Thursday, January 28, 2010

Sebelum engkau ke mari..

Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya...oh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....

Wednesday, January 27, 2010

Pertemuan tanpa temujanji..

Hai semua.. sudah lama jari ini tidak menaip untuk blog aku yang sudah bersawang nampaknye..

Pertemuan yang tidak diatur oleh kita dengan sebarang temujanji terjadi setiap hari dalam hidup kita.. dengan sesiapa sahaja...Dan pertemuan yang bermakna dengan seseorang akan terjalin apabila kita bertegur sapa..Namun disebalik pertemuan tidak dirancang itu, sebenarnya ada perancang dan pengaturnya..itulah Allah..

Malam tadi merupakan satu lagi pertemuan dengan seorang hamba Allah..pertemuan yang tidak disangka2..

Aku pergi ke satu function di PJ. Aku keluar jap dari function tu menuju ke kereta sebab nak ambil barang. Tengah berjalan tu aku berselisih dengan seorang lelaki, lengkap berbaju melayu, aku berkata sendirian kenapa dia dok jalan2 je kat luar ni, dia sibuk melihat keadaan di sekeliling, nampak macam orang yang 1st time datang ke function nih...aku selisih and just bagi salam dan terus menuju ke kereta..

Pastu aku patah balik dan bertemu sekali lagi ngan brother tadi..lalu aku pun terus bertegur sapa..aku rasa dia tunggu orang..baik aku berborak2 ngan dia skjap sebab aku pun malas nak masuk balik function tu...

aku kenalkan diri dan tanya nama dia...dia kenalkan diri sebagai Rahim..so aku pun memulakan soalan2 interview macam orang interviewer kerja..aku tanya dia tak masuk function ke? dok luar jalan2 sorang2..dia ckp dia teman kawan..tp dia malas nak masuk.. dia pun tanya la aku ada apa kat dalam tu...aku pun cerita la bla bla bla..

pastu aku tanya la dia kje apa..dia cakap kje sendiri..pastu kitorang berborak pasal kesihatan..sebab function yang aku pi ni pun pasal kesihatan..borak2 tanya pasal umor..abg Rahim ni dah berusia..tp nampak muda...aku pun tanyala tips2..camane dia jaga badan...seronok la jugak dengar citer dia.."kuasa Tuhan.." itu jawapan dia. Makan dia bedal je..tp jaga2 la jugak..pastu aktif badminton and swimming..rokok isap jugak..tp kuasa Tuhan mengatasi segalanya...

Pastu dia cakap dia suka travel..dia ada kawan suku dunia..dia mmg cukup suka travel..dan aku sndiri pun camtu gakk..seronok la aku dengar citer travel dia..pastu masuk bab muzik..dia ni mmg suka muzik..sejak usia 9 tahun dah kenal muzik..dia suka travel..pi pulau2..cari ilham dan ketenangan...

rupa2nya abg rahim ni kompozer...aku je yang tak kenal..carefree - rindu bayangan, exist - untukmu ibu, rahimah rahim - doa..dan banyak lagi..haa mula aku ter'syok' jumpa ngan orang artistik nih...

pastu dia citer la dia ni orang lama..ramai la kawan2 artis tu geng2 dia...m.nasir, jay jay tu sure la, sweet charity, jamal abdillah and mana2 la artis 80-90an tu geng2 dia la tu..pastu dia siap tunjuk kat aku phonebook dia...dia tunjuk no. fon m.nasir, rosyam nor, ramli m.s., jamal abdillah..dia cakap ada projek nak buat ngan jamal abdillah...jamal bagi no. fon kat dia, tp bila call tak angkat2..dan2 tu jugak dia try call...rezki dia..jamal angkat call dia...haha cam tak caya lak aku jupe orang camnih..

Walaupun aku ni bukan orang yg minat muzik, tapi aku pun layan gak lagu2 nih..banyak gak lagu2 esspecially yang 90an yang aku minat..termasuk la rindu bayangan - carefree tu..kalu sape2 tengok AJL baru2 nih, abg rahim yg main fluit tu masa jay jay nyanyi..

Well guys..itulah pertemuan tanpa temujanji yang tidak disangka2 dan mencatit satu kenangan baru dalam hidup aku..berkenalan dengan somebody..bukan selalu kita dapat peluang sebegini..abg rahim memang cool aku tengok..huhu..Rahim Othman nama sebenar...



Ok guys..just to share..