Aku ada barang baik punya mau promote sama korang.
Ini batu gunung berapi dari Jepun, diproses menggunakan biotech nano teknologi.
Digunakan atas tujuan perubatan.
Kalu ada sakit stroke, lelah, lemah badan, badan tak balance, sakit kepala, sakit lutut, tiroid, and macam2 pnyakit lagi, bole cuba try test la.
So far aku ada tengok testimoni rawatan sakit stroke, amazing, dalam masa 1 jam, perubahan drastik. Dgn izin Allah, tangan kaki dah boleh bergerak.
So kalu nak tau lbih lanjut, bleh google or do not hesitate to contact me ;).
Perjalanan kehidupan dari hari ke hari kian menghala ke arah kompleksi. Lebih mencabar dari hari yang sebelumnya. Persoalan demi persoalan menyinggah di benak fikiran dan hatiku. Ingin bertanyakan bilakah akan ku buat itu dan ini.
Bilakah diriku akan bersedia untuk beralih ke arah kehidupan yang lebih realistik.
Sememangnya dugaan-dugaan yang hadir akan menguji kematangan fikiranku. Lantas berfikir sejenak sebelum membuat keputusan adalah pilihanku. Semoga hati ini terbuka untuk menerima jawapan yang akan diberikan. Menerima alasan dan hujah yang akan dilontarkan. Sehingga ia lemah tidak lagi memberontak dan hanya menuruti tiap langkah yang diaturkan. Sabar dengan apa jua liku dan pancaroba dalam setiap langkah itu.
Teman-teman sekolah yang dulu, teman di tempat kerja yang lama dan baru, mereka semua adalah sebahagian insan-insan yang memenuhi diari hidupku. Detik masa yang dilalui bersama membuatkan aku tidak keseorangan dan banyak perkara yang aku pelajari hasil dari perkumpulan itu…
Teman-temanku itu yang bukan hanya orang muda, malah ada antara mereka yang jauh lebih dewasa, yang sudah memiliki dan melalui ranjau kehidupan yang lebih jauh dariku, yang lebih mengerti dan menghayati perjalanan yang singkat ini. Ketika bersama mereka ku belajar untuk meletakkan diri mereka seperti orang tuaku, tidak mengira meskipun tidak sama tarafnya…
Tanggungjawab, komitmen, kesabaran, semangat, ketabahan, kekuatan dalaman, keimanan, berfikir, merenung… itu adalah sebahagian dari elemen-elemen kehidupan yang ku lalui setiap masa dan saat di dalam hidupku dinihari.
Ujian, cobaan, dugaan, halangan, rintangan, batasan, desakan, rayuan, paksaan, tohmahan, dipermainkan atau memainkan, itu semua adalah sebahagian yang ku lalui dalam hidup yang sekejap dan seketika ini…
Tiada yang lebih baik daripada mentaati perintahNya. Tiada yang lebih menenangkan dari mengingatiNya. Tiada yang lebih berjaya daripada mendapat keampunanNya. Tiada yang lebih cemerlang daripada memperoleh kasih sayangNya. Tiada yang lebih bahagia daripada memasuki syurgaNya.
Namun detik, ketika dan saat masa yang ku lalui tidak sesempurna seperti yang kekasihku harapkan. Tidak seperti yang kekasihku tunjukkan. Tidak seperti yang kekasihku inginkan.
Aku terus alpa dan lebih berani meletakkan diriku di dalam bencana, meletakkan diriku di dalam onar, meletakkan diriku di dalam kelemasan…
Ajal, maut, jodoh, pertemuan, perpisahan.. semuanya telah diaturkanNya sebelum kita dilahirkan ke dunia ini lagi.. di dalam setiap pertemuan akan ada perpisahan, di dalam setiap pertemuan akan ada rasa kasih dan sayang, sayang kerana saudara sesama agama, sayang kerana rakan seangkatan, saya kerana menghormati dan sayang kerana terpaut dengan diri seseorang...
Pastinya setiap manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan ingin memiliki pasangan hidup pilihannya. Pasangan hidup yang memiliki ciri-ciri yang disukainya. Namun, ketentuan yang telah Allah aturkan tidak dapat dihalangi oleh sesiapa.
Kita merasakan pilihan yang kita buat merupakan pilihan yang tepat untuk kita, tetapi sebaliknya itulah yang berbahaya untuk kita. Dan sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ujian dan dugaan sengaja diaturkan olehNya untuk melihat sejauh mana hambaNya ini menempuh dugaan itu dengan menuruti kehendakNya. Adakah si hamba ini benar-benar mentaati perintahNya. Dan dijadikan ujian dan dugaan itu sebagai tarbiah kepada hambaNya. Supaya si hamba itu lebih mengerti yang manakah sepatutnya dia lebih utamakan dan hala yang manakah sepatutnya si hamba tujukan...
Lalu ujian demi ujian, dugaan demi dugaan dilontarkan, sengaja dibuat begitu, sehinggalah si hamba itu benar-benar mengerti apa yang sepatutnya dia perjuangkan.
Cinta telah mengajar manusia hari ini bahwa cinta sesama manusia itu adalah cinta yang suci dan sejati. Lalu diberikan ujian kepada si hamba itu untuk mentarbiahnya agar dia mengerti bahawa sebenarnya cinta yang suci, sejati dan hakiki hanyalah cinta kepada Allah Rabbul a'lamin.
Sesungguhnya, Dialah yang lebih mengerti dan memahami perasaan kita. Dialah yang boleh memenuhi segala impian dan keinginan kita. Dialah tempat mengadu yang paling baik bilamana kita di dalam kesedihan, kegelisahan, kesusahan, keresahan, kesempitan. Dialah yang Maha Mendengar segala luahan hati kita. Dialah tempat meluahkan perasaan bilamana kita gembira, suka, seronok, ceria...
Apabila kita bersama dengan insan yang kita kasih dan cinta, kita akan berasa begitu gembira tidak terkata. Tetapi apabila insan yang kita kasihi itu menolak cinta kita, kita akan berasa kecewa dan hampa. Lalu kegelisahan, kesedihan dan kekecewaan datang melanda hati duka yang lara...
Ketika inilah Allah ingin supaya kita memahami, bahawasanya, cinta manusia itu tiada apa-apa. Sebenarnya cinta yang sejati, cinta kita yang hakiki, cinta yang suci hanyalah cinta kepada Allah yang Maha Mengasihi. Apabila seorang hamba datang kepada Allah selangkah, Allah akan datang kepadanya seribu langkah. Apabila seorang hamba datang kepada Allah sejengkal, Allah akan datang kepadanya sehasta. Apabila seorang hamba datang kepada Allah sehasta, Allah akan datang kepadanya sedepa. Apabila seorang hamba datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepadanya dengan berlari. Apabila seorang hamba mencintai Allah sendirian, Allah akan mencintai dirinya bersama seluruh para MalaikatNya.
Kasih seorang ibu kepada anaknya tidak dapat dibayangkan. Sedangkan, kasih sayang Allah kepada seorang hambaNya adalah 10 kali ganda dari kasihnya seorang ibu kepada bayinya.
Justeru, ketahuilah wahai diri yang alpa, sedarilah diri yang berdosa, sesungguhnya janganlah engkau tertipu dengan cinta manusia yang hanya sekejap sahaja, sedangkan cinta Allah itu kekal abadi selama-lamanya... Janganlah engkau kecewa dengan cinta manusia yang tidak dapat engkau miliki, kerana cinta Allah itulah cinta yang sejati dan hakiki, dan cintaNya berjuta kali lebih baik dari cintamu kepada manusia yang engkau kejari...
Meru
21 Nov. 09
11.00pm
hi hoi hi.. lamo bonar den tak apdet blog den nih. al maklum lah lepas rayo ni bz body btol..eh bz btol ngan kje2 opis..anugerah kualiti lah, paper kabinet lah, itu lah ini lah.. macam2 lg lah...
itulah lumrah org bekerja..ye tak? ade kerja barulah ada cabaran dan di situlah akan adanya pengalaman.
Nikmati hidup ini dengan sebaiknya. Gunakan masa muda betol dan rancang untuk masa tua nanti nak jadi apa. Takkan lepas pencen just dok rumah jek. ye tak? selagi blum mati, hidup perlu diteruskan dan masa yang ada digunakan sebaiknya.
hehe..aku cakap macam ni sebab malam tadi aku g makan kat 1 restoran nih, tgh dok makan nasi goreng cina yang penuh 1 pinggan tuh, aku ternampak sorang tua datang kat sinki and tengok2 muka dia kat cermin. kalau tengok skjap tu takpe la gak, ni dah mcm orang perempuan dok belek2 jerawat kat muka depan cermin sebelum g kerja..heheh jgn marah haa..
pastu dia bercukur plak kat situ.. ish ish ish..dlm hati aku, pehal pak cik nih? tak sempat nak bercukur kat rumah ke?
lpas siap bercukur tu dia pi mintak air teh panas kat orang yg buat air tu then pi amik roti kat depan kedai mkn tu, pastu aku dengar pekerja2 restoran tu usik2 pak cik tu.
Masa aku nk bayar, aku tanya la kat cashier, apsal ngan pak cik tu? semacam je aku tengok. Rupa2nya dia lari dr adik-beradik dia, pastu dok merempat. Dtg kedai diorg, minta air makan roti tapi tak bayar. Kesiannya.. aku ingat nak blanje pak cik tu, tp tuan kedai dah halalkan apa yg dia amik..bagus lah camtu.
Pastu aku pun terfikir, camane la bila aku dah tua nanti? Minta Allah jauhkan aku dari peristiwa yang telah aku jumpa mlm td. Aku tak nak masa tua aku berlalu begitu sahaja tanpa sebarang persediaan dibuat untuk menuju kepada saat-saat akhir kehidupan..
Awal pagi tadi aku tengok TV2, satu rancangan temubual Amerika, orang yang ditemubual ialah presiden US sebelum Bill Clinton tuh..ntah sape nama ntah. Dia ckp, selagi hidup, nikmatilah kehidupan itu, cari sesuatu dan hadapilah cabarannya. Kebanyakan orang tua hanya duduk santai di rumah dan langsung tidak mahu lagi mencari sesuatu dlm kehidupan. Tidak sepatutnya begitu.
Hmm.. btol jugak kata dia, even kita dah tua, kita masih hidup, dan masih ada perkara yang boleh kita lakukan. Cabaran yang kita hadapi akan memberikan kita kehidupan. Tiada kehidupan tanpa cabaran. Dan terpulanglah pada kita nak takrifkan cabaran tu yg macam mana?
Sama ada cabaran itu suatu kesanggupan utk mencapai sesuatu atau cabaran yang berbentuk risiko yang perlu dihadapi untuk sampai kepada sesuatu.. eh ada beza ke? hentam je lah.
Dan hidup ini mesti ada matlamat. Jgn biarkan hidup anda tanpa arah tuju. Matlamat yang terbaik ialah matlamat yang menjuruskan kepada fitrah kejadian manusia yang suatu masa nanti akan kembali kepada Penciptanya yang Maha Esa dan Maha Agung.
Dalam satu hadis: Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannyam dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)" - riwaya At-Tirmizi, dinilai hasan oleh Al-Albani.
Justeru itu, perlulah kita set kan matlamat kita untuk menjadikan akhirat sebagai hala tuju yang lebih utama dari dunia yang sementara ini. Kita memang perlu kepada kehidupan dunia, tapi ingatlah bahawa satu hari nanti kita akan tinggalkan dunia ini dan segala2nya apa yang kita miliki akan ditinggalkan dan tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur. Apa yang kita usahakan semasa di dunia akan dipersoalkan, dan beruntunglah sekiranya apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia adalah perkara yang disukai olehNya, tetapi malang jika sebaliknya. Dan dunia ini merupakan jambatan untuk kita ke akhirat. Jika jambatan kita cantik, maka mudahlah untuk kita meniti jambatan ini dan selamat sampai ke seberang sana dengan jayanya, tapi jika jambatan kita berlubang2, papan pun reput, bergoyang2 plak tu, ditambah lagi boleh tercabut macam jambatan gantung kat kampar perak tu, haa.. lu pikir lah sendiri.
Ok lah, sekadar peringatan untuk diri aku sendiri dan ku kongsikan untuk tatapan dan renungan kalian saudaraku bersama. Moga berjaya untuk kehidupan seterusnya. Aamiin.
Carilah cinta yang sejati,
Yang ada hanyalah padaNya,
Carilah cinta yang hakiki,
Yang ada padaNya Yang Esa,
Carilah cinta yang abadi,
Yang ada hanyalah padaNya,
Carilah kasih yang kekal selamanya,
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu..
Di dalam mencari cinta yang sejati,
Banyaknya ranjau kan ditempuhi,
Di dalam mendapat cinta yang hakiki,
Banyaknya onak yang direnangi..
Namun janjiNya kepada hambaNya,
Tidak pernah dimungkiri,
Dan tidak pernah melupakanmu..
Yakinlah kepada Tuhanmu,
Kerna Dialah cinta yang hakiki...
Assalamualaikum w.b.t.
"Janganlah kamu sangka bahawa kamu telah beriman selagi kamu belum diuji"
Setiap seorang yang ingin mendapatkan cinta dari seseorang yang lain, pastinya dia perlu melalui atau melakukan beberapa perkara yang dapat menunjukkan bahawa dia memang cinta kepada orang itu, dan orang itu ingin melihat sejauhmana cinta orang tadi itu kepadanya.
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"
Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia yang memiliki segala cinta dan kasih sayang yang ada di dalam dunia ini. Dia mencampakkan sedikit sifatNya itu kepada para hambaNya supaya mereka berkasih-kasihan, sayang-menyayangi, hormat-menghormati antara satu dengan yang lain, tidak kira rupa, warna kulit, bangsa mahupun agama.
MELAYU
Bila disebut Melayu, sinonimnya di Malaysia ini, orang Melayu dianggap orang yang beragama Islam dan mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, sopan, lemah-lembut, peramah, baik hati, tidak pemarah, pemurah dan sebagainya.
Namun sifat yang mulia itu kian dikikis arus perubahan dan peredaran masa. Orang Melayu sudah tidak seperti dahulu lagi. Kau kau, aku aku. Kubur lain-lain. Jangan jaga tepi kain orang lain dan sebagainya.
Aku ingin menginsafi satu kisah, moga sidang pembaca sekalian dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah ini.
Darah yang mengalir dalam diri ini separuhnya adalah darah Melayu. Aku tersedar bahawa aku tidak mempunyai sifat-sifat baik yang aku sebutkan sebentar tadi sepenuhnya. Bahkan sifat sayang-menyayangi sesama insan pun boleh kata belum ada di dalam hati ini. Yang ada cuma sayang dan kasih kepada ibubapa, keluarga dan insan istimewa. Tetapi cinta pada lelaki dan wanita yang lain, biarpun kawan sepejabat, tidak ada atau tidaklah begitu kuat di hati ini.
Hal ini mula aku terfikir pada kejadian petang semalam, aku berada di dalam kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, sedang dalam perjalanan ke Pudu Raya dengan menunggang motosikal. Sampai satu ketika aku telah terlanggar belakang sebuah motosikal yang berhenti secara mengejut dan menyebabkan papan plat motor tadi patah. Aku cuma kata "sorry" tetapi mungkin tidak kedengaran di telinga mereka dan aku hanya terus berlalu tanpa berkata apa lagi kerana aku sudah lewat dan jalan raya begitu sesak, aku tidak mahu menambah lagi kesesakan.
Tetapi dia tidak puas hati, dia kejar aku and then aku berhenti kat tepi. Katanya aku tak minta maaf, sorry pun tak sebut, sebaik aku langgar motosikal dia. Beberapa patah ayat dia leterkan tapi aku tak brape tanggap apa dia bebel tapi yang last aku dengar, "ni Melayu nih!".
Jadi ini menunjukkan tanggapan dia, sepatutnya Melayu ni mempunyai akhlak yang baik, meminta maaf setidak2nya jika berbuat kesilapan biar tidak sengaja, namun dia sedih kerana aku Melayu yang tidak sebegitu. Dan aku juga sedih aku bukan Melayu yang begitu.
Lalu aku tersedar dengan kata2nya itu. Aku langgar bukan saja nak langgar. Namun sengaja atau tidak, itu tidak boleh dijadikan alasan. Yang pentingnya adalah sifat hormat, kasih sayang itu yang penting.
Bilamana ada perasaan cinta sesama umat, kasih sesama umat, sayang sesama umat, maka dalam hal duniawi pun, sesuatu perkara itu akan jadi bahagia dan mudah. Setiap orang akan memanfaati antara satu sama lain dan setiap orang tidak ada yang rugi.
Jadi sahabat pembaca sekalian, bersamalah kita ambil iktibar dan pengajaran dari ceritaku ini. Bersamalah kita berusaha untuk hidupkan sunnah Nabi s.a.w. dengan wujudkan cinta dan sayang sesama insan kerana Allah. Kerana itu adalah sifat orang Islam dan tidak langsung, orang Melayu juga.
Terima kasih Ya Allah di atas tarbiah Mu ini.
Moga Allah permudahkan urusan kita semua.
Wallahu'alam.
i'm a toddler..tak teh tak teh..
Assalamualaikum semua!
Apa kabar kalian? bagaimana puasa yang sedang dijalani skarang? seronok tak puasa?
Separuh bulan ramadhan telah berlalu..hmmm..bagaimana dengan amalan zikir, quran, solat sunat kita? dapat tak kita usahakan lebih dari bulan yang lain? Ada cuba untuk bangun malam berqiamullail? at least niat pun dah ok, dapat pahala jugak.
Aku sekadar nak ajak diri aku dan korang sama2 bermuhasabah, sejauhmana kita berusaha untuk dapatkan peluang2 dan ganjaran yang Allah sediakan di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Aku pun insan yang lemah dan tidak mampu berbuat apa2 tanpa izinNya, tapi sama2 lah kita ajak mengajak kepada kebaikan..
"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni" - petikan dari hadith di atas secara kasarnya kita dapat memahami bahawa kita adalah orang yang sangat rugi bilamana kita tidak mengambil peluang sebaiknya untuk mendapatkan keampunan Allah s.w.t. lebih2 lagi semasa di bulan mulia ini. Tak semestinya orang yang mendapat lailatulqadar sahaja yang diampuni Allah, bahkan bila2 masa jua Allah memberikan kita peluang untuk mencari pengampunanNya. Yang utama ialah jauhilah mensyirikkan Allah dan jagalah iman kita. Berpuasalah atas sebab iman, bukannya berpuasa kerana ianya budaya sebelum berhari raya. Disebut dalam hadith shahih yang maksudnya:Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)
Bulan ini juga untuk kita melatih diri kita dengan amal2 soleh dengan kesungguhan dan azam yang lebih kuat dari bulan yang lain, kerana bila Ramadan berlalu, aku pasti mungkin aku sendiri dan kalian (minta dijauhkan), amal2nya kembali seperti bulan2 lain, biasa seperti tahun2 yang sudah. Akan tetapi bila mana kita melakukan suatu usaha dengan niat dan tekad yang ikhlas untuk mendapatkan rahmat, inayah, keampunan, hidayahNya dan diistiqamahkan dalam setiap amalan, insyaAllah, Allah akan memberikan kita kasih sayangNya itu..“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)
Jadi, marilah kita semua berusaha untuk memanfaatkan separuh bulan yang terakhir ramadan ini sebaik2nya. Lebih2 lagi bahang lailatulqadar semakin menghampiri kita, hanya tinggal usaha kita untuk mencarinya. Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya terlepas dari seksaan neraka. Semoga kita digolongkan di kalangan orang2 yang beruntung..
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
QS. Al-An'am.
Teruskan mempelajari ilmu Islam untuk memperkuatkan lagi iman kita dan perbanyakkan doa memohon keredhaan Allah SWT ke atas kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Salam maaf dan sekian, wassalam. Ramadhan karim!
