Saturday, July 19, 2014

Ketentuan yang telah ditetapkan..

Takziah kepada ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan MH17 di atas apa yang telah berlaku. Moga roh-roh mereka yang muslim dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah.



Setiap perancangan manusia tidak akan berlaku sekiranya perancangan itu tidak sama dengan perancangan Allah.. hanya perancangan yang ditetapkan oleh Allah sahaja akan berlaku..

Lagu Suratan atau Kebetulan dendangan Kenny Remy Martin membawakan satu mesej yang boleh kita hayati berhubung soal takdir, qada dan qadar. Perkara yang tak disangka sering mendatangi kita, sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesulitan, menyeronokkan atau menakutkan, menggembirakan atau menyedihkan. Dalam kita membuat pilihan, selalu juga kita tersalah pilih, kerana pilihan yang diharapkan tidak seperti apa yang kita inginkan. Apabila kita cuba memperbaiki kelemahan yang ada, kita tetap cuba yang terbaik, tapi masih ada kebimbangan di hati kerana takut kesilapan menerpa kembali..

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Frasa ini pastinya sudah biasa kita dengar. Namun, adakah kita menyelitkan persediaan di sebaliknya untuk menghadapi implikasi sekiranya yang kita rancang itu tidak menjadi atau tidak seperti yang kita harapkan? 

Sebab itulah salah satu rukun iman adalah beriman kepada Qada dan Qadar. Setiap mereka yang beriman mestilah percaya dan yakin adanya ketentuan yang telah ditetapkan Allah untuk kita, dalam segala sudut kehidupan yang kita lalui. Sama ada ia secara langsung terus kepada kita atau kepada orang lain.


Sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya ; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (Riwayat Abi Daud)

Firman Allah :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Dalam kes MH370 dan MH17, pastinya tidak ada sesiapa pun manusia yang mempunyai peri kemanusiaan mahukan tragedi yang menimpa kedua pesawat ini berlaku, mengorbankan ratusan nyawa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. Tidak sesiapa menyangka negara Malaysia menjadi mangsa secara tidak langsung dalam pertelingkahan antara Ukraine dan puak pelampau. Adakah terdapat dalang yang sememangnya merancang semua ini?  Setiap perkara yang berlaku sebenarnya berada di dalam pengetahuan Allah dan  telah berada di dalam aturan Allah, dan berlakunya pasti dan pasti untuk menguji kita. Menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Menguji reaksi dan tindakan kita. Menguji kekuatan diri dan dalaman kita dalam menghadapi musibah.

Sahabat sekalian, dalam kita menghadapi ketetapan dan ketentuan Allah ini, kita perlu berbalik semula kepada diri kita. Siapa kita ini disisi Pencipta yang Maha Agung. Kita ini adalah hamba. Hamba kepada Tuhan yang mempunyai segala kekuasaan. Dialah yang memegang nyawa kita, rezeki kita, suka duka kita, susah payah kita, sakit sihat kita. Kita perlu kembali kepada Dia dan bermuhasabah, hari ini kita diberikan kesenangan, sudahkah kita bersyukur. Banyak tak kita bersyukur..dengan cara apa kita bersyukur? Hari ini kita diberikan kesusahan, sudahkah kita beristigfar.. apa amalan jahat yang telah kita lakukan..apakah amalan berdosa yang telah kita lakukan, berapa banyak kita telah bertaubat?

Marilah kita bersama-sama kembali kepada fitrah, mendekatkan diri kepada Dia yang Maha Kuasa, menyerahkan diri ini kepadaNya, memperbaiki kerosakan yang telah kita lakukan, membetulkan keadaan yang telah kita zalimi, dan marilah kita menuju kepada ketaqwaan dan keimanan, menyediakan bekalan kita ke alam akhirat, kehidupan yang kekal abadi. 

Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran serta kecekalan kepada ahli keluarga mangsa tragedi pesawat ini, tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita di negara Palestin, Siria dan lain-lain, kita doakan semoga Allah swt memberikan hidayah dan petunjuk dalam memperbaiki hubungan sesama umat Islam, dan memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Dari Allah kita datang dan kepada Dia kita kembali..

Saya yang jahil..wallahua'lam.

2 comments:

Yanty Lee said...

of one the passanger is my senior.

yeah dah ketentuan Ilahi semoga mereka semua tenang di sana.

Unknown said...

Takziah atas pemergiannya. Moga tenang dia di sana..