Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009..Selamat datang Tahun Baru 2010

Saat jam berdetik berlalu meninggalkan kita dan ia tidak sekali-kali akan berpatah kembali..masa akan terus pergi dan tidak akan berhenti.. saat, jam, waktu akan berubah setiap hari...

2009...pelbagai perkara yang dihadapi.. ada yang sedih, ada yang gembira, ada mencabar, ada yang menggelisahkan dan ada macam2 ada lagi..

Semuanya mengajar dan menambah lagi pengalaman dalam hidup untuk meniti hari2 di dunia ini..

Apakah masa yang akan datang selepas ini, tahun baru yang akan dilalui sedetik waktu lagi akan memberikan lebih lagi cabaran dalam hidup ini? Apakah cabaran selepas ini akan menguji kekuatan, kesabaran dan akan memperlihatkan kemampuan untuk menempuh segala rintangan yang akan mendatang?

Adakah diri ini sudah bersedia untuk menghadapi onak dan badai 2010? Kekuatan mental dan fizikal perlu diasuh untuk gerak gempur.

bagaimana pula dengan kekuatan rohanimu? adakah sudah disalirkan dengan kemantapan iman dan amal yang hakiki? 2009 menyaksikan kau terumbang-ambing dibelasah ombak menghempas yang menghakis.. apakah itu terus dibiarkan untuk tahun yang baru ini?...

bangunlah..tegakkan kakimu..majukan langkahmu..kukuhkan pendirian dan tekad mu..untuk menjadi yang lebih baik dari hari yang semalam..untuk jadikan hari yang baru ini lebih bermakna dari dulu... kuatkan semangatmu dan azammu, janganlah kau sekali-kali kecundang dengan dugaan dan ujian yang dilontarkan ke atas dirimu...

Semuanya itu adalah untuk menguji kekuatanmu... untuk menguji pendirianmu..sebagai seorang hamba yang hidup di atas muka bumi ini.. yang semata-mata dicipta untuk mengabdikan diri kepada Ilahi...

Ayuh, bangkitkan semangatmu, lontarkan suaramu, helakan nafasmu menuju ke arah kejayaan yang sejati..."hayyaa'lalfalah"..

Moga kehidupanmu akan lebih bererti...



Selamat tinggal 2009..kita tidak akan berjumpa lagi selepas ini.. sampaikan salamku kepada tahun-tahun lalu yang akan bersamamu selepas ini..

Wahai 2010..akan ku injakkan langkahku ke atas mu..takkan sekali ku biarkan kau membenamkan aku terus jatuh ke lembah berduri.. Akan ku sahut cabaran yang kau beri..berjaga-jagalah kau nanti...

No comments: