Monday, September 15, 2014

Run for unity 2014

InsyaAllah pada malam ni akan diadakan Larian Run For Unity 2014. Dah lama aku tak berlari. So memandangkan esok cuti, bole la aku mengambil kesempatan ni untuk membuang peluh dan lemak yang dah terkumpul ni..kah kah.

Kalau korang free Jom la join..5 km je.. Skang ni urusetia tengah edarkan baju..sape cepat dia dapat..kalu nk g amek kat depan Istana Kehakiman tu..

Let's run for unity..pukul 8.00 malam di depan Istana Kehakiman..jumpa anda di sana..

Monday, September 8, 2014

Ada sesape nak cari babysitter?

Aritu aku cari babysitter baru untuk anak aku..aku  google sume source yang ada..emel, mesej, wassap mana-mana yang pernah mengiklankan tawaran menjadi babysitter..

Bila dah sampai masa, aku tak dapat lagi babysitter, last2 bini aku pujuk babysitter lama untuk jaga sampai hujung tahun ni, sebab tahun depan nak hantar taska. Tapi kena up sket la upah dia.. sebab babysitter yang ada ni jaga anak aku sorang je..

Bila babysitter aku ni dah setuju untuk teruskan..sekali banyak la pulak orang mesej and call aku pasal aku nak mencari babysitter.. tapi mintak mahap la saya dah jumpa..

By the way, aku nak iklankan kat sesape yang ada nak mencari babysitter, bole call puan ni, Sara namanya. Psychology grad, boleh jaga anak setahun dan ke atas sahaja. Sekarang ni belum jaga sesape lagi. Baby tak ambil sebab tak berapa confident, blum ada experience jaga baby kurang 8 bulan, dan lagi, dia jaga sorang je. Sape cepat dia dapat. Dia jaga sorang je, so bole concerntrate jaga. Tapi kalau ada sesape nak transit bole jugak untuk anak2 lepas sekolah. Masak simple meals kalau diperlukan.

Tinggal di apartment yang bersih di Presint 5, dekal hotel Pullman PICC. Nombor telefon: 013-2080545. So selamat berjaya. Moga dimudahkan segala urusan. :)

Sunday, August 31, 2014

Salam Kemerdekaan ke-57


Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Selamat ulangtahun kemerdekaan ke 57 buat seluruh rakyat Malaysia!!!

Bersyukurlah kita dengan nikmat yang telah dikurniakan untuk negara ini biarpun pelbagai dugaan melanda.

Apakah sumbangan kita untuk negara kita pada hari ini? Kalau tiada sumbangan yang besar, sekurang-kurangnya jadilah kita rakyat Malaysia yang bermaruah dan berakhlak mulia. 

Merdeka!!!


Thursday, August 21, 2014

Program Gaya Hidup Sihat JKPTG



Apa yang best dekat JKPTG

Apa yang best kat tempat kje aku?

Time raya memang best la kat sini. Setiap seksyen kat opis aku ni akan buat open house dan semua staf seksyen lain pun turut dijemput. Kalau ada 13 seksyen, maka 13 kali lah korang boleh makan pree..huhuhu..

Elok2 puasa aritu turun 3 kilo, lpas puasa trus naik 5 kilo..hahaha

                                                                      Gambar hiasan

Menu wajib..sate.. special sket.. ada aiskrim..heheh..

Penutupnya jamuan raya JKPTG sendiri hari last syawal nanti..tunggu... :)

Friday, August 15, 2014

Marissa demam

Malam tadi lepas maghrib duk layan marissa tengok tv.. Pegang tangan dia panas, panas kat pergelangan tangan sampai hujung jari je, tapi lengan, badan tak panas.. Eh pelik plak, knape panas macam ni. Ingat takde pe2 la..

Masa tido ada skali tu marissa tido menonggeng macam aziz satar dlm citer bujang lapok. Eh nape marissa tido camni. 



Pastu dia terjaga tak mau tido dah. Nak ajak main pulak. Mak dia la layan dia.. Aku masih bisa ngorok lagi sebab kadang2 dia semangat terlebih nak main.. Ye la budak baru nak kenal dunia..

Marissa bangun awal pulak pagi ni. Lepas subuh tu baru wife cakap marissa demam.. Patutla panas tangan dia malam tadi..Hmm cian anak papa. Tapi dia takde nampak lemah..nampak cam biasa, tapi badan panas..ciannya

Lekas sembuh ye marissa :)

Friday, August 8, 2014

Rayo kito

Pagi-pagi raya sebelum subuh keto den berdosup menuju ke kampung halaman bini tersayang..raya rumah mertua la katakan.. nak sampai sebelum kul 8.30 sebab tak nak terlepas semayang rayo.. 130 km/j atas highway plus..tak tau la aku kena saman ke tak..harap2 takde la polis mintak angpow 300 kat aku tahun ni hihihi.



Apo yang menarik rayo tahun ni? Haha korang g raye rumah orang, slalunya mesti ado kucing peliharaan, ikan peliharaan..haa korang penah jumpa kambing peliharaan? Kambing ternak lain..ternak duk dalam kandang, ni duk dalam rumah tido atas tilam wei... hahahaha.. ko ado?



Kambing ni nama dia merah. Apa pasai nama dia merah aku pun tak tau.. tapi dia ni anak yatim masa tuan dia amek dia. Dia ni ditinggalkan mak dia..kesian.. lalu jadi la anak angkat pakcik ni.. pakai pampers kau.. ko tengok ni dia buat apa..hahaha



Anak aku memang gumbira la dapat duit raya banyak.. marissa, papa nak pinjam duit sket nak renew road tax keto nak mati dah ni ..bule la bule la..hihihi

Perak memang bertuah la skang ni..durian melambak.. nah hamek kau..pilih pilih mana mau.. tak sedap letak tepi, amek yang lain, pree..yang masuk plastik je ko kire..balik masak pulut makan dengan santan..uiii terlior yopp!!











Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri 1435H



Alhamdulillah...Ramadhan hampir melengkapkan kitarannya beberapa minit sahaja lagi..dan kita in sha Allah akan masuk ke bulan Syawal. Tahniah kepada semua yang berjaya melalui bulan Ramadhan ini sebaiknya. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. sesungguhnya pada zaman para sahabat dahulu, mereka akan menangis apabila perginya Ramadhan, kerana kesemua ganjaran bagi setiap amalan akan berbalik semula seperti biasa, tiada lagi gandaan 70 kali bagi amalan fardhu dan amalan sunat juga tidak digandakan seperti amalan fardhu..

Sahabat sekalian, walau apa pun, marilah kita meraikan Syawal ini dengan wasadtiah in sha Allah. Kita rapatkan silaturahim dan ukhuwah sesama saudara dan buangkan sengketa yang ada. Macam mana persediaan nak sambut raya kali ni?

Kalau korang nak tahu, sewaktu aku mengarang entry ni, aku masih lagi ni kuarters di Putrajaya. Memang sunyi la Putrajaya time ni.

 Eh, kenape? Tak balik kampung ke? Hahha.. tahun ni aku akan beraye di kampung mertua dan mungkin tak sempat nak beraye di kampung sendiri di Pahang dalam minggu pertama Syawal ni.. isteri aku kena keja daa.. haha. Jadi aku dah balik semalam untuk jenguk famili yang ada di kampung dan hari ni balik semula ke Putrajaya. In sha Allah esok pagi-pagi sebelum sahur, kitorang akan gerak pulang ke Perak.

Aku balik Pahang semalam merempit naik moto je pasal malas nak sangkut dalam jem. Biasanya jem ni kalau tak kat highway, mesti akan sangkut kat Bukit Putus sampai Kuala Pilah nun. Jauh gak tu nak meredah kelajuan yang macam siput..huhuhu. memang menguji kesabaran punya. Jadi nak senang citer, naik je la moto kapcai aku yang dah lama tak jalan jauh ni. Alhamdulillah, aku selamat sampai, selamat kembali tanpa sebarang masalah pada moto ni..



Biasanya kalu kat kampung aku, famili aku akan masak lemang dan ketupat. So kje basuh buluh, mesin kelapa, masukkan beras dan buluh and dalam sarung ketupat adalah kje lumrah setiap tahun. Tapi tahun ni aku sedih, just tolong buat tapi tak dapat rase.. sebab biasanya benda tu sume akan dimasak malam raye. Tapi aku dah balik Putrajaya siang-siang ni, tak dapat la nak rasa..huawawawa.





Jadi apa nak buat malam raya ni? Ha cuba korang teka..

Kalau korang nak tau, aku baru nak gi shopping raya..hahaha. Nak gi cari baju si Marissa. Kat mana nak cari ek. Ada idea ke korang ? Ingat nak gi Mid Valley atau One Utama je senang, banyak sket pilihan ada. Ye ke? Hihi agaknye la. Susah jugak shoping last minit ni, takut tak banyak pilihan, tinggal yang kureng je nanti. Harap-harap dapat la jumpa baju yang okay untuk marissa tu. Marissa je? Aku and wife? Tengok la kalu ada duit lebih.. nak raye ni kan banyak pakai duit. Baju dalam almari tu pun banyak yang jarang pakai hihi.

Oklah, dah nak berbuka ni, nak standby dulu. By the way di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aldilfitri, maaf zahir dan batin, andai ada terasa dan sebagainya di sebalik catatan yang dikeluarkan di blog ini.

Hati-hati di jalan raya, moga selamat semuanya, salam Syawal dari Iqbal sekeluarga :)





Marrisa dah pandai jalan

Alhamdulillah Marissa akhirnya dah berani dengan yakinnya untuk berjalan sendiri tanpa perlu dipimpin. Aku selalu bawak dia berjalan lepas amek dia kat rumah pengasuh. Dan minggu di dah boleh jalan sendiri. Aritu aku bawak gi Mydin, boleh dia tarikh tangan dia tak bagi aku pegang, nak jalan sendiri tu.. amboi amboi.. tau la baru dapat kaki..



Marissa ni lambat sket jalan, tak macam kawan sebaya dia yang 8 bulan je dah bole jalan.. Almaklumla badan semangat.. Yang penting Alhamdulillah dia boleh jalan pun aku dah gembira tengok :)

Saturday, July 19, 2014

Ketentuan yang telah ditetapkan..

Takziah kepada ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan MH17 di atas apa yang telah berlaku. Moga roh-roh mereka yang muslim dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah.



Setiap perancangan manusia tidak akan berlaku sekiranya perancangan itu tidak sama dengan perancangan Allah.. hanya perancangan yang ditetapkan oleh Allah sahaja akan berlaku..

Lagu Suratan atau Kebetulan dendangan Kenny Remy Martin membawakan satu mesej yang boleh kita hayati berhubung soal takdir, qada dan qadar. Perkara yang tak disangka sering mendatangi kita, sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesulitan, menyeronokkan atau menakutkan, menggembirakan atau menyedihkan. Dalam kita membuat pilihan, selalu juga kita tersalah pilih, kerana pilihan yang diharapkan tidak seperti apa yang kita inginkan. Apabila kita cuba memperbaiki kelemahan yang ada, kita tetap cuba yang terbaik, tapi masih ada kebimbangan di hati kerana takut kesilapan menerpa kembali..

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Frasa ini pastinya sudah biasa kita dengar. Namun, adakah kita menyelitkan persediaan di sebaliknya untuk menghadapi implikasi sekiranya yang kita rancang itu tidak menjadi atau tidak seperti yang kita harapkan? 

Sebab itulah salah satu rukun iman adalah beriman kepada Qada dan Qadar. Setiap mereka yang beriman mestilah percaya dan yakin adanya ketentuan yang telah ditetapkan Allah untuk kita, dalam segala sudut kehidupan yang kita lalui. Sama ada ia secara langsung terus kepada kita atau kepada orang lain.


Sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya ; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (Riwayat Abi Daud)

Firman Allah :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Dalam kes MH370 dan MH17, pastinya tidak ada sesiapa pun manusia yang mempunyai peri kemanusiaan mahukan tragedi yang menimpa kedua pesawat ini berlaku, mengorbankan ratusan nyawa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. Tidak sesiapa menyangka negara Malaysia menjadi mangsa secara tidak langsung dalam pertelingkahan antara Ukraine dan puak pelampau. Adakah terdapat dalang yang sememangnya merancang semua ini?  Setiap perkara yang berlaku sebenarnya berada di dalam pengetahuan Allah dan  telah berada di dalam aturan Allah, dan berlakunya pasti dan pasti untuk menguji kita. Menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Menguji reaksi dan tindakan kita. Menguji kekuatan diri dan dalaman kita dalam menghadapi musibah.

Sahabat sekalian, dalam kita menghadapi ketetapan dan ketentuan Allah ini, kita perlu berbalik semula kepada diri kita. Siapa kita ini disisi Pencipta yang Maha Agung. Kita ini adalah hamba. Hamba kepada Tuhan yang mempunyai segala kekuasaan. Dialah yang memegang nyawa kita, rezeki kita, suka duka kita, susah payah kita, sakit sihat kita. Kita perlu kembali kepada Dia dan bermuhasabah, hari ini kita diberikan kesenangan, sudahkah kita bersyukur. Banyak tak kita bersyukur..dengan cara apa kita bersyukur? Hari ini kita diberikan kesusahan, sudahkah kita beristigfar.. apa amalan jahat yang telah kita lakukan..apakah amalan berdosa yang telah kita lakukan, berapa banyak kita telah bertaubat?

Marilah kita bersama-sama kembali kepada fitrah, mendekatkan diri kepada Dia yang Maha Kuasa, menyerahkan diri ini kepadaNya, memperbaiki kerosakan yang telah kita lakukan, membetulkan keadaan yang telah kita zalimi, dan marilah kita menuju kepada ketaqwaan dan keimanan, menyediakan bekalan kita ke alam akhirat, kehidupan yang kekal abadi. 

Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran serta kecekalan kepada ahli keluarga mangsa tragedi pesawat ini, tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita di negara Palestin, Siria dan lain-lain, kita doakan semoga Allah swt memberikan hidayah dan petunjuk dalam memperbaiki hubungan sesama umat Islam, dan memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Dari Allah kita datang dan kepada Dia kita kembali..

Saya yang jahil..wallahua'lam.

Thursday, July 17, 2014

Sabar dan Syukur

Jangan kamu sangka kamu telah beriman selagi kamu belum diuji..

Hangat berita pasal minal peugeot putih yang mengamuk keretanya kena langgar. Memang kesian tengok uncle tu, nasib baik tak kne pepah dengan steering lock tu..huhu

Apa sebenarnya hikmah di sebalik kejadian seperti ini.. Hari ini kita melihat kelemahan yang ada pada orang lain dan kita rakam vedio untuk itu dan upload kat youtube, facebook dan sebagainya. Tapi bagaimana pula kalau orang lain rakam vedio kesalahan kita?

Sebenarnya segala gerak perilaku laku memang ada yang merakamnya 24 jam tanpa henti dan tidak pernah storage/disk tu penuh.. Dan setiap rakaman itu akan dimainkan semula suatu ketika nanti, dan bukan setakat orang Malaysia sahaja akan tengok, bukan setakat penduduk yang hidup sekarang ini yang akan tengok, tapi seluruh ummat manusia dari zaman awal kewujudan dunia ini akan menonton apa yang kita telah lakukan... Bayangkan tahap perasaan malu kita apabila kesalahan dan kesilapan kita dipertontonkan di depan khalayak ramai pada ketika itu..

Apa yang ingin dibawakan di sini adalah di sebalik setiap ujian itu sebenarnya Dia nak tengok kita punya sifat sabar.. Sejauhmana kita boleh bersabar dengan dugaan yang datang dalam hidup ini, bagaimana kita punya tahap kesabaran bila kereta kita dilanggar atau bagaimana sabar kita bila kita dikurniakan kereta baru..ya kesenangan pun suatu ujian dan ada kesabaran yang diuji di situ..sabar dengan nafsu yang bergejolak nak beli itu nak beli ini..nak gi melancong, nak tukar kereta baru dan sebagainya...
  

Sahabat sekalian, sabar adalah suatu tanda keimanan kita kepada Allah swt. Siapakah orang yang paling sabar di kalangan manusia?..para nabi a.s.. Nabi Muhammad SAW adalah insan yang sangat penyabar..baginda tidak pernah marah bila dirinya dicerca, dicaci maki, dilontarkan najis dan sebaginya ke atas baginda.. Tidak pernah marah..Allahuakbar.. Kalau kita la kan, orang paling sampah atas kepala kita, apa jadi? Memang kena pepah dengan steering lock la jawabnya kan..haha

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat ketujuh,

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”

Lagi Allah swt berfirman,

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Nak jadi cerita masa solat tarawikh malam tadi di Masjid Putra..Masjid Putra lagi..hihi.. masa solat tu ada la sorang anak ni, ayah dia duk saf depan aku. Anak dia pulak duk main Al-Quran yang tersusun cantik dekat tiang masjid tu masa orang tengah solat..mula-mula tu dia amek Quran dua buah, letak atas lantai betul2 depan aku..masa tengah solat ni, dia duk depan aku sambil belek2 Quran tu.. Dalam hati ni..ya Allah budak ni..aku nak sujud macamana ni..Alhamdulillah Allah memahami apa yang aku rasakan, budak tu bangun dan letak balik Quran tu kat tempat asal, tak lama pastu imam rukuk dan dapatla buat sujud macam biasa..pastu budak ni buat perangai lagi..dia jatuhkan satu-satu Quran yang tersusun tadi kat atas lantai, berterabur la Al-Quran tu, terus ayah dia tahan dan terpaksa berhenti solatn pasal anak ni dah over acting sampai buang2 Al-Quran pulak...

Apa yang aku nampak adalah ujian Allah pada masa aku sedang solat, Allah nak uji hati aku. Dalam sedang solat itu, bila datang gangguan macam tu, ke mana hati aku pergi, saya akan maki budak tu dalam hati ke, aku hulurkan tangan bagi pelempang sebijik ke..juga ujian pada si ayah tu.

Masa nak balik pulak, bila nak start moto je tiba2 ada sorang mamat ni tahan dan bagi salam. Ye bang ada apa bole saya bantu.  Dia minta aku tolong dia hantar balik. Dia cakap moto dia hilang, tak sampai sejam solat ilang dah..parking betul2 depan masjid pun hilang..ujian.

Ni semua ujian dan dugaan tuan-puan. Bak kata bujang lapok..ecobaan. Memang teruji kesabaran bila motor hilang. Rasa nak menjerit je. 

Dugaan masa solat tadi kecik kot, dugaan moto hilang ni lagi besar, lagi besar dari minah keta peugeot putih yang kena langgar tu. Kena langgar bole repair, kalau hilang mana mau cari? Cari kat kedai la beli baru.. Huhuhu

Sahabat sekalian, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Allah mengajar kita untuk memohon pertolongan dengan sabar dan solat.

Tapi tuan-puan, syukur ni sebenarnya lagi tinggi dari sabar. Orang yang sabar belum tentu boleh syukur lagi. Syukur bila diberikan nikmat dan syukur juga bila diuji. Kereta pecah cermin ke batu, syukur batu tak kena kepala. Moto hilang syukur, mungkin Allah nak bagi moto baru yang lagi baik. Tapi cakap kat sini memang senang, cuba rasa sendiri tengok.. syukur ke sungkur.. haha. Sebab tu syukur ni lagi tinggi maqam dia. 

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim Ayat 7 maksudnya:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kami bersyukur nescaya Aku tambagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Syukur lagi dan lagi, in sha Allah akan ditambah lagi nikmat ke atas kita.

Kesimpulan, kita akan diuji pada bila2 masa dengan kesenangan dan kesusahan, maka bersiap sedialah untuk kita menghadapinya dengan kesabaran dan ketakwaan. Bila diuji, beristigfarlah kerana mungkin atas dosa-dosa kita yang banyak, Allah berikan kita kifarah untuk ampunkan dosa kita..kalau diuji dengan kesenangan, bersyukurlah banyak2, sedekahkan sedikit harta yang kita ada untuk bantu orang yang susah, dan didiklah nafsu kita untuk bersabar dengan kehendak yang macam2 tu..



Wallahua'lam.

Tuesday, July 15, 2014

Apakah makna Nuzul Quran kepada kita?



Alhamdulillah diam tak diam kita dah menjalani ibadah puasa ni 2 minggu lebih dah.. dan hari ini hari ke-17 dan merupakan hari kebesaran Islam di mana pada malam 17 Ramadhan telah diturunkan Allah mukjizat yang paling besar untuk pesuruhNya dan panduan kepada hambaNya yakni Al-Quranul Karim.

Diturunkan Al-Quran oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ketika baginda bertadabbur di Gua Hira' melalui utusanNya Jibril a.s.. Bermula dengan 5 ayat pertama dari surah Al-A'laq maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Sahabat sekalian, masa kita mula belajar membaca Al_quran dulu, selalu kita nak berlumba untuk tengok siapa yang khatam Quran paling cepat. Bila kat sekolah, ustaz ustazah mesti tanya kamu dah berapa kali khatam al-Quran? Masa nak akad nikah pun tok kadi tanya, dah berapa kali khatam Quran. Ya..kita dituntut untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sudahkah kita lakukaknnya?

Alhamdulillah kita telah didatangkan dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia dan barakah. Segala amal ibadah yang dilakukan akan digandakan amalannya. Wajib diganda kepada 70 kali.. yang sunat pula seperti fardhu ganjaran amalannya..bagi mereka yang dah kawin pula, digandakan lagi 70 kali..ada pendapat lain mengatakan 200,000 kali digandakan amalan bagi mereka yang telah pun berkahwin.. haa sape yang belum kawin tu cepat2 la ye.. jangan memilih sangat.. rugi..hihi



Sahabat sekalian, sejauhmana kita telah mendalami Al-Quran ini?

Dalam kita membaca Al-Quran setiap hari, adakah kita memberikan masa untuk membaca apakah makna ayat-ayat yang kita baca. Memang kekurangan kita kerana tidak faham Bahasa Arab, tapi kita sudah ada Al-Quran yang disertakan dengan terjemahan, pernahkah kita membacanya? dan persoalan yang lebih lagi.. pernahkah kita khatam membaca terjemahan keseluruhan Al-Quran? Saya pun belum habis lagi.. masih banyak yang perlu didalami.

Al-Quran adalah suatu mukjizat yang sangat besar kepada umat Islam, tetapi ramai orang Islam yang tidak menjadikannya panduan dalam meniti kehidupan ini.. orang Yahudi pun mengkaji Al-Quran ini dan mereka percaya dengan apa yang dikatakan oleh Allah itu.. tetapi mengapa kita sendiri hanya membaca tanpa memahami kandungannya sekali. Biar kita pandai baca dengan tajwid yang cantik, dengan taranum yang mendayu-dayu, dengan hukum-hakam bacaan yang perfect di hujung jari, tapi kalau kita tak faham apa yang kita baca pun tak memberi makna apa..

orang yang tak pandai baca Al-Quran, tapi tak mau belajar baca Quran rugi..
orang yang pandai baca Al-Quran, tapi tak mau baca Quran rugi..
orang yang pandai baca Al-Quran, tapi tak memahami apa yang dibaca pun rugi..
orang yang faham ayat-ayat dalam Quran pun masih rugi, kalau tak beramal dengan apa yang difahami itu..

Justeru, marilah kita tanamkan azam untuk kita tingkatkan usaha kita, bukan sahaja untuk khatam Al-Quran setiap tahun, tetapi juga untuk khatam baca terjemahan Al-Quran dan memahami isi kandungan Al-Quran itu. Kita juga usahakan bersama untuk cari kuliah-kuliah tafsir Al-Quran yang mana orang yang ahli.. pak-pak ustaz lebih faham untuk menerangkan isi Al-Quran itu kepada kita..kerana Al-Quran ini ada ayat-ayat yang mendalam maksudnya dan hanya orang yang alim sahaja boleh menerangkannya..dan ada juga yang menjadi rahsia Allah yang tidak sesiapa pun tahu maknanya..

Moga usaha ini dirahmati Allah dan moga Allah berikan hidayah pada semua ummat Islam untuk memahami Al-Quran ini..dan juga diberikan hidayah untuk mengamalkannya..

Wallahua'lam.

Monday, July 14, 2014

Berbuka di Masjid Putra

Alhamdulillah sampai jugak aku kat Masjid Putra ni.. Walaupun aku duk dlm Putrajaya gak..huhuhu


Masa bujang dulu selalu la jugak datang buka puasa kat sini. Ramaiii orang tapi makanan banyak.. Alhamdulillah Malaysia masih aman..kita dapat berpuasa dan buka puasa dalam suasana yang aman. Kesian kat saudara kita di bumi yang bergolak.. Buka puasa pun bole dibom..punya zalim nye manusia tu.. 

Kita Malaysia ni sama2 la doakan moga Allah bantu mereka dalam apa jua keadaan sekalipun, terua dikuatkan semangat mereka.


Inilah suasana berbuka di Masjid Putra. Beratur panjang tapi tak lama pun. Kejap je dah sampai turn. Tapi kalau sape datang anak beranak tu, suh diorang amek kan kita sekali. Sebab biasanya diorang la yang paling cepat beratur.. Hahaha.


Kalau berbuka kat Masjid Putra ni, kita akan berbuka dengan kurma, kuih dan air dulu. Then solat maghrib. Haa lepas solat maghrib lah masa untuk membelasah. Makan la slagi tak masuk waktu Isyak hihihi..seronok makan ramai2 macam ni..

Tarawikh pun bagus, tak cepat tak lambat. Sedang2..relax je tak terkejar2.. aku pun dapat solat dengan tenangnya.. Tup tup 20 rakaat dah.. Eh yeke ni.. Tak rasa penatpun.. Alhamdullillah bukan senang nak dapat nikmat solat ni :)

Imam pun baca sedap dan bertartil. Suara sedap, lagu bagus.. Hilang ngantuk aku.. 

So pasni kalau ada sesape nak berbuka kat Masjid Putra, bole la kita buka sama2..:)

Sunday, July 13, 2014

Mana nak cari tayar murah?

Tayar keta den yang depan tu dah beralun-alun.. kalu bawak lebih 90km/h memang bergegar abes stering.. semalam gi survey kedai tayar kat Dengkil.

Gi kedai continental, tanya la apa-apa tayar yang murah untuk saiz 16 inci punya. Fulkan (betul ke eja?) dapat la RM250.. Dunlop RM270. Kalu continental RM300.. Tayar mahal lagi ada? Mesti la ada.. Michellin RM380.. hahah.. ado duit bang??.

Nak beli tayar second hand macam tak konfiden plak.. dah la nak rayo ni.. banyak duit nak pakai..
Nak masuk rumah lagi.. macam2 lagi nak dibeli tu... adoi doi doi..

Gi kedai AT&T..harga lebih kurang..beza RM10 murah sket.. Korang ada cadangan kedai tayar yang bole bagi harga baik punya? Tayar yang ada bagus sket la.. aku skang pakai taiwan punya..radial evo ke hape.. tak lama tahannya.. menyesal plak amek dulu huhu.. menyesal pun dah tak guna..




Saturday, July 12, 2014

Tolong lipat kain

Nah..kalau lipat kain baju mesti dia suka nak tolong..



Haha tu dia.. Seronok duk dalam bakul tu sampai tak mau keluar dia.

Selalunya dia akan hambur kan baju-baju keluar dari bakul selai-selai sampai bersepah atas lantai..
Rajin anak papa kan :)



Friday, July 11, 2014

Nak cari pengasuh baru

Nak cari pengasuh..nak cari pengasuh..

Pengasuh sekarang nak cari kerja tetap lepas raya nanti.. hmmm mana pulak nak cari pengasuh untuk Marissa ni ye. Plan nak hantar taska tapi tahun depan baru boleh masuk. 

So sementara nak tunggu tahun depan tu, nak cari pengasuh dulu. Ada cadangan pengasuh yang baik2 sekitar Putrajaya? Tapi nak hantar untuk 4 bulan je..


Sekarang macam2 cerita pasal pengasuh yang merisaukan..harap dapat pengasuh yang baik untuk si kecil ni.. 

Sayang anak papa..mmMMmmuahh!!!

Thursday, July 10, 2014

Bila jemari nak mula menaip..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga abang2 adik kakak sume berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.


Salam Ramadhan Kareem!!! Hari ni kita berada di hari ke 12 Ramadhan dan masih ada 18 hari lagi untuk dimanfaatkan. Setiap masa kita ni dalam kerugian bila tak menggunakan masa yang ada sebaiknya..kan!?.


...lama dah ku biarkan laman ini kesepian... Macam2 yang berlaku dan berlalu, namun kesibukan dunia sering menghimpit ruang masa yang ada.. Ujian dalam hidup membuatkan diri ini mendiamkan diri sekian lama..




Alhamdulillah...masa berlalu pergi dan kini aku pun dah bertukar tempat keje baru pulak.. Masih keje dengan jabatan jugak tapi kecik sket jabatannya.. Cabaran di tempat baru? Of course la ada.. Kje banyak tapi yang nak dibuatnya macam2.. Takpelah..itu semua akan melatih kita untuk multitasking dan mengoptimumkan kemampuan diri dalam melaksanakan tugas.


Marissa pun nak masuk setahun 3 bulan.. Baru belajar nak berjalan.. Lambat sket dengan kawan sebaya dia yang lain.. Lepas raya nanti nak tukar pengasuh sebab pengasuh sekarang nak cari kerje dah..hmm ada sesape bole rekemen babysitter yang baik2 dalam Putrajaya..tolong habaq kat ceq no.



Hari nak buka pose kat mana ek..hari ni ada meeting kat Hotel Everly sampai berbuka..tp wife ajak berbuka kat opis dia..ada majlis berbuka pulak.. Tengok la mana yang sempat..


Haih..baru kul 1.. Lambat lagi ni hihihi..