Tuesday, July 15, 2014
Apakah makna Nuzul Quran kepada kita?
Alhamdulillah diam tak diam kita dah menjalani ibadah puasa ni 2 minggu lebih dah.. dan hari ini hari ke-17 dan merupakan hari kebesaran Islam di mana pada malam 17 Ramadhan telah diturunkan Allah mukjizat yang paling besar untuk pesuruhNya dan panduan kepada hambaNya yakni Al-Quranul Karim.
Diturunkan Al-Quran oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ketika baginda bertadabbur di Gua Hira' melalui utusanNya Jibril a.s.. Bermula dengan 5 ayat pertama dari surah Al-A'laq maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Sahabat sekalian, masa kita mula belajar membaca Al_quran dulu, selalu kita nak berlumba untuk tengok siapa yang khatam Quran paling cepat. Bila kat sekolah, ustaz ustazah mesti tanya kamu dah berapa kali khatam al-Quran? Masa nak akad nikah pun tok kadi tanya, dah berapa kali khatam Quran. Ya..kita dituntut untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sudahkah kita lakukaknnya?
Alhamdulillah kita telah didatangkan dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia dan barakah. Segala amal ibadah yang dilakukan akan digandakan amalannya. Wajib diganda kepada 70 kali.. yang sunat pula seperti fardhu ganjaran amalannya..bagi mereka yang dah kawin pula, digandakan lagi 70 kali..ada pendapat lain mengatakan 200,000 kali digandakan amalan bagi mereka yang telah pun berkahwin.. haa sape yang belum kawin tu cepat2 la ye.. jangan memilih sangat.. rugi..hihi
Sahabat sekalian, sejauhmana kita telah mendalami Al-Quran ini?
Dalam kita membaca Al-Quran setiap hari, adakah kita memberikan masa untuk membaca apakah makna ayat-ayat yang kita baca. Memang kekurangan kita kerana tidak faham Bahasa Arab, tapi kita sudah ada Al-Quran yang disertakan dengan terjemahan, pernahkah kita membacanya? dan persoalan yang lebih lagi.. pernahkah kita khatam membaca terjemahan keseluruhan Al-Quran? Saya pun belum habis lagi.. masih banyak yang perlu didalami.
Al-Quran adalah suatu mukjizat yang sangat besar kepada umat Islam, tetapi ramai orang Islam yang tidak menjadikannya panduan dalam meniti kehidupan ini.. orang Yahudi pun mengkaji Al-Quran ini dan mereka percaya dengan apa yang dikatakan oleh Allah itu.. tetapi mengapa kita sendiri hanya membaca tanpa memahami kandungannya sekali. Biar kita pandai baca dengan tajwid yang cantik, dengan taranum yang mendayu-dayu, dengan hukum-hakam bacaan yang perfect di hujung jari, tapi kalau kita tak faham apa yang kita baca pun tak memberi makna apa..
orang yang tak pandai baca Al-Quran, tapi tak mau belajar baca Quran rugi..
orang yang pandai baca Al-Quran, tapi tak mau baca Quran rugi..
orang yang pandai baca Al-Quran, tapi tak memahami apa yang dibaca pun rugi..
orang yang faham ayat-ayat dalam Quran pun masih rugi, kalau tak beramal dengan apa yang difahami itu..
Justeru, marilah kita tanamkan azam untuk kita tingkatkan usaha kita, bukan sahaja untuk khatam Al-Quran setiap tahun, tetapi juga untuk khatam baca terjemahan Al-Quran dan memahami isi kandungan Al-Quran itu. Kita juga usahakan bersama untuk cari kuliah-kuliah tafsir Al-Quran yang mana orang yang ahli.. pak-pak ustaz lebih faham untuk menerangkan isi Al-Quran itu kepada kita..kerana Al-Quran ini ada ayat-ayat yang mendalam maksudnya dan hanya orang yang alim sahaja boleh menerangkannya..dan ada juga yang menjadi rahsia Allah yang tidak sesiapa pun tahu maknanya..
Moga usaha ini dirahmati Allah dan moga Allah berikan hidayah pada semua ummat Islam untuk memahami Al-Quran ini..dan juga diberikan hidayah untuk mengamalkannya..
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment