih. Aku pun terpikir kenapa dia sedih. Baru aku teringat yg kebanyakan program dia tak dapat ikut sebab kaki dia sakit. Dia melepak je kat kem, kesian dia.

Anyway post mortem diteruskan dan bila sampai ke giliran wan norlaili, saat2 sedih mula terasa. Dia terharu sgt dan sedih dgn semangat setia kawan yg ditunjukkan oleh kawan2 masa dia hadapi masalah lepas turun dari gunung. Memang menangis dia masa tu. Aku pun ape lagi, pantang tengok orang sedih dan menangis, air mata aku pun berputik setitis. Setitis je. Bila dah habih semua cakap, aku tambah skit lagi. Mula2 aku ceritakan skit pasal situasi ketika aku mendaki, apa yg aku rasa dan macam mana aku panjat. Pastu aku sentuh plak tentang semangat diaorang yg membuatkan diaorang sampai ke puncak dgn gagahnya. Aku sentuh pasal semangat perpaduan dan kerjasama setiap orang dan aku suruh diaorang berikan tepukan untuk diri sendiri semua.

Berikan tepukan! Tepuk! tepuk! Pastu aku sentuh plak pasal sorang member group ni yg walaupun dia sakit kaki dan takleh join sgt program ni, dia tetap tabahkan hati dan kuatkan semangat utk hadirkan diri bersama kawan2 ke gunung senyum. Aku suruh kawan2 berikan tepukan utk dia, si musliha la. Kemudian aku sentuh plak pasal semangat yg ditunjukkan oleh 2 org coach aku. Tanpa diaorg, mungkin kitorang tak akn jejakkan kaki ke gunung senyum ni. Dan post mortem tu berakhir dgn sesi penyampaian cenderamata kepada coach dan peserta. Yg lawaknya, kami punya key chain tulis ”program mendaki gunung senyum” tp ada sorang member tu, kat key chain dia tertulis “program mendaki gunung india” kesian dia. Aku tak nak bagitau sape. Tp nani ambik balik key chain tu utk ditukarkan semula kat kedai tempat dia tempah key chain tu.

Bila semua dah selesai, semuanya bersiap2 utk pulang semula ke ukm. Budak lain semua dah siap mandi aku sorang je tak mandi lagi masa tu. Sibuk nak uruskan duit dan kemas barang. Pastu pi solat dulu. Then, bebudak lain dah siap bungkus khemah tp aku sibuk packing barang makanan yg tak habis utk disedekah kat renjer dan dibawa balik. Dah siap tu, aku terus punggah barang, bungkus khemah dan mandi. Barang ade banyak lagi yg tak angkut bawak ke bas, bebudak ni semua dah naik bas, tinggallah aku nak uruskan sendiri. Dah maghrib, aku solat dan terus pi kat bas. Masa tu bebudak ni semua tengah tunggu aku. Semua dah siap dan kitorang pun mula bertolak pulang. Masa tu tak silap aku pukul 8 malam. Ikut perancangan balik pukul 5 ptg, tp tak semua perancangan kita akan tepat seperti perancangan yg dibuat oleh Allah.

Kitorang sampai kat ukm lebih kurang pukul 1 pagi. Budak chinese semua balik rumah malam tu jugak. Ada yg balik kolej dan yg takde tempat bermalam termasuk aku, kitorang lepak kat masjid. Tak silap aku yg tido kat masjid malam tu, aku, lan, abg sham, abg kidir, kak izza, wan, nani, fatimah, sutina, rosidah, musliha, feidawani, kak sharifah dan beberapa orang lagi yg aku tak ingat. Malam tu aku tido sekejap je, 2 jam kot. Pastu bangun sembahyang subuh and tunggu kereta sewa sampai. Duit ada banyak lagi, aku pi beli sarapan dan hantaq bebudak ni pi komuter dan bagi duit tambang skit utk diorang naik komuter tu. Bila semua dah beres, aku pi hantaq kak izza plak balik ampang, jauh jugak rumah dia. Aku tak tau jalan, so hantam sajalah. Lalu bandar kl tu. Dah hantar dia terus pi rumah abg lan, lepak kat sana sampai petang. Esoknya aku mula start buat report belanjawan program. Lama jugak aku lepak kat ukm semata-mata nak tunggu pejabat ko-k bukak.

Hari ahad tu hari mengundi, kebetulan plak BN menang, apa lagi, orang pusat ko-k yg aku nak jumpa tu cuti kemenangan plak hari isninnya. Aku edit balik apa yg patut pd laporan tu dan terus bg kat en. Hamran. Esoknya aku dtg, jumpa hj. radin, terus dia kata ok. Takde masalah. Aku pun ape lagi, terus bgtau yg aku nak balik kg. Dan lepas ni tak jumpa lagi. Sudah tu, aku terus prepair barang dan memulakan perjalanan pulang ke kampung. Namun, dalam perjalanan, aku masih terbayang2kan kenangan di gunung senyum tu, memang seronok.

Sekian.

Itu dia sedikit sebaaaaaaanyak imbasan yg aku buat utk tatapan korang dan kenangan aku sendiri bila aku meningkat dewasa. Sekarang aku nak luahkan sedikit perasaan yg terbuku di hati. Sebenarnya program ni banyak mengajar aku macammana nak berorganisasi, cara hidup berdikari dan banyak lagi. Sebenarnya, aku seolah-olah terasa bahawa terdapat sesuatu di kalangan kitorang yg menyebabkan program ni dapat berjalan dengan baik. satunya ialah sebab perpaduan. Dengan semangat perpaduan dan kerjasama, satu hati, tiada khianat mengkhianati sesama sendiri, maka Allah telah mencampakkan kemesraan dan jalinan silaturrahim yg baik dikalangan peserta. Ok, sampai sini jek jumpa lagi di lain edisi. Cerita dari xpdc yang lain plak. Wassalam...

iQbal asmadi; 3.24am;room528 block 9 Keris Mas College; ukm.



Haaa..itu dia, panjang lebar kenangan diimbas.. nanti kita sambong lagi dengan imbasan dari Gunung Tebu pulak...

9 comments:

Anonymous said...

Thаnkѕ foг finally ωriting abοut > "Kenangan XPDC 1 - Gunung Senyum" < Loved it!

Also visit my blog: wso of Thе daу
my website > wso guide

Anonymous said...

I have bеen browsing on-linе greаter than three hours as of latе,
but I never discоѵeгeԁ any attеntіon-grabbing articlе
lіke yours. Іt is beаutiful worth enough for me.
ӏn my ορinion, if all ωeb oωners anԁ bloggегѕ madе eхcellent cοntent аs yοu probablу diԁ, the web
shаll be a lot more usеful than ever
beforе.

Check out my web blog ... destroy the distance
Also see my web site: inalongdistancerelationship.com

Anonymous said...

Ӏ hardly leаve responsеs, but I lookеԁ аt a grеat deal оf
remarks on this ρage "Kenangan XPDC 1 - Gunung Senyum".
I actuаlly do have 2 questions for you if уou don't mind. Is it just me or does it look as if like some of these remarks look like they are left by brain dead individuals? :-P And, if you are posting on additional places, I would like to keep up with everything new you have to post. Could you make a list of the complete urls of all your social pages like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

my web-site :: practical paleo guide

Anonymous said...

Amazing blog! Do yοu haνe any tips for aspiring writеrs?
I'm planning to start my own website soon but I'm a lіttle lοst on eѵerythіng.
Would you suggеѕt starting with a free platfοrm like Wordprеss or go
fοr a paіԁ option? Thеre aгe so many
choicеs οut there that I'm completely confused .. Any recommendations? Bless you!

Feel free to visit my blog post; jvzoo product of the day

Anonymous said...

I've been surfing online more than three hours nowadays, yet I never discovered any interesting article like yours. It is lovely value enough for me. In my opinion, if all site owners and bloggers made just right content as you probably did, the web will likely be a lot more useful than ever before.

My weblog - online dating advice for guys

Anonymous said...

What's up, I check your new stuff like every week. Your story-telling style is witty, keep up the good work!

Here is my web site :: jvzoo pick of the day

Anonymous said...

Great artіcle.

my blog: get gsa search engine ranker

Anonymous said...

Hi there, I check youг new stuff regularly. Υour humoristic ѕtylе is aωesomе, keep it up!


Feеl frеe tο surf to mу homepаge romakiteboarding.andreoliconsulting.com

Anonymous said...

It's fantastic that you are getting ideas from this paragraph as well as from our discussion made at this place.

Also visit my blog post; http://wiki.alfa-parfume.ru/index.php?title=Участник:KathieCan