Monday, December 14, 2009

Camping at Royal Belum, Perak

Persiapan akhir pada 17 Disember, pagi2 org p kje, aku p pasar cari ration. Tghari p kenduri kawen kt Sg. Buloh, terus ke Kajang cari gajet. Balik rumah packing barang pulak..huh bz sungguh aku ye!Dah siap merinate ayam, aku and my geng bertolak ke Gerik dgn 2 buah kreta..time tu kol 2.30am.



Kitorg sampi kat Lawin kol 7.30am, cari2 kdai nak sarapan, dah jumpa kdai, parking, trus tido. bukannya nk sarapan..haha..satu keta tido.



Lpas srpan, kitorg terus ke jeti awam kat Pulau Banding. Alangkah kurang bernasib baiknye kami pabila hujan turun dgn lebatnya tanpa henti sampai lah ke malam. Namun, xtvt yang dah dirancang tidak akan di cancel kan begitu saje, hujan reda sket, trus kitorg punggah barang and bertolak naik bot ke Sg. Kejar..campsite kitorg utk 1st day. Kat sini, dah ada kemudahan spt wakaf, tapak khemah berbumbung, tandas, tempat masak. so mudah sket nk camping. Kitorg bwk khemah, tp pasang khemas dalam wakaf tu je. Malas nk basah2..heheh.



Ekcely, kitorg spatutnya stay kt Sg, Kejar for the whole trip, tp ada askar dtg halau kitorg diorg ckp program diorg ada vip, xleh ada public. so terpaksa lah kitorg pindah, kitorg dok kg kampung org asli yg x jauh kat situ. Kat sini ada dewan. Kitorg dok situ la..

Hujan lebat menyebabkan air sungai jadi keroh. Nk mancing bole, cuma susah sket nk dapat. tu yg kureng kitorg punye trip. By the way, itu xkan memutuskan semangat kami. Kt sg. kejar xdpt, tp Allah dh tetapkn rezki kitorg ada kat kg. orang asli tu.

2nd day cuaca ok sket. kitorg pi tracking ke satu tempat yg dipanggil Jenot. Kebanyakan binatang akan lalu sini dan kalu nk berburu, lokasi ni paling sesuai utk tangkap binatang buruan. On the way ke sana, kitorg jupe tapak gajah, tapak kijang, tapak seladang. Tapak je la, binatang nye x jupe. Guide x galakkn kitorg bertembung ngan binatang tu, takut kne attack. xpe la, kt zoo bole jupe.

petang tu plak kitorg p kg. orang asli, yg ni lain dr kg. org asli yg kiotrg duduk. Kg ni masih tinggal dengan rumah atap daun. diorg pun masih pakai cawat lagi...heheh. Diorg ada bela anak beruk. Tanya tuan dia, mn mak beruk ni, dia jawab, dah buat lawuk la. Memang la..lawuk!! haha!

Hari last, pagi2 lpas srpn, kitorg packing nk balik. Hari last ni cuaca gila cantik. Panas, nmpak langit biru. Namun apa kan daya, kitorg trpaksa meninggalkan Hutan Belum yg belum puas diteroka.

On the way balik, kitorg pi tengok raflesia. alhamdulillah niat kitorg nk tengok raflesia dikabulkn. Tp kitorg cuma jumpa bunga yang baru kembang sket. lom kmbang abis. Guide kitorg cakap, raflesia ni kembang dlm 5 hari je. Yg cantik, ari ke 2 and ke 3. Kitorg dtg ari 1st la tu. Anyway itupun ok.

Then, kitorg pun terus lah pulang ke jeti awam dan bersih2kn diri utk pulang ke SK.

Tamat di sini, aku akan bawakn lagi trip2 yg menarik utk org2 yg baru berjinak dgn rekreasi hutan. Jumpa lagi...

Post a Comment