Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Assalamualaikum w.b.t.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh mulia kepada kalian semua sahabat sahabiah sekalian. Setiap ganjaran amalan sunat digandakan seperti fardhu dan amalan fardhu digandakan 70 kali ganda.

Maha Suci Allah yang menciptakan bulan yang mulia, di dalamnya terkandung malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Syaitan dirantai dan setiap masjid dan surau bakal dihidupkan dengan berbagai amal ibadah terutamanya solat sunat tarawikh.

Namun di dalam usaha kita untuk menjalankan tugas dengan berpuasa, janganlah puasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga, bahkan marilah kita bersama berusaha untuk menjaga seluruh panca indera kita daripada sebarang perbuatan yang mengurangkan pahala kita dan sebaliknya bersamalah kita berlumba-lumba dalam membuat amal-amal soleh semampu yang kita boleh buat. Membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berdakwah dan sebagainya.

Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi bulan yang terbaik dari bulan-bulan Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini. Dan semoga amalan-amalan yang kita usahakan di dalam bulan Ramadhan ini dapat kita teruskan di dalam bulan-bulan yang lain jua.



Semoga Allah s.w.t. menerima seluruh amalan kita dan memberikan keampunan kepada kita di atas segala dosa kesilapan kita dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan kita kepada-Nya. Aaamiin.
Post a Comment