Thursday, January 3, 2013

Ahlan wa sahlan 2013..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat blogger dan pembaca blog sekalian.

"Selamat Tahun Baru 2013 semua!!!"

Alhamdulillah, setelah 2 tahun menyepi, pada tahun baru ini.... tiba-tiba terdetik di dalam hati nak kembali berblog semula. Mungkin ada banyak benda nak diluahkan agaknye..

Disebabkan blog ni dah bersawang sangat, just to share apa yang dah dilalui oleh saya for previous time. Untuk makluman semua, saya telahpun mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan, Siti Mariam namanye ;).. pada 2 Jun 2012 yang lalu dan kini sedang menunggu cahaya mata yang insyaAllah dijangka lahir ke dunnia yang fana ni pada hujung April nanti. Berdebar-debar jugak rasanya.. Tanggungjawab berat tau.. ingat senang ke nak didik anak isteri..hiihi.


Hidup ni banyak suka dukanya, lagi-lagi bila dah kawen..kan ;)..itu yg rasa macam banyak benda je nak cerita ni..

Owkay, insyaAllah untuk kali ni dan seterusnya, apa yang akan diposkan adalah cerita tentang family dan alam rumahtangga, trip and vacation, petua itu dan ini dan juga pengalaman-pengalaman yang mungkin menarik untuk dikongsikan.

So, kita rehat sekejap dan jumpa di next entry ;)

Adios!!





Post a Comment