Sunday, February 28, 2010

Bersyukur..Penetapan Hala Tuju Hidup Yang Lebih Jelas Bermula

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Maha Suci Allah yang mengurniakan nikmat kehidupan yang pelbagai kepada para hambaNya..

... dan syukur pada Allah, mulai bulan Mac ni, aku akan memulakan kerjaya dengan status TETAP setelah setahun setengah berkhidmat di dalam sektor awam.

Dalam tempoh setahun setengah tu, bermacam perkara yang telah aku lalui dan pelajari. Dari soal kerja hinggalah soal peribadi.. jauh perjalanan luas pengalaman..betul tak?

Jatuh, bangkit, kecewa, bersemangat, sedih, gembira, suka, duka.. itulah ragam yang dilalui dalam hidup ini...

Dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih bermakna, maka perjalanan hidup ini perlu disertai dengan matlamat dan perancangan yang akan dapat menetapkan hala tuju kehidupan kita. Dan itulah yang perlu aku lakukan sekarang untuk memanfaatkan waktu singkat yang diberikan untuk kehidupan di dunia yang sementara ini...

InsyaAllah, semoga niat baik ini disertai dengan keredhaan Tuhan dan diberkatiNya...
Post a Comment