Thursday, July 17, 2014

Sabar dan Syukur

Jangan kamu sangka kamu telah beriman selagi kamu belum diuji..

Hangat berita pasal minal peugeot putih yang mengamuk keretanya kena langgar. Memang kesian tengok uncle tu, nasib baik tak kne pepah dengan steering lock tu..huhu

Apa sebenarnya hikmah di sebalik kejadian seperti ini.. Hari ini kita melihat kelemahan yang ada pada orang lain dan kita rakam vedio untuk itu dan upload kat youtube, facebook dan sebagainya. Tapi bagaimana pula kalau orang lain rakam vedio kesalahan kita?

Sebenarnya segala gerak perilaku laku memang ada yang merakamnya 24 jam tanpa henti dan tidak pernah storage/disk tu penuh.. Dan setiap rakaman itu akan dimainkan semula suatu ketika nanti, dan bukan setakat orang Malaysia sahaja akan tengok, bukan setakat penduduk yang hidup sekarang ini yang akan tengok, tapi seluruh ummat manusia dari zaman awal kewujudan dunia ini akan menonton apa yang kita telah lakukan... Bayangkan tahap perasaan malu kita apabila kesalahan dan kesilapan kita dipertontonkan di depan khalayak ramai pada ketika itu..

Apa yang ingin dibawakan di sini adalah di sebalik setiap ujian itu sebenarnya Dia nak tengok kita punya sifat sabar.. Sejauhmana kita boleh bersabar dengan dugaan yang datang dalam hidup ini, bagaimana kita punya tahap kesabaran bila kereta kita dilanggar atau bagaimana sabar kita bila kita dikurniakan kereta baru..ya kesenangan pun suatu ujian dan ada kesabaran yang diuji di situ..sabar dengan nafsu yang bergejolak nak beli itu nak beli ini..nak gi melancong, nak tukar kereta baru dan sebagainya...
  

Sahabat sekalian, sabar adalah suatu tanda keimanan kita kepada Allah swt. Siapakah orang yang paling sabar di kalangan manusia?..para nabi a.s.. Nabi Muhammad SAW adalah insan yang sangat penyabar..baginda tidak pernah marah bila dirinya dicerca, dicaci maki, dilontarkan najis dan sebaginya ke atas baginda.. Tidak pernah marah..Allahuakbar.. Kalau kita la kan, orang paling sampah atas kepala kita, apa jadi? Memang kena pepah dengan steering lock la jawabnya kan..haha

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ketujuh,

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”

Lagi Allah swt berfirman,

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Nak jadi cerita masa solat tarawikh malam tadi di Masjid Putra..Masjid Putra lagi..hihi.. masa solat tu ada la sorang anak ni, ayah dia duk saf depan aku. Anak dia pulak duk main Al-Quran yang tersusun cantik dekat tiang masjid tu masa orang tengah solat..mula-mula tu dia amek Quran dua buah, letak atas lantai betul2 depan aku..masa tengah solat ni, dia duk depan aku sambil belek2 Quran tu.. Dalam hati ni..ya Allah budak ni..aku nak sujud macamana ni..Alhamdulillah Allah memahami apa yang aku rasakan, budak tu bangun dan letak balik Quran tu kat tempat asal, tak lama pastu imam rukuk dan dapatla buat sujud macam biasa..pastu budak ni buat perangai lagi..dia jatuhkan satu-satu Quran yang tersusun tadi kat atas lantai, berterabur la Al-Quran tu, terus ayah dia tahan dan terpaksa berhenti solatn pasal anak ni dah over acting sampai buang2 Al-Quran pulak...

Apa yang aku nampak adalah ujian Allah pada masa aku sedang solat, Allah nak uji hati aku. Dalam sedang solat itu, bila datang gangguan macam tu, ke mana hati aku pergi, saya akan maki budak tu dalam hati ke, aku hulurkan tangan bagi pelempang sebijik ke..juga ujian pada si ayah tu.

Masa nak balik pulak, bila nak start moto je tiba2 ada sorang mamat ni tahan dan bagi salam. Ye bang ada apa bole saya bantu.  Dia minta aku tolong dia hantar balik. Dia cakap moto dia hilang, tak sampai sejam solat ilang dah..parking betul2 depan masjid pun hilang..ujian.

Ni semua ujian dan dugaan tuan-puan. Bak kata bujang lapok..ecobaan. Memang teruji kesabaran bila motor hilang. Rasa nak menjerit je. 

Dugaan masa solat tadi kecik kot, dugaan moto hilang ni lagi besar, lagi besar dari minah keta peugeot putih yang kena langgar tu. Kena langgar bole repair, kalau hilang mana mau cari? Cari kat kedai la beli baru.. Huhuhu

Sahabat sekalian, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Allah mengajar kita untuk memohon pertolongan dengan sabar dan solat.

Tapi tuan-puan, syukur ni sebenarnya lagi tinggi dari sabar. Orang yang sabar belum tentu boleh syukur lagi. Syukur bila diberikan nikmat dan syukur juga bila diuji. Kereta pecah cermin ke batu, syukur batu tak kena kepala. Moto hilang syukur, mungkin Allah nak bagi moto baru yang lagi baik. Tapi cakap kat sini memang senang, cuba rasa sendiri tengok.. syukur ke sungkur.. haha. Sebab tu syukur ni lagi tinggi maqam dia. 

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim Ayat 7 maksudnya:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kami bersyukur nescaya Aku tambagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Syukur lagi dan lagi, in sha Allah akan ditambah lagi nikmat ke atas kita.

Kesimpulan, kita akan diuji pada bila2 masa dengan kesenangan dan kesusahan, maka bersiap sedialah untuk kita menghadapinya dengan kesabaran dan ketakwaan. Bila diuji, beristigfarlah kerana mungkin atas dosa-dosa kita yang banyak, Allah berikan kita kifarah untuk ampunkan dosa kita..kalau diuji dengan kesenangan, bersyukurlah banyak2, sedekahkan sedikit harta yang kita ada untuk bantu orang yang susah, dan didiklah nafsu kita untuk bersabar dengan kehendak yang macam2 tu..



Wallahua'lam.

No comments: